Khamis, 12 Februari 2009

Antara Harapan dan Kenyataan

Break sat! Untuk makluman la ni aku dah mula buat kerja sekolah. Kerja sekolah pertama adalah membuat internship proposal. Tengah goreng la ni..tapi dah bosan. Tak dak idea plus sakit pinggang (iskhhh macam2 alasan la dia bagi kalo tak mau buat kerja sekolah tuh!!). Maka berehat sat la noo... Sebenarnya nak buat entry pasai anakanda keduaku - Nur Dinie. Cerita ni kalau nak ikut cerita basi la...tapi kena la jugak cerita utk kenangan...

Dinie ni besides menghadapi second child syndrom, dia juga seorang yang pemalu.. malunya tu susah la nak faham...tebal sungguh malunya kalah tapak kasut Hail Amer dan Uji Rashid masa zaman depa glamer dulu nun!! Maka sebagai ibu bapa walaupon tahu dia macam tu..tapi kami tetap lah menggantung harapan untuk dia berubah bila dia masuk kindy kat sini. Masa mula2 dia ditempatkan sesi petang. Hari pertama dia ke sekolah..alhamdullilahhh tak menangis..walaupun dia nampak agak janggal dan masam jer mukanya..tapi dia tak nangis (boleh kasi 5 bintang tang sini).. Akan tetapi..5 bintang itu terpaksa dirampas kembali kerana bila mana aktiviti menyanyi dijalankan...dia mula bertukar menjadi kayu! aisehh...tak mo langsung ikut org nyanyi atau menggerakkan badan! Keras jer... adoiii...geram pon ada..tapi yer la awal2 lagi kan....

So setelah sekian lama dia bersekolah, maka dia pon ditempatkan ke sesi pagi. Ini bermakna hari2 la dia kena pi sekolah (sesi petang 3 hari seminggu jer)...Waahhhh teruja jugak abah n mama dia...hari pertama hantar lagi dan kami pon skodeng la dia masa sesi nyanyi2 tu...emphhh...tak jauh beza..cuma ada la gerak tangan sikit dan muka tak la muncung..ok la tu ada perubahan walau sikit..dari hari ke sehari nampak la jugak dia menyanyi2 lagu kat umah dan ada la jugak dengaq dia cakap omputih kat umah ngan kakak..vavavaa..harapan kami mungkin akan jadik kenyataan gamaknya kata kami suami isteri.

Maka bila kami dikhabarkan oleh guru yang akan ada mini concert di sekolah dinie..kami pon macam teruja la jugak nak tengok dia macam mana...dah boleh menyanyi kah dia? Dah tak malu macam dulu ka? semua bermain2 dalam minda...tiba hari konsert...kami tiba awal coz takut tak dapat nampak lak dia nyanyi nanti (maklumla..main pakai bersila jer).

Akan tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya gerimis menjelang petang..huhhuuuhuuu... malas nak hurai banyak2 cuma satu jer aku nak cakap kalau disuruh org menamakan persembahan dinie pada hari itu...akan ku namakannya sebagai persembahann kaku, kayu. sepi dan pilu.... aduuuhaaaiii anak ku...bila la chek nak gerak yang oiiii!!!

MASAM MACAM GETAH CUKA..

Tengok tu.. orang lain lompat dah nak sampai ke bumbung..dia selamber jer tetap di tanah!!
AT LAST..BUKAK JUGAK MULUT!!
Nota: err...sebenarnya dia menguap masa nih!! wakakakaaaa.KANIKANI (DANCING) TIME!
Nota : Masa ni kawan dia yg comel dan camera friendly ni pegang tangan dia pusing2 so terpaksala dia gerak..huhhuuuhuu
ZAPPO THE MAGICIAN
Nota: best jugak mamat nih.. lawak sambil main silap mata (hushh bukan main mata laa)

Apa2 pon pagi masih terlalu muda untuk menelah gelap atau cerahnya hari.....go Dinie, go,go...mama dan abah sentiasa di sisi....