Jumaat, 27 Ogos 2010

Corat-Coret

Dah lama aku tak mencoret dalam blog.. terlalu banyak perkara terjadi. Dicelah-celah kegembiraan kami bertemu keluarga dan sahabat handai... kami telah berpisah buat selama-lamanya dengan ayah (ayah mertuaku).. Ayah kandung En. Jasmadi telah kembali ke rahmahtullah pada 27 Mei di Hospital Sik- lebih kurang 20 min sebelum kami menjejak kaki di Hospital. Semua keluarga tenang menerima ketentuan Illahi...wajah terakhir ayah sangat bersih dan putih. Tidak pernah aku lihat wajahnya sebersih itu sewaktu hayatnya...dia meninggal malam Jumaat dan dikebumikan sebelum solat Jumaat. Hasya menangis tatkala mengucup dahi Tok Wannya buat kali terakhir. Dia kata "kakak miss wan"... masakan tidak ayah mertua ku memang seorang yang kelakar dan dialah yang selalu menghiburkan budak2 ni dengan telatah lucunya bila kami balik kampung. Rupanya pertemuan kami yang pertama selepas hampir dua tahun tak berjumpa menjadi pertemuan yang terakhir. Sungguhpun tidak sempat merasai Ramadhan dan menyambut Syawal dengan ayah, aku lihat En.Jask dan keluarga amat tenang dan redha dengan hakikat itu. Alhamdulillahhh....






Anak-anak dah semakin ok..dah kurang demam-demam kalau dibandingkan masa bulan2 pertama kami di sini. Hasya siap masuk hospital pasai cibit-birit dan muntah-muntah. Tapi lepas masuk spital selera makan mencanak-canak...terus dah debab sekarang. hehehe (sorry kakak...same goes to me too lahh). Dinie pulak makin kerempeng..nak2 pulak time puasa ni..dah macam mancis api pulak ropanya... Yang agak maintain adalah Aina bobot...(don't ever ask about me.i don't want to talk about it ...hehehe).




Bab sekolah...masa mula2 susah jugak la nampak si Hasya nak adapt but after a few months everything seems to be fine. She has started to like Bahasa Arab as well as the school. Dinie aku masukkan dalam tadika yang biasa-biasa jer.. tak mau terlalu menekan budak dengan peperiksaan dan sistem pre-school yang dasyat. Aku tahu Dinie ni mempunyai keyakinan diri yang agak rendah....so we thought that letting her to be in the 'high class' school system will damage her confidence level more. Biar lah dia belajar pelan-pelan ...at the moment she's doing well.. dah boleh baca walaupun tak secekap mana tapi aku rasa itu sudah cukup memadai. Since most of her friends are 5 years old so dia jadi lebih confident di sekolah... well I guess it's good.

mask

Khamis, 19 Ogos 2010

Ramadhan Al-Mubarak

11 Ogos 2010 ; 1 Ramadhan 1431H ; bulan mulia muncul lagi.. Dua tahun berpuasa di perantauan, Ramadhan kali ini agak di nanti.. Kembali ke suasana berpuasa, berbuka dan bertarawikh seperti dekad-dekad yang lalu.. (tetapi kekadang agak rindu dengan suasana ramadhan yang dingin dan pendek di bumi kiwi.. ahak ahak)

Hari ke tiga berpuasa (Jumaat) kami bertolak pulang ke kampung di Kedah.. cadangan nak balik waktu sahur tapi pukul 8 juga jadinya.. Saja nak sambut awal puasa bersama keluarga.. apatah lagi bonda di Jeniang kurang sihat, begitu juga ayah dan bonda di Pantai Merdeka..

pernah nampak tandan pisang yang banyak macam ni? Pokok pisang belakang rumah di Jeniang..

tekun melihat cara2 tok membuat karipap
Selain itu kami juga ghairah untuk melawat suasana bazar Ramadhan..




Bazar Ramadhan di Taman Ria, Sg. Petani


Walaupun begitu banyak juadah dijual, tidak banyak kami beli memandangkan persediaan untuk berbuka puasa di Pantai Merdeka telah dibuat dengan pelbagai juadah.. ada soto, nasi himpit, mee rebus dan hidangan nasi dengan pelbagai jenis lauk-pauk.. seronok makan terlupa nak ambik gambar..
******
kami juga mengunjungi saudara yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan amanah sedekah dari rakan..

sampaikan sedekah pada keluarga yang memerlukan di Sg. Layar, Sg. Petani

bermain bunga api yang dah lama tak sentuh..


kualiti bunga api dah tak setanding macam zaman kanak-kanak dulu

dan berehat-rehat melihat alam..


berehat petang di Pantai Merdeka

Pagi Isnin kami bertolak pulang ke Bangi..

-jask-