Khamis, 1 Januari 2009

2008...Pahit itu Indah? 2009??

Semalam berlalulah pergi tahun 2008...tahun yang penuh dengan cabaran. Tahun yang penuh kenangan, tahun yang dipenuhi memori2 yang selama ini tidak pernah sekelumit pon berada dalam angan-angan aku..."bukan senang nak senang" itulah pernyataan yang paling tepat jika aku diminta mengulas dengan sebaris ayat tentang tahun 2008.

Bermula dengan pahit yang cukup payah ditelan...tetapi berkat kesabaran dan sokongan padu semua pihak, kepahitan itu semakin lama semakin pudar dirasakan...Tapi persoalannya sekarang adakah pahit itu indah?? Kalau ditanya pada diri...tiada jawapan yang pasti...hahahaha!!! wakakakakaka.... poyo jer N3 ni..

Sebenarnya.. aku ni baru jer mengabiskan menonton episode akhir Gelora di Hati Sara...tu yang ayat berbunga2 nih.. adusss best la cerita tu..walaupon ada la sikit2 unsur kebodohan melampau dari watak yang baik..tapi alaaa...abaikan jer la..dah nama pon drama..mestila watak over baik dan over jahat tu ada kan...walau apa pon bravo kepada Fauziah Latif kerana lakonan pertamanya ini amat2 la bagus...

Tapi apa pon isi kandungan peranggan pertama dan kedua tu betul.. memang tak pernah termimpi diri ini nak mai sini..bahkan tak pernah pon terpikir nak sambung belajar..hehehe.. apa2 pun Allah telah mendorong kami ke mari.. dengan 25 hari persiapan..kami melangkah kemari. Aku memang amat2 gusar dan pernah suarakan kepada Puan Zita nak tangguh sebab mana mungkin boleh selesaikan urusan semua dalam masa 25 hari! Aku ingat lagi katanya " Maz you pergi dengan niat baik insyaAllah tuhan akan tolong". Walau pun perkataan itu pada ketika itu tidak banyak meredakan gusar di hati..tapi memang benar apa yang dia kata .. dan akhirnya Alhamdullilahh....walaupon kami tak punya wang ringgit atau pangkat seperti sesetengah orang , tapi Allah telah anugerahkan kami saudara2 dan sahabat2 yang sentiasa bersedia membantu mana yang patut... semua urusan2 penting siap seperti yang dirancang walaupon iurusan a khir hanya dapat siap 3-4 jam sebelum waktu penerbangan ke mari...fuhhh!! Charlie Caplin betoii...

Makanya aku kira tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa - bagi kami, tahun 2008 tak mungkin dapat dilalui tanpa orang sekeliling kami...Oleh itu entry ini sebenarnya didedikasi kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...

Pertama:
Saudara mara kami yang tidak pernah jemu memanjatkan doa dan menyokong dari belakang. Sebenarnya bulan2 pertama kami di sini, rasa rindu kepada keluarga amat2 dirasai. Ada satu ketika aku dan suami seolah makan tak lalu mandi tak basah.. asik teringat suasana kampung...tekanan dan bebanan belajar juga telah menambah rasa rindu kami pada kampung halaman. Mau sahaja aku dan suami cabut balik ke Malaya - tinggalkan hasrat menetap di sini...tapi bila menggenang wajah2 ayah bonda, kakak dan abang yang penuh dengan pengharapan...cepat2 hasrat itu dilontar jauh..

Bila melihat kesungguhan anak sulungku yang mahu ke sekolah baru tanpa merunggut...menyebabkan aku terfikir .. aku rasa keadaanya mesti lagi sukar dari aku. Penguasaannya Bahasa Inggerisnya amat2 minima berbanding aku..dan pergaulan dan pendedahannya jauh lebih kurang dari aku.. kenapa dia tidak merungut dan tidak pernah berputus asa?? Maka ..aku mesti lebih kuat...

Kedua:
Jutaan terima kasih kepada sahabat MQA yang tak pernah luntur kehangatan persahabatan mahupun bantuan yang dihulur. Buat Mek Ja dan suami terima kasih yang amat kerana sudi menguruskan hal rumah baru kami....kalo tak cukup duit kami bagi tu bagitau la , nanti boleh la kami juai nasik lemak time2 cuti nii....hahaha... Buat Zierah terima kasih atas kesudian menguruskan hal perbankkan aku ni... buat Dina, Hana Nud, Kak Rose a.k.a rakan makan yang selalu berkongsi ilmu mutakir dan maklumat....buat rakan2 yang ada blog sesungguhnya blog2 hangpa telah sedikit sebanyak menghilangkan tekanan dan mengubat kerinduan aku di sini...begitu juga yang lain2 rakan pejabat yang begitu tangkas menyalurkan maklumat yang dipinta untuk study ku di sini... Tak lupa kepada sahabat suami yang turut membantu dalam hal2 yang ditinggalkan...

Ketiga:
Buat sahabat Wellingtonian .....tiada kata yang sesuai melainkan - syukur yang amat kerana Allah telah menemukan kami dengan sahabat sekalian..sebab kalau tak kerana bantuan sahabat2 sekalian..fuhhh!!! tak dapek nak bayangkan camno..

Kesimpulannya tahun 2008 adalah tahun yang penuh dengan cabaran tapi Alhamdullillah...kami masih disini kerana orang di sekeliling kami...maka ucapan akhir adalah ...

Doaku untuk 2009, semoga Allah mempermudahkan segala urusan orang yang telah telah memudahkan urusan kami pada tahun2 lalu....semoga kita sama2 beroleh kejayaan dunia dan akhirat....aminnn