Sabtu, 1 November 2008

Nur 'Aina Jaslina


Aina sekarang bukan main petah lagi bercakap...tak padan dgn mulutnya yang kecik.. tapi sekali cakap sungguh tak ku sangka! Dia ada pandangannya sendiri..walaupun baru berusia 2 tahun 3 bulan.. Contohnya macam satu ari tu, dia datang mengadu

Aina : "kakak (hasya) amik mama punye".
Aku : "aina marah lah kakak..ha..cuba marah mama nak tengok"
Aina : " Haaa? " diam seketika dan tetiba berkata "Kakak baik shangat2 tau..." dengan muka innocent ...

Kakak yang ada disebelahnya terus cair...n peluk dia..hahaha...maksudnya dia tak mau marah la kakak dia tu..sebab bagi pendapat dia kakak dia tu baik..tak payah marah.. Aina, aina... dia kalau bercakap nadanya lembut sekali dan lanjut2. Kalau nak sesuatu pasti dia akan mulakan cenggini " Abahhh...boyeh tak Aina nak ....." kita dengar pon macam cair jer... hahahaha...


Nota : Di Kilbirnie Library - kelebek buku Simpson- antara kartun kesukaan

Kadang2 kami terfikir adakah dia ni terpengaruh dengan cara Umi (pembantu rumah kami) bercakap... kadang2 masih ada lagi telo2 kelantan macam perkataaan takut...dia akan sebut mcm org kelantan..lagi best tambah lagi irama kata belakang...jadik " takuk eeehhhh...." dah macam wayang kulit tok selampit la pulak!! haahhaa..



Apa2 pun aina ni pada amatan kami ada kelebihan tersendiri...especially dari cara dia berfikir.. walaupun ada sedikit kurang cerah laa...huhuhu...

Nota : Dengan Uncle & Untie kegemaran Sam & Ueya plus Aidid (bestfriend kat sini)


Nota : Aina ni kalau berair mata sebelah je ..maknanya sejuk la tuhh

Sesi Soal Siasat

Haluuuu....I'm back!! hehehe...baru lepas selesai buat satu assignment lagi... kali ni assignment ini membawa cabaran berbeza. Subjek maut pada semester ni - Financial Mgt. Tugasan pada kali ini, kami dikehendaki menemuramah pegawai kewangan di salah sebuah pejabat kerajaan. Fuhhh!! Dek kerana ada sorang mamat Indon kat dalam kelas aku, maka kami telah berpadu tenaga untuk sesi temuduga. New Zealand Police HQ menjadi pilihan...haa.. punya la ganas.. kalau selalu polis amik keterangan org..ni kami lak kena amik keterangan polis. hehehe...

Maka pada Jumaat lepas, me and Dani pon pergi la kat pejabat nyer.. sempoi jer bangunan nyer tak dak balai2 dan pagar atau pengawal aihhh...ala2 macam pejabat KWSP HQ tu ha... kami jumpa National Finance Manager namanya Ian Georgeson. Seperti pelakon filem mat saleh, si Ian ni berbadan sasa dan berwajah kacak..huihhh lari dari topik den!!

MAMPUKAH KU TERBANG BERSAMA YANG LAIN?
Nota: Pemandangan di wharf di Te Papa

Tapi sayang mungkin sebab dianya berada di antara post tertinggi dalam mgt, penerangan tentang proses budget dalaman yang diberikan tidak detail...kabur2 maklumlah jarang sekali turun tanah kan...mana la nak tau jalan mana berlopak, jalan mana tidak....tapi nasib baik dapat cari student tahun lepas nyer assignment yang boleh dirujuk... tapi maklumatnya begitu limited sekali. Apa-apahal setelah cukup seminggu aku terpaksa juga habiskan...kalau tak assignment lain pulak yang sangkut... lagipon dah naik muak tengok lama2!

So aku ada lagi 3 assignments untuk diselesaikan... 3 assignments ini juga jarak antara aku dan trimester yang baru... selesai trimester ini maka bebanku akan bertambah ringan...mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar....Aminnnn