Rabu, 17 Disember 2008

Mesin 'Laghra'

Seminggu sudah aku bersantai menikmati cuti sekolah....mula2 rasa lega dan teruja nak menanti saat ini..tapi betul la kata org kalau kita dah biasa buat kerja..rasa tak betah pula dok saja2...oleh itu walaupun sudah bercuti, tapi hari ku rasa tak lengkap tanpa merenung dan mengetuk kekunci komputer nih...samada update blog, chatting atau pon mengomen gambar orang di face book... percaya atau tidak kalau dah mengadap perkara2 tuh sejam tu dirasa macam beberapa detik cuma..sungguhh!!

Anak-anak? hmmm..dah bertiga ni dan pompuan semua maka anak2 daraku selalunya akan melakukan aktiviti bersama..main masak2 sama2, tengok dvd sama2 (pasang sendiri dah pandai sangat dah..termasuk la si kecik aina tu..), main game di internet pon sama2 jugak - maklum la minatnya sama..kalau tak barbie, game polly pocket la jawabnya...aku hanya akan campur tangan kalau ada perang saudara berlaku...hehe..kejap jer perangnya..alah..budak2..

Abah a.k.a En Jask?? kalau tak pi kerja..dia pi mancing...Bila dah gitu kaedahnya..maka mama ni pon ralit la kan..tapi adakalanya rasa bersalah pon menyerang diri..ehh..patutnya kena la layan anak2 lebih2 kan time cuti..ingat lagi mak aku a.k.a cik am..rajin sungguh dia memasak untuk kami... dari pagi sampai ke malam di dapur aja la kerjanya...nak pulak abah memang 'raja rasa'.. tak cukup helba dalam kari pon dia boleh tauu oooo...abah memang tak berapa gemar makan luar..maka itu cik am ni la dok jadik chef kat umah.. dari karipap pusing, karipap tak pusing, karipap spera, tepung talam, kueh koci, kueh mueh...hinggala lauk pauk semua dia buat sendiri...pastu nak pulak anak2 pon lain2 kesukaan semua dilayan...kekadang sampai penuh meja la lauknya...hinggakan aku masa kecik2 dulu akan tanya "mak, kita dah miskin ker mak?" bilamana lauk yang terhidang hanya tiga mata/jenis...hehehe.. ada ka lagu tuh?? Kalau betoi lagu tu..nampak gayanya aku ni sekrang memang tahap miskin la...sebab sekarang ni dah tak pandai pulak makan banyak jenis lauk sekali gus..kehkehkeh

Apa2 hal pon berbalik kepada cerita tadi..maka bila aku teringat kisah mak aku dan hasil kerjanya, aku pon lantas bertanya kepada nak dara2 ku nak makan apa - donut atau muffin..cheeewahhh nak buat la konon..tapi menu limited tak macam cik am la kan.. hasya nak makan donut..hmmm....aku pon buat la...donut ni lambat sikit coz nak kena tunggu naik la apa la..pastu hasya request nak salut coklat cam ari tu ..adoiiyaaii lagi la lambat..nak kena cairkan cooking coklat dan tabur2 hiasan..masa tengah dok buat tu semua teruja...tapi akhirnya bila dah siap yang tinggai hanya aina jer tak tidor..lelain semua dah krohh fiuuww... ye la dah mula buat pon time maghrib hahahaha (ke'ralit'an menyebabkan kesedaran lambat sampai).

En Jask dah sebat nasik lepas balik mancing...Akhirnya dek kerana tak mahu rasa sia2 akan kerja ku maka aku kena la makan sebijik donut tuu...sib baik goreng 5 bijik jer..yg lelain goreng separuh masak untuk esok...adoiii....ini la bahananya ada internet yang kami suami isteri namakan mesin 'laghra' (maksudnya perkara2 hiburan yang melekakan)... bagi org yang kuat iman mungkin tak la begitu ralit ngan mesin laghra ni...tapi aku nii?? owwwhhh tidakkkk....

MANIFESTASI RASA BERSALAHKU
GAMBAR DARA TIGA BERADIK BEBERAPA MINIT SEBELUM TUMPAS KETIKA MENANTI DONUT SIAP..
Nota: Entry ini juga dituju kepada my sis Kak Za yang lapan poloh kali tanya -jadik tak donut? jadik tak donut??..ye la dia ni bertindak sebagai 'cook book' den ... tu yang dia dok tanya.. dia nak boh testimonial kot..hehehe..by the way..Kak Za ni memang terror masak...bukan nak puji kak sendiri tapi betoiii...wa cakap lu...bak kata pepatah yang aku reka sendiri 'di campak batu dalam periuk, kambing stew keluarnya ia' ..hahaha..

Alhamdullilahh.. hiphip horeyyy!!

Ekhemmm....entry kali ini adalah ekspresi dari rasa kesyukuran dan kegembiraan aku terhadap keputusan trimester ku pada kali ini.. bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memurahkan rezeki dan menguatkan semangat ku pada trimester yang mencabar ini. Walaupun ianya trimester yang berat kerana aku terpaksa amik banyak mata pelajaran..tetapi syukur aku berjaya melaluinya dengan baik bahkan jauh lebih baik dari trimester lalu. (dari semua aspek bukan tertumpu pada keputusan akhir jer)

Hasrat untuk mendapatkan apple sebenar telah tercapai...berapa biji tu tak penting...kerana yang lebih penting adalah peningkatan pencapaianku melambangkan sejauh mana kesungguhan aku untuk menyahut cabaran hidup di bumi asing serta kesungguhan aku melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh MQA. Diharap ilmu yang aku dapat di sini dapat digunakan untuk kebaikan semua terutama kebaikan MQA...jika mereka sudi mendengar cadangan yang tak seberapa dari aku ni la...

Terima kasih tak terhingga jua diucapkan kepada En. Jask kita yang sentiasa menyokong dan membantu setiap masa tanpa pernah merungut..kepada keluarga yang sentiasa berdoa dan sahabat di Malaya yang sentiasa memberi semangat serta sahabat Wellingtonian yang menceriakan kehidupan di sini...chewaaahhh dah macam dapat trophi la pulak..sowiiii...

Happy Wednesday