Sabtu, 4 Oktober 2008

SYAWAL DI PERANTAUAN..

" Eid Mubarak!

Ucapan selamat hari raya tahun ni bertukar.. selepas selesai menunaikan solat sunat aidilfitri para jemaah bersalaman dan ada yang berpelukan sambil saling mengucapkan 'Eid Mubarak'.. masjid Wellington yang boleh memuatkan 500 jemaah penuh sesak.. insaf diri dan menangis di dalam hati melihat keagungan Ilahi menciptakan kami pelbagai warna kulit dan bahasa berkumpul untuk satu maksud.. membesarkan Allah dan sujud kepadaNya..

Ramai berpakaian tradisi masing2.. termasuklah aku dengan baju melayu hijau lumut yang dikirimkan oleh Kak Za untuk kami sekeluarga.. Terlewat ke masjid (maklumlah rumah dekat) aku terpaksa mencari ruang agak terkebelakang. . takbir raya dilaungkan tetapi tidaklah semendayu dan teratur seperti di Malaysia.. takbir "Allahu Akbar (3X), Allahu Akbar Walillah Ilhamd" diulang beramai2 tanpa pimpinan..

Jam 9 pagi solat sunat aidilfitri bermula.. agak malang apabila hari ni sistem pembesar suara tidak berfungsi.. aku di belakang tidak dapat mendengar kifiat solat sunat aidilfitri yang diterangkan oleh imam.. Lima kali takbir pada rakaat pertama.. rakaat kedua imam terus membaca alfatihah dan surah yang agak panjang.. aku fikir mungkin di sini tiada takbir pada rakaat kedua.. kemudian imam bertakbir dan aku pun ruku'.. sama seperti brader Somalia di sebelah kiri dan brader mat saleh kat sebelah kanan aku.. kemudian imam takbir lagi... laaa.. rupa2nya takbir selepas bacaan surah.. Selesai solat brader mat saleh tu menoleh dan tersenyum kepadaku seraya berkata "you tricked me brother.." aku turut tersenyum sambil memberitahu kifiat solat sunat aidilfitri di Malaysia berbeza sedikit mengikut mazhab Syafi'e.. kat sini mengikut mazhab hanafi.. "
suasana di masjid Wellington selepas solat sunat Aidilfitri 1429H (gambar ehsan dari Sam/Ueya)

Oleh kerana rumah kami paling dekat dengan masjid berbanding rakan2 Malaysia lain di sini, maka ia menjadi destinasi kunjungan pertama.. menu utama kami untuk tetamu adalah laksa utara.. lain2 makanan adalah nasi himpit, bihun goreng, dodol dan kueh raya.. sehari sebelum raya kami suami isteri bertungkus lumus membuat 2 jenis kueh raya iaitu tart gulung (jem kiwi dan nenas) dan london almond.. meriah dan penuh sesak teratak kecil kami.. untuk anak2 tidak ada duit raya tapi kami berikan goodies (ada mainan dan coklat).. sebagai ganti bunga api kami beli 'pop' untuk party untuk Hasya dan kawan2nya letupkan..





Setelah selesai makan di rumah kami, semua bergerak pula ke rumah sahabat-sahabat lain yang berhampiran dan juga sahabat di suburb yang lain.. Upacara kunjung mengunjung di sini rupanya amat hebat sekali... Bagi kami sekeluarga kalau di kampung, paling banyak pun acara ini akan berhenti menjelang asar..tapi di sini ia berakhir menjelang malam!! Juadah yang disediakan tidak kurang hebatnya seperti di Malaya..pokoknya semua ada..dari ketupat nasi, lemang (imitasi), roti jala, mee kuah, roti canai, nasik lemak, lontong, soto, nasik tomato... huiishhh tak tersenarai banyaknya..bahkan menu barat turut disediakan seperti spaghetti, cheese cake, choc cake, macaroni, lasagna dan entah macam2 lagi... Mengeluh panjang kami bila pulang ke rumah... Kunjung mengunjung berterusan sehingga hari raya ke -4.. dari Kilbirnie, Hataitai, Berhampore, Churton Park, Johnsonville, Wellington City, Lower Hutt hingga ke Brooklyn (Malaysian Embassy) kami beraya.. tu pun banyak juga open house yang kami terpaksa skip, biasalah faktor 3 angels kena diambil kira jugak..






(sekadar memaparkan beberapa lokasi rumah terbuka - kamera kami menghilangkan diri seketika, ada lokasi2 yang tidak dapat dirakamkan)

Fuhhh!!..sapa kata raya di perantauan tidak menyengat?? Jika ditolak rasa sayu di dalam hati dek tak berjumpa ayah, ibu dan sanak saudara, maka kesimpulannya adalah... raya di Welly tak kalah dengan beraya di Malaya...