Khamis, 24 September 2009

Syawal Terakhir Di Bumi Kiwi....

Sebelum meneruskan catatan, terlebih dahulu kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang menjengok kami di blog ini..



1 Syawal 1430H di bumi NZ jatuh pada 21 September 2009.. Walaupun kami berpuasa awal 4 jam berbanding umat Islam di Malaysia, namun kami berhari raya lewat sehari.. Apa pun yang penting raya.. Perasaan beraya di bumi orang tak sama dengan beraya di tanahair sendiri di samping ayah bonda dan sanak saudara, namun kemeriahan tetap terasa..

Bagi rakyat Malaysia di Wellington, ada pilihan sama ada hendak bersembahyang raya dengan suasana takbir ala Malaysia di Bangunan Kedutaan Malaysia atau untuk bersama2 umat Islam pelbagai bangsa di masjid.. dan kami memilih untuk bersama saudara2 Muslim yang lain memandangkan ini raya terakhir di sini.. (Tahun depan raya kat Malaysia Insyaallah...)

Solat Hari Raya di masjid Wellington tahun ni nampak lebih teratur, ada petugas yang menjaga parking dan mengatur saf.. sistem pembesar suarapun sempurna tak seperti tahun lepas.. Takbir di masjid biasa sahaja.. tidak mendayu2 seperti yang kita biasa laungkan di Malaysia..
(teringat cerita pengalaman kawan beraya di luar negara; bila sampai giliran seorang rakyat Malaysia bertakbir maka beliaupun mengalunkan irama takbir mendayu2, kemudian imam tegur "mengapa buat lagu sedih? Hari ni kita merayakan hari kemenangan, kitap patut gembira.." hehe.. dia tak tau rakyat Malaysia memang suka sedih, gembira pun nak menitiskan air mata juga..)

SOLAT SUNAT EIDULFITRI DI MASJID WELLINGTON

umat Islam selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Wellington

SOLAT SUNAT EIDULFITRI DI KEDUTAAN MALAYSIA

gambar dari fb Nezam

RUMAH TERBUKA KILBIRNIE DAN HATAITAI

Empat Keluarga yang tinggal di Kilbirnie dan Hataitai (Jask & Mask, Bro Ali & Bell, Zaidi & Haza dan Shamsudin & Suzana) telah bersetuju untuk membuat rumah terbuka hari raya bertempat di 6/22 Ross Street, Kilbirnie iaitu teratak kami.. Menu yang disediakan adalah nasi tomato, ayam masak merah, kari rogen josh, sup ekor, bihun goreng, ketupat nasi, lemang, rendang daging, kuah kacang dan kuih muih..

antara hidangan yang disediakan

Rumah Terbuka Raya ni bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.. tetapi rakan2 postgrad, kakitangan hicomm dan rakan2 Malaysia yang bekerja di Welly ini datang agak serentak.. maka teratak kecil pun menjadi sesak, tak cukup di dalam rumah, terpaksalah makan kat laman.. Alhamdulillah cuaca hari ni pun baik.. sesak tapi meriah..

sila 000 sila..

makin ramai yang berkunjung..

harap2 semuanya dapat menjamu selera.. tuan rumah pun dah tenggelam..

lepak kat laman pun best.. angin sepoi2 bahasa maori..

rakan sekuliah Mask dari Cambodia dan Filipina

tiba masa untuk beredar.. bersalam-salaman, bermaaf-maafan..

... dalam kemeriahan tiba2 sepi.. masing2 meneruskan misi raya.. lokasi seterusnya adalah ke Johsonville (rumah Mak Som dan Iskandar), Khandallah (Rumah TYT Duta Malaysia) dan Northland (Rumah Terbuka Nik & Fatma, Wak Azam & Kak Zizah, Mehraj & Khadijah)..

Kami sekeluarga hanya sempat menjejak ke rumah Mak Som (orang lama Welly, husbandnya orang kiwi) dan Iskandar (Alcatel NZ).. lepas tu kereta kami over heating..

Rumah Terbuka Raya diteruskan pada hari kedua di Lower Hutt anjuran keluarga Khairul & Deb, Shah & Izzah dan Niklin & Ida.. dan setiap hujung minggu hinggalah 18 Oktober 2009 barulah selesai siri raya di Wellington..

-jask-

Isnin, 14 September 2009

Majlis Iftar Komuniti Malaysia di Masjid Wellington

13 September 2009 (23 Ramadhan) Komuniti Malaysia di Wellington buat julung2 kalinya menganjurkan Majlis Iftar buat warga muslim Wellington bertempat di Masjid Kilbirnie, Wellington.. Komuniti Malaysia sama-sama bergotong-royong menyediakan menu nasi putih, kari kambing Rogen Josh, ayam goreng, jelatah, agar-agar, samosa dan popiah. Sekitar 700 orang warga muslim pelbagai bangsa hadir berbuka puasa di masjid pada hari tersebut, jumlah kehadiran tertinggi kalau di lihat setakat ini. Mungkin ramai tertunggu2 bila giliran Malaysia yang terkenal di mata negara Islam untuk menganjurkan majlis seperti ini.

Dato' Duta dan Pengarah MSD turut hadir

Bro Nawawi Cambodian yang ringan tulang sentiasa bersama dengan aktiviti2 komuniti Malaysia

dah masak ni, tunggu naik minyak

walah... menyelerokan!!

ayam goreng

masak nasi

anggur untuk berbuka

berehat untuk menunaikan solat zohor

ghost duster atau dust buster? sedang menyedut karpet di ruang makan lelaki

packing.. adik2 student banyak membantu..

Selepas Asar, semua juadah dah siap sedia untuk majlis iftar.. Semasa iftar berjalan agak kelam kabut kerana ramainya orang yang hadir... dan disebabkan kekalutan itu tiada siapa yang sempat merakamkan apa2 peristiwa semasa majlis iftar berlangsung.. Makanan yang pada mulanya dijangka berlebihan rupa2nya agak mencemaskan kerana dikhuatiri tidak cukup... tetapi dengan keberkatan bulan Ramadhan semua makanan cukup2 untuk semua orang.. petugas2 yang pada mulanya seperti tak berpeluang nak makan pun dapat makan.. ngam2, cukup2.. itulah rezeki Alah untuk semua orang yng berpuasa.. Alhamdulillah..

-jask-