Sahabat dan saudara mara ku sekalian...Aku tahu aku pernah janji tak mau cerita sedih2 dalam blog ni...tapi oleh kerana ini adalah dugaan yg terhebat yang kami sekeluarga alami di bumi kiwi ini, maka harus jugak dicoret sepatah dua untuk kenangan bukan untuk simpati...
Sebenarnya sudah hampir sebulan En. Jask tak sihat. Having severe back pain. Tapi alhamdullilah ada kemajuan. Minggu2 pertama dia tak boleh jalan dan duduk, tapi sekarang dah boleh duduk dan jalan dalam 5- 10 min, maka bolehlah bawak kereta pegi beli barang umah dan hantar anak2 sekolah. Yang paling utama panjangla langkah untuk mengubat dirinya sendiri. Segan juga la dok menyusahkan Bell dan A.Ali untuk membeli itu ini, menghantar ke sana ke mari. Tapi apa nak buat terpaksa.....
Sejak minggu lepas, En.Jask dah mula menjalani rawatan dari physiotherapist. Walaupun tiada sebarang ubat yang diberi, tapi sekurang-kurangnya punca sakit dan kaedah memperbaikinya dapat la diketahui. Ramai yang tak tau keadaan En Jask secara terperinci pada awal2 kesakitan, sebab kami pon tak mau la susah2kan org lain pulak...
Apa yang aku tahu sebagai isteri yang sering dibantu oleh suami dan tidak mempunyai lesen memandu, keadaan suami begitu cukup meremukkan hati dan mencabar jiwa raga. Minggu2 pertama melihat dia solat dalam keadaan terketar2 menahan kesakitan membuatkan air mata aku begitu murah jatuh ke bumi. Baru kita tahu begitu berharganya makna kesihatan dan makna kegembiraan... pemikiran aku langsung tidak fokus pada misi aku ke mari, tapi apakan daya aku, nak tak hendak terpaksa jua menyiapkan assignment walau minda terbang entah ke mana...research?? jangan cakap..langsung tak sentuh!!!
Aku hanya ada 3 bulan nak selesaikan Research.....dan satu lagi subjek...Ya Allah ku pohon agar permudahkan lah aku menjalani detik2 sukar ini. Buat kawan2 yang menjenguk terima kasih kerana prihatin dan maaf jika tak bagitau awal2 sebab tempoh2 awal tu rasa terlalu sukar untuk dilalui tanpa air mata..so tak mau nangis depan org! Malu! wakakkaa.... Buat Bell dan A.Ali, terima kasih tak terhingga atas bantuan yang tak putus2..semoga Allah memudahkan kehidupan hangpa sebagaimana hangpa memudahkan kami... taklupa juga pada kawan2 yg doakan dari jauh bila baca entry aku dulu...
Akhirnya...satu lagi perkara yang membuatkan aku menulis untuk kali ini adalah.. abah aku a.k.a Mat Mejar sekarang di masukkan ke hospital. Kata abang aku dia kena minor stroke but tak seteruk dulu... Ya Allah ku pohon sembuhkan la abah aku. Semoga dia cukup sihat untuk memijakkan kaki di bumi Kiwi pada 27 Oktober ini dengan Kak Rose....Hati..tabahlah menjalani dugaan...Ku Pohon Ya Allah...