Minggu lepas sempena cuti sekolah budak2 (mak budak pon cuti kejap sementara tunggu modul 2) geng2 postgrad telah buat lawatan ke satu lagi tempat menarik di NZ iaitu di Stagland. Stagland ni satu kawasan bela binatang la...ala2 ladang di mana kita boleh bagi makan kat binatang2 tu dengan tangan sendiri. Alahhh lebih2 kurang tempat2 yang kami pi dulu. Banyak tempat gini kat sini cuma apa yg menarik di sini adalah di samping binatang2 yang berkeliaran itu, persekitaran tempat ini dikekalkan seperti kampung zaman dahulu. Maka kita akan dapat menikmati suasana kampung depa la..walaupun tak der la org duduk kat dalam rumah2 kayu buruk di dalam tu.. hanya ada kelengkapan lama2 macam periuk belanga, kerusi meja ..ala2 cowboy la...cerita banyak pon tak guna kita saksikan gambaq2 kat situ yer...






Melepas rindu kami kepada saudara mara yg dok di Gurun Kedah! hehee..
DI PERKAMPUNGAN COWBOY
MAKAN TIME FOR THE ANIMALS
MAKAN TIME FOR MAMMA!
(boleh picnic kat sini..siap ada kelengkapan BBQ)
Info Jelajah
Tempat :
Stagland, Upper Hutt, Welly
Entrance Fee :
Kalau berkumpulan lebih 10 org maka $14 dewasa; $7 kanak2; makanan binatang $2 per pack
Masa Perjalanan :
1 jam ++ dari Welly (kena redah jalan naik turun bukit)
Kemudahan :
Ada disediakan tandas, parking dan kemudahan BBQ (di dalam kawasan ladang)
Binatang:
Ayam, Itik, Kambing gurun, kambing biri2, rusa, ba alif ba ya, pelbagai jenis burung, kuda, keldai dan mungkin hama..hehee
Masa ronda2 ladang:
lebih kurang 3 jam (untuk mereka yg tak mo panjat bukit tgk rusa liar )
Ok setakat itu jer la nak update..kalo nak cerita memanggg banyak lagi nak cerita..cerita siri makan berjemaah lah, photo session sang joran utama dan macam2 lagik! tapi kelas sudah mau mula..hari khamis dan jumaat ni kelas untuk Modul 2. Manakala saya ini tak habis membaca lagi nih!! maka terpaksa la menghadkan masa utk berblogging...owhh tidakk....Ya Allah semoga hari kelas tu aku sihat dan mindaku bcergas dan mulutku ringan sebab ada 15% utk participation dalam kelas..huhuhuuuu..