Rabu, 24 September 2008

MOH KE OSAKA...

"Next week jom kita pi Sakura Festival..cantik..macam di Osaka"..ringkas dan padat sms kiriman En. Fairuz mengajak kami menyertai rombongan.. Adusss!! kerja berlambak2..nak pulak assignment yang aku tengah buat adalah subject maut.. i mean lecturer dia tu fussy giler!! Nak pi ker tak, nak pi ke tak...soalan tu bermain2 di minda kami.. Aku hantar e-mail lanjutan kepada En Fairuz bertanyakan butiran rombongan.. hari apa dan pukul berapa plus soalan2 lain la..

E-mail balasan dari dia diterima dengan segera.. katanya akan bertolak hari Sabtu..lepas 'soq' (sahur dlm bahasa utara) pon tak pa!! hamboihh..bersemangatnya dia! Bincang2 Jask kata nope..sebab dia kerja , paling awal balik pun kul 7.30... so batal kan niat la... kebetulan nak dijadikan rezeki, malam tu berbuka di Masjid, jumpa kak ida..(err..dia ni kawan baik En. Fairuz or.... entah!! tanya sendiri la kan..kalau nak tau). Menurut kak Ida, En. Fairuz tu buat lawak jer...tak dak la bertolak sebegitu awal.. so balik dari masjid, Jask cakap on (dia pon dah borak ngan Fairuz tadi)

So..esoknya selepas sahur, aku terus bersiap2 apa yang patut..bekalan makan pakai anak2 la yang penting..jauh jugak perjalananan 2 jam lebih rasanya...maka selepas adegan tunggu menunggu ahli rombongan, enam buah kereta meluncur laju ke Palmerston North...ke Sakura Festival..

Sesampai di sana..kereta penuh dibahu jalan. Rupanya Festival ni dianjurkan oleh sebuah kolej antarabangasa di sini dengan kerjasama kerajaan tempatan dan juga Toyota..terletak bersebelahan dengan kampus induk Massey U..kedatangan kami disambut dengan senyuman manis gadis jepun lengkap berpakaian kimono.. pemandangannya memang menakjubkan...So...ayuhh saksikan lahhh........!!

POKOK SAKURA YANG MERIMBUN
(ditepi tasik lak tu..)

Me with my 3 Little Angels
(dah tua dah yer..anak ramai)

FAMILIKU INSPIRASIKU
(pinjam tag line kak kherun jap..)
POSING MAK DARA


SUASANA LEBIH 'HAPPENING' DENGAN KEHADIRAN AMOI2 NI
(origato gozaimasu..)
KAKAK TAK POSA..
(1/2 jam abah beratoq beli candy floss ni! asal nak beli satu jer, terus jadik 3..heheh)
KEHADIRAN CANDY FLOSS MENARIK PERHATIAN
(jurugambar baru abis amik gambar my 3 lil' doter)
Nota : lepas beli candy floss ni ramai sungguh tanya beli kat mana..jenuh la explain!!

ADA PERSEMBAHAN DRUM NIPPON LAGI..
(orang ramai berkumpul)
BERCANDA DI CELAHAN SAKURA

Aku suka gambar ni.. mulut aku tu cam ikan buntal..
(sama dengan tubuh..hahaha)

Camera Shy Girl..
Si Bobot Aina

5 ulasan:

Ivo Serenthà berkata...

Greetings from Italy, good luck

Marlow

Kherun berkata...

canteknya...tak yah g Jopun dah... Pepe pun, gambo romantis laki bini tu gak yg plg attractive...

Unknown berkata...

ni klu azra tgk..mesti aku akan dpt 'ayat bosan' dan disokong oleh anak2 hu..huu..

cantiknya...nanti kaya aku pi..ha..haa

maskjask berkata...

dina,

ha'aa....nanti mai la..depa kata kalu naik kapal terbang lain, murah sikit ..survey2 la..kalau suka bunga, mai musim bunga la...la ni cantik la pemandangannya..

ueya berkata...

Salam,

memnag hilang sungguh blog lama u all ek? sapa lah yang dengki gi curi blog hangpa ni..he..he.Takpe...rumah baru nak raya ni...