Khamis, 24 Disember 2009

Fishing@Pantai Merdeka

Semasa pulang ke Pantai Merdeka tempohari sempat juga menduga muara bersama dengan big bro Jan dan anak menakan.. guna umpan popular iaitu pumpun.. Di sini tiada wharf yang panjang, dan air pula baru bunga pasang.. so kami terpaksa meranduk air supaya dapat sedikit ke tengah.. dapat laa anak2 ketang dan putin damak.. ok la tu buat permulaan.. nanti balik kena cuba lagi.. cari lokasi yang agak dalam airnya.. mungkin kena naik bot? atau lepak di sangkar ikan?

jeti Kg Bakar Arang, Pantai Merdeka

Lokman dan Irfan begitu obses tentang fishing




Cuma agak leceh nak bubuh umpan dan lepaskan ikan dari mata kail kalau berdiri dalam air macam ni.. kebarangkalian untuk ikan terlepas agak tinggi..


jask - looking for fishing rod




ex-wellingtonion

Dua minggu lepas kami sempat mengunjungi jiran kami semasa di Kilbirnie iaitu Sam dan Ueya.. Rumah mereka di Bandar Tun Hussein Onn.. Cah juga ada di sana.. makan-makan, borak2 sambil bernostalgia cerita2 di Welly..


tuan rumah : Sam & Ueya

Cah : sekarang bertugas di Proton dekat Glenmarie

Hasya, Dinie dan Aina : pergi mana2 pun sama, mesti nak cari Astro Ceria..

Rabu, 9 Disember 2009

Bermulanya realiti

Salam semua, Minggu depan genap sebulan kami sampai di Malaya. Fasa baru dalam hidup. Memang tak dinafikan terasa indah dan gembira bila dapat menjejakkan kaki di tanah air walau jauh di sudut hati masih terbayang wajah2 teman yang ditinggalkan di Welly terutama keluarga Bell dan Abg. Ali. Keakraban kami sekeluarga membuatkan ingatan aku tak lekang dari mengingati mereka. Minda ini pula tak putus-putus terbayang wajah Bell tatkala menghantar kami di lapangan terbang. Harap dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih ceria walaupun kami tiada lagi di Welly. Masih ingat lagi bila Ueya berangkat ke Malaya. Dekat 2 minggu aku jadik bengong...bukan aku tak dak Bell masa tu..tapi bila dah biasa bertiga, maka kehilangan itu amat dirasai...


Sehingga kini aku dan suami masih terbayang-bayang kehidupan di sana. Terasa bagai mimpi...cabaran di tanahair lain pulak ceritanya. Kami pulang hanya berbekalkan pakaian dan cenderamata untuk saudara dan teman. Tiada lain, tak ditemani kereta baru mahupun barang-barang rumah yang canggih manggih. Buat pertama kalinya kami menjejakkan kaki ke rumah baru kami di Bangi - Kosong. Hanya ada bantai, selimut, toto dan langsir yang dipinjamkan oleh sahabat2 yang prihatin. Terharu kami dengan jasabaik mereka.


Hidup bermula dari 0... itu istilah yang paling tepat...realiti tak semudah yang dijangka. Raya haji pada tahun ini tak dapat aku raya bersama ayah dan bonda. Tiada peruntukan cuti. Kecewa jangan cakap...tapi apa nak buat kerja makan gaji...kalau tak pi kerja kena potong gaji.. huhuu...


Mujur jiran kami merangkap rakan opis ku tak balik kampung..menumpang la kami beraya di rumah dia... arghhh cemburunya bila melihat sambutan hari raya aidil adha rakan2 di Welly...Banyak lagi sebenarnya cabaran2 yang datang sekembalinya kami di sini... hidup memang la penuh cabaran yer tak?? Kalau tidak tak best la kan??


Hakikatnya pada ketika ini kami sedang bertarung dengan emosi dan jerih perih untuk bermula dari 0... harap kami tabah menghadapi cabaran ini...bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah oiii...


p/s: Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan2 Welly yang memberi lambaian terkahir. Mek ja dan Makhzani atas bantuan yang tak putus2 sedari mula kami menjejak kaki di Malaya, K.Rose, Dina, Zierah, Nud, Hana, Nenny dan lain2 yang menyambut ketibaan kami di Bangi. Terima kasih juga buat family yang menjemput di Airport dan di kampung. Tak lupa juga Ahau-Dee sekeluarga. Sesungguhnya..walau kami hidup serba kekurangan tetapi kami kaya dengan sahabat2 dan saudara2 yang amat murah hatinya...I'm blessed!

Jumaat, 20 November 2009

Alhamdulillahh...

Alhamdulillahh kami dah selamat sampai di tanah Malaya. Terima kasih sahabat semua yang menghantar dan saudara yang menjemput kami di KLIA. Tak lupa juga rakan2 yang bersusah payah menyediakan tilam bantai kat kami yang masuk umah kosong ni...ala2 org baru kawen. Buat masa la ni kami sihat..tapi bila dah balik kampung mak n abah jamu makan durian maka kami pon belasah dgn secukup rasa..tak henggat dunia. Maka hasilnya aku sudah dilanda seram sejuk dan sakit kepala yang amat...kalau pi klinik takut depa bantai suruh aku masuk spital pulak since kat malaya ni masih lagi sibuk dgn H1N1 ni...



Selamat Tinggal NZ...


Antara sahabat dan sanak saudara yang menanti di KLIA..

Majlis kesyukuran di kalangan saudara mara di Pantai Merdeka..


Sekarang ni tak boleh nak berinternet lagi..sebab rumah aku bukan saja tak dak internet....kain kesat kaki pon org punya...hukhukhukk....ni pon pakai cyber cafe kat Jeniang jer.. ok lah Isnin ni aku masuk kerja dan nampak gayanya raya haji dengan kengkawan jer la...apa nak buat cuti pon tak dak...huhuuhuuu musafir jugak buat sekian kalinya. Adiossss....

Selasa, 3 November 2009

Kedatangan Yang Dinanti II - Sneak Preview

Salam semua,

Sekarang ni kami telah selamat sampai di Welly. Kak Rose dan Abah masing2 komen yang sejuk di Welly lain macam "Sejuk terketaq2" depa kata...hahhaa... Welcome to the Windy Welly!! Just came back from South Island. Tak berapa rajin nak berblog lagi..letih pon ada lagi ..... tapi utk merawat rindu semua pada abah dan kak rose yg telah di'kidnap' oleh kami...so here are some pics of them 4U2c..

@ Christchurch

@ Ko Tane Maori Village

@ Lake Tekapo
@ Queenstown
mama rose merenung lake wakatipu @ queenstown

Gondola @ Queentown - worth it!
Mat Mejar merenung bandar Queenstown dari lokasi Gondola

Riding 'Luge' @ Queenstown

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kedatangan yang dinanti..

Salam semua,

Alhamdullilahhh Abah dan kawan opisku Mama Rose telah sampai pada 27hb lepas. Kami jumpa di Christchurch.... di kesempatan ini kami sekeluarga nak ucap jutaan terima kasih buat kak za dan abg jan yang telah membantu abah sampai berlepasnya abah dari lapangan terbang penang. Tak lupa kepada sanak saudara yang khabarnya ramai menghantar abah di airport. Terima kasih tak terhingga juga pada Zierah yang terpaksa amik cuti utk uruskan abah dari langkah pertamanya di KL sampai langkah pertamanya ke dalam perut kapal teerbang ke auckland. Taku lupa kepada Ahau-dee yang telah membantu cari org yg sudi bekalkan nasi di lapangan terbang di Auckland. Maklum la mama rose n abah transit selama hampir 6 jam di Auckland...kalau tak dak org hulur makan..kesian jugak tuu...

Hari yang sama juga kami sekeluarga berangkat ke Chirstchurch - flight kul 12.3 tgh. Kelam kabut aku..mana tak nya hari tu jugak kena hantaq assignment...pergghhhh..nak masak lagi nak kemas baju lagi...masa tu rasa nak nangis pon ada... tidoq lewat giler..bangun pagi2 pon masih ngadap kerja sekolah...2.30 jam lagi nak berangkat baru aku siap keja sekolah..kelam kabut bersilat di dapoq ( sini kalau nak jalan mana2 kena bawak bekai loorr)

Akhirnya bila jumpa abah..rasa macam mimpi...abah nampak sedikit pucat masa tu..letih katanya.. mungkin tak tidoq sepanjang malam. Mama rose ceria seperti biasa... masa peluk depa duaorg rasa macam mimpi... bawak balik mereka di hote, makanl dan rehat jer malam tu... sian depa penat..

Sekarang ni kami di Queenstown..baru balik dari Lake Tekapo yang indah.. tak leh nak taip banyak2 pasai aku pon letih..tapi bahagia..sebab bunyi keyboard yg kuketuk ini di sulami dgn bunyi dengkuran Mat Mejar yang telah hampir 2 tahun aku tak dengaq!!! hehhee...buat sementara ni lom lagi leh boh gambaq.....nanti la nooo...adioss...


Khamis, 15 Oktober 2009

Berbunga-bunga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (buat Sumi ..kalau baca)

Sekarang ni dah musim bunga a.k.a Spring bak kata omputihnya. Tapi spring kali ni kami tak begitu menghayati berbanding tahun lepas. Selain sibuk dengan misi utama ke sini, kesibukan menghadiri rumah2 terbuka di hujung minggu juga antara faktor penyebabnya. Cuaca pulak tidak begitu mengizinkan...dah sedikit weng ekoran kejadian gempa dan tsunami. Maka spring kali ni dok tengok spring onion jer lahhh....

Apa2 pon sebentar tadi...satu e-mail telah membuatkan aku terasa akan kehadiran bunga2 di alam maya ni...(perghhh bukan kat NZ jer!!). E-mail ringkas dari pejabat JPA....nyeh2....e-mail yang menyertakan pengesahan tiket kami pulang ke MALAYA!!!!

Alhamdullillaahhhh...yahuu..yehhaaa... yabedabuuu......tengah aku bersorak girang sambil mengoyang2 badan (lelamak tepu di badan pon turut bergoyang2 lebih dari kadar biasa) ..tup2 komputer aku ni tetiba restart...cesss...mengada!!! bila dia on balik benda yang mula2 sekali keluaq adalah page research essay ku yang masih belum siap sepenuhnya!!! chaittt...potong stim betul lahh!! ... hilang terus senyuman ke telinga aku tadi...tinggai setakat senyum dalam hati jer....

Apa2 pon...dalam kegembiraan nak balik, ada juga rasa sedih, rasa risau dan macam2 rasa lah... busuk2 pon macam ikan tiga rasa la kiranya.... perrrgghhh sedap tuu... Perjuangan aku hampir selesai di sini ..ada satu lagi assaignment yg tak sentuh lagi (selain research yg kena bega nih)..

Tapi aku pasti cabaran yang lebih besar telah sedia menanti...takuuttttt....

GAMBAR : BUDAK INI JUGA TELAH MENCABAR KEIMANAN MAMA..
('Aina telah menggunting rambutnya sendiri dgn gunting ikan...hasilnya rambutnya yang panjang sekata itu telah bertingkat2 macam mangkuk tingkat...so kena la mak dia alter. Seharian dia kena beletiaq..mama n abah siap ugut nak gunting tangan dia...sekarang diadah tak berani menghampiri gunting...hehee)

telah ber'tobek' macam kena gigit tikus!Muka seposen Aina...selapas seharian kena marah....
Wajah baru...(macam Siam ka Cambodia??)

-Mask-

Sabtu, 10 Oktober 2009

Hilangkan Boring di Westside Studios..

Cuaca di bumi Kiwi agak kelam kabut.. sepatutnya sekarang sudah pertengahan spring, tapi apa yang berlaku, cuaca berpatah balik ke winter.. Salji lebat turun di sekitar gunung Ruapehu dan South Island.. malah lebih lebat dari winter yang baru berlalu.. Di Wellington angin bertiup begitu kencang sekali.. Demam dan batuk kembali menyerang.. Cuti sekolah tak dapat nak bawa budak main2 kat luar..

8/10/09 - Bosan berkurung dalam rumah kami dan keluarga Bro Ali & Bell buat keputusan untuk melawat Westside Studios yang terletak di Shelly Bay, Miramar. Studio ni baru saja dibuka kepada orang ramai pada 5/10/09. Bangunan ini adalah sebahagian daripada kem askar lama..
Bayaran masuk $14 untuk dewasa, $7 untuk kanak-kanak dan $35 untuk pas keluarga.. kanak2 bawah 5 tahun percuma.. Masa mula2 nak masuk Aina asyik merengek sebab takut pada suasana suram dan seram dengan cahaya yang samar2 serta penuh dengan figura..


Prop dan figura pahlawan terracotta dan lain2 yang berkaitan dengan kerajaan silam negara China ...

Bila dah lama kat situ dan macam2 lagi benda yang menarik dilihat, Aina pun dah tak takut lagi.. suka pulak dia, dah sedar bahawa dia ada kat tempat 'seronok-seronok'.. macam-macam adaa...

Cowboy Town