Kami check in di Kinabalu Pine Resort, Kundasang.. antara penginapan pilihan pengunjung Kundasang.. Booking melalui Agoda.. Booking bilik standard, oleh kerana agak ecil kami cuba dapatkan satu lagi bilik tetapi tidak ada yang berdekatan. Akhirnya kami buat keputusan untuk tukar ke bilik deluxe yang lebih besar dengan xtra matress.. selesa untuk satu family.. RM202 + xtra matress RM40 kot (tak ingat sebab dah lama baru nak update... huhuhuhu)
Duduk hotel ni tak pergi mana-mana pun dah seronok... menikmati pemandangan dan udara segar dan dingin... pagi2 tak yah mandi dulu keluar jalan2.. ibarat keluar dari peti sejuk.. tak mandi tetap segar... thehehehehe
Kami tak mandi lagi tapi nampak segar kan... thehehehehehe
Ada Rabbit House... Faheem asyik nak ajak pergi sini jer..
pendek kata... memang best dan berbaloi stay kat sini.. (panjang tak kata apa-apa..) Jumpa lagi di Desa Cattle..