Isnin, 14 April 2014

Bye Bye Samsung (Welcome Hitachi)

 Skip cerita jalan-jalan sekejap.. cerita visit Sabah tak abis, visit langkawi tak masuk lagi, visit Medan pun tengah draf lagi perjalanan seterusnya..

Kali ni nak cerita mesin basuh pulak... mesin basuh ni lain sikit dia ada sentimental value sebab kita selalu berinteraksi dengan dia.. paling kurang seminggu sekali dua kali mesti belai dia..



Samsung fully auto 6.5kg ni kami beli tahun 2005.. Dah 3 rumah dia ikut sekali... tiga tahun lepas (2011) dia ada meragam sekali.. still berbaloi untuk repair RM250 sebab body dia masih teguh.. punca kerosakan dr mesin basuh kata sebab letak atas tempat beroda... mesin basuh kena letak terus di lantai supaya dia boleh bergoyang dengan selesa semasa spin..

Tapi akhirnya akhir mac 2014, riwayat Samsung pun berakhir setelah 9 tahun berkhidmat.. tekan suis tak hidup.. check jugak kalau2 punca daripada plug.. tukar kepala plug pun sama.. Confirm elektronik panel.. melihat keadaannya pun rasanya tak berbaloi lagi untuk repair.. 2 minggu tanpa mesin basuh boleh tahan ... hantar dobi sekali hantar dah dekat RM50 baju kami anak beranak..

Mesyuarat kitchen kabinet pun sebulat suara dengan gembira dan mata bersinar-sinar buat keputusan untuk BELI BARU!!

Sebenarnya mesin basuh ni adalah barang yang berbaloi kita beli sebab tahan lama, besar (balik modal.. hehe) dan merupakan benda penting! dalam rumah kita.. Harganya kalau nak dibanding dengan handphone pintar memang jauh mahal lagi handphone.. mesin basuh kalau ada RM500 dah boleh pergi jenguk-jenguk.. Eh! Apa yang kau membebel ni..

Balik kepada misi BELI BARU... Pencarian pun bermula... Perkara pertama yang kena fikir untuk beli mesin basuh adalah bajet dan kedua saiz mesin.. off course fully auto.. then baru boleh tengok jenama apa yang sesuai.. Misi pencarian kami biasanya tidak lama..

Mula2 kami bergerak ke Senheng Seksyen 4, tapi tengah renovate la pulak.. Untuk puas hati pilih kena pergi kedai besar sebab banyak display berbanding kedai kecil.. Lokasi seterusnya  kedai Onking Chain Store kat Seksyen 8.. Kat sini banyak pilihan jenama... Jenama utama seperti Samsung, Toshiba, Panasonic, Sharp, Hitachi dan Electrolux.. disamping jenama2 yang agak kurang terkenal..

Pendek cerita berpandukan bajet dan saiz serta spesifikasi tambahan iaitu energy saver,  water saver dan terkini tangles less.. maka kami short listed kan 2 jenama iaitu Samsung Wooble 11kg dan Hitachi 9.5kg..

Rupa bentuk of course Samsung lebih menawan.. 11 tahun motor warranty, 1 thn electronic panel warranty dan 1 tahun general warranty.. tangles less..

Ni haa Samsung Wooble.. cantik noo..

Hitachi pula datang dengan 10 thn motor warranty, 2 thn electronic panel warranty  dan 2 thn general warranty... juga tangles less..



Gambar mesin basuh model Hitachi ni diambil dari internet.. kredit iklan percuma untuk Senheng walaupun tak beli di kedai dia..

Pusat servis juga terletak di Bangi dan... satu kelebihan Hitachi adalah ada 'auto self clean' function... maksudnya dia boleh cuci drum dia sendiri supaya tidak 'belemoih' di kawasan keliling luar drum yg kita tak nampak..  dan last sekali faktor harga.. Samsung Wooble 11kg RM1499 dan Hitachi 9.5kg RM1149... Dan keputusan dibuat..


WELCOME EN. HITACHI!!!

ta daaa.. siap beraksi.. keciwi..
  

 Dengan ciri Auto Self Clean

 Unfamiliar button... tapi kejap jer ni nak biasakan diri..



 10 years motor warranty...




Rabu, 15 Januari 2014

HORAS! HORAS! HORAS BAH!!

27.12.2013 - Day 2 (Pulau Samosir)


Usai bersarapan di cafe hotel, kami menaiki bot di jeti berhampiran hotel menuju ke Pulau Samosir.. Geografi pulau hasil daripada larva gunung berapi ini boleh diperolehi dalam banyak laman web.. malas nak citer (sebab tak ingat sangat... huhuhuh) Perjalanan dengan bot ini amat selesa kerana hanya ahli rombongan kami sahaja di atas bot ini.. boleh pilih mana ruang yang nak duduk..
Taufan terus bercerita


 meninggalkan Danau Toba International Cottage



nyanyian kanak-kanak batak... cari duit cuti sekolah.. tak sedap pun.. ingat macam tegar.. hehe

Pemandangan  sekitar Danau Toba dan Pulau Samosir  amat menarik.. Taufan terus bercerita sejarah bercampur dengan cerita rakyat.. Bercrita tentang penghuni pulau yang terdiri dari kaum Batak Toba.. terpulang mahu pasang telinga atau switch off dan hayati alam..
 


 
 Menghampiri Pulau Samosir

Setiba di Pulau Samosir kami menyusuri lorong-lorong penjual barangan menuju ke kampung asli Batak yang bersejarah.. Macam biasa, seperti yang kita dengar-dengar.. kita disambut oleh penjual dengan berbagai cara...
Tempat ini ialah  Perkampungan Ambaritha. Tarikan utama di kampung ini  adalah objek wisata Batu Kursi Raja Siallagan.  Ada 8 buah rumah tradisional Batak dan salah satunya adalah rumah pemerintah kampung ini iaitu Raja Siallagan.

 
  Rumah tradisional Batak ada 2 jenis, kalau tangganya di luar maknanya itu rumah lelaki, kalau tangganya ke dalam maknanya itu rumah perempuan. Rumah pun ada jantina! Satu lagi, rumah perempuan kat depan dia mesti ada replika boobs...erk! Pada mereka ini menunjukkan tahap kesuburan seseorang wanita untuk dijadikan calon isteri. Lagi besar lagi bagus kerana itu tandanya wanita itu sihat. Wanita yang sihat dapat melahirkan anak-anak yang sihat dan kuat.
 
Di sini lah bermulanya cerita tentang orang Batak yang makan orang. Haa....sebenarnya bukanlah seperti yang kita fikirkan. Ceritanya secara ringkas, pada zaman dahulu, pemerintah Batak akan menghukum pancung bagi 3 jenis pesalah iaitu pembunuh, perogol dan pengkhianat. Semasa sang Algojo memancung pesalah, darahnya akan ditakung dalam mangkuk. Setelah itu, dada pesalah akan dibelah dan diambil jantung dan hatinya untuk dicincang. Hasil cincangan ini akan dicampur dengan darah tadi dan diberi makan kepada raja. Menurut kepercayaan, kekuatan si pesalah dapat diserap oleh raja dengan memakan jantung dan hati mereka.
 
Keluar dari kawasan perkampungan ini ada tabung disediakan.. huluurrr... dan melalui gerai-gerai souvenirs.. Melalui rujukan peristiwa dalam blog2 yang diziarahi, menjadikan kami begitu berhati-hati.. malah kadang2 tak  ada hati nak membeli.. hehehe.. tapi beli juga souvenir kecil-kecilan dan selipar aina yang putusss..
 

 Selesai di situ kami bergerak pula ke satu lagi kawasan iaitu perkampungan Tomok.. Di sini terdapat satu kawasan tarikan pelancong atau objek wisata iaitu Makam Raja Sidabutar. Raja Sidabutar merupakan pemerintah perkampungan Tomok. Sepanjang laluan ke makam dipenuhi dengan kedai-kedai menjual cenderamata dan para penjual pula akan menegur anda dalam bahasa Batak "Horas!"...lebih kurang seperti memberi salam bagi kita orang muslim.
 
 
 Untuk memasuki kawasan makam ini pengunjung harus memakai kain selempang yang dinamakan Ulos. Warna merah, hitam dan putih merupakan warna simbolik suku Batak. Di setiap tempat  suci mereka pasti akan mempunyai ukiran merah, hitam dan putih.
 
 
Di makam diukir simbol Raja, permaisurinya, serta panglimanya. Ukiran kepala yang besar menyimbolkan Raja Sidabutar. Sedangkan ukiran kepala di ujung yang satunya adalah simbol dari permaisuri raja, Boru Damanik. Ukiran lelaki yang duduk di bawah ukiran kepala raja adalah panglima Guru Saung Lang Meraji.
 
Taufan tekun bercerita

 Menurut cerita Raja Sidabutar adalah raja yang sakti. Kesaktiannya berhubungan dengan rambutnya yang panjang dan bergimbal. Apabila rambutnya dipotong, maka Raja akan kehilangan kesaktiannya. Raja memiliki panglima yang bernama Guru Saung Lang Merajiberasal dari Pakpak Dairi yang kemudiannya berguru pada Raja Sidabutar.


Faheem tak peduli cerita tu semua.. nak berposing jer..

 Setelah melawat makam dan mendengar cerita rakyat mengarut @ dongeng, kami sekali lagi melalui denai2 yang di kiri kanan adalah gerai menjual sourvenirs..


Akhirnya kami meninggalkan Pulau Samosir untuk menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya...


Penjual kacang rebus..


Menaiki bot meninggalkan Pulau Samosir..

bersambung....