Isnin, 10 Ogos 2009

One By One...Kia Kaha eare JaskMask!

Bila masa sudah suntuk dan kerja menimbun2 ni aku teringat pengalaman mengguruskan hal2 untuk ke mari..dengan masa tak sampai sebulan Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun disertai dengan air mata, pening kepala dan doa... formulanya cuma satu One By One..kalau fikir semua serentak kita akan menggelabah dan serabut teramat! So pada ketika ini, formula itu lah yang perlu aku terap... maka bolehla bernafas sikit...hehehhee...

Apa2 pon bukan itu fokus utama n3 pada kali ini. N3 kali ini adalah untuk merekodkan peristiwa yang telah berlaku dalam masa sebulan dua ni. Untuk makluman Mat Mejar dah keluaq spital begitu jugak mak aku. Tapi abah masih perlu banyak rehat dan pemerhatian. Mak pulak perlu di masukan semula ke spital pada minggu depan untuk ujian selanjutnya. Yang paling kesian kak za la kan..sure tak cukup tangan kaki semua nak jaga mak abah, family dia, sekolah dan tuition2 yang bersepah2 tu...tu tak kira tempahan hantaran, kes2 buat dan tanda soklan periksa la bagai... wahh...super woman sungguhh!! Thank you kak..kalau tak dak hang maunya org lagi susah hati sebab tak der sapa nak menjaga kebajikan ayah dan ibu...abang Jan jauh sikit dan dia pulak dah kerja swasta susah nak amik cuti..tapi ok la dia pon turut menjengok juga...tak macam eden ni ha..dok jenguk gambar jer la...huhuhuu...

Itu bab abah n mak, cerita anak2 pulak, baru2 ni kami meraikan hari lahir kedua2 puteri kami yang lahir selang sehari iaitu Dini 13 July dan Aina 12 July. Setelah bertangguh sebab semua pakat tak sihat maka setelah Dini tanya bila nak dapat hadiah dan kek (dan elaun pon dah masuk..huhuu) maka baru la buat. So ini lah gambar2 hadiah mereka dan juga kek aiskrim yg kami nikmati berlima sahaja...

Ice Cream Cake DIY (leh taruk nama sendiri)
Tengah Letak Huruf2 Membentuk Nama
(boleh makan huruf nih)
Tadaa....dah siap boh nama
Tiup cepat cekk noo..nanti cayaq habih kek tu
Cheeky Smile!
Yummy!
Hadiah Untuk Dinie..Dentist Set
(dah lama dia dok nak yg nii..)
Agak2 Besaq Nanti Nak Jadik Dentist kot Dinie ni ..
Hadiah Aina..Doodle Pro
Aina dan Hasil Karyanya - the smiley man

and the Jelly Fish
Di bawah ni juga ada gambar2 Dinie pada hari terakhir dia di Kindy. Depa ada buat celebration utntuk budak2 yang meninggalkan kindy ke sekolah baru dengan meraikan serentak birthday budak2 nih. Tapi no cakes lorr ..just play doh cake dan aktiviti membuat topi dengan parents. Oooo ada satu lagi - sesi penyerahan laporan perkembangan Dini. So sekarang Dini dah p sekolah sama kakak. Hari pertama di sekolah cikgu dia mai bagitau aku dia kata dia tak pasti Dini happy ker tak sebab muka dia tak nampak macam happy tapi tak jugak nampak sedih..so dia suruh aku tanya Dini.. response aku masa tu..gelak! wakakaka...cikgu tu pon puzzled maklumla dia tak tau itulah kebolehan Dini..buat muka Sardin- tak der perasaan. Hmmm...sebenarnya dia happy dan hari2 cerita apa dia buat kat sekolah. Sampai la ada parents-teacher interview ari tu, Mrs . Fort kata Dini still refuse to talk but bila dia test kebolehan menggenal angka dan huruf dia lulus cemerlang..mana tak cemerlang org suruh isi satu kotak jer kat board, dia p bantai isi semua ..habis kawan sekelas tak leh isi!! wakakaka (nampak sgt tak berapa faham arahan cikgu).....

Bersama Pengetua Yang Tua..hehhee Kathy

Bukan Pengetua Walaupun Tua - the kindly Gregg
(teringat kat Arwah Tok Wan Baharom ku bila nengok muka dia)With Kath nak bahagikan jajan dalam plastik..
Beratur tunggu giliran utk diraikan..
Kakak pulak masa parents-teacher interview tu, Mrs. Brown kata perkembangan dia bagus la...baca laju. Dia kata she's a good reader..letak la apa pon dia boleh baca and it sounds good too...wakakaka... tapi bila tanya apa makna tak semua dia tau! wakakakaa...aku gelak lagi.. dalam hati aku dok kata, biasalah la tu aku ni pon vocab limited giler...nyeh2 kira penyakit keturunan la tuh...wakakakaka... so cikgu suruh kami sama2 test dia setiap kali dia baca buku2 cerita dia dapat dari sekolah. Dia kata lagi math dia ok berada atas graf la..tapi aku tengok math dak Hasya ni still lemah... Bab ni aku tak leh kata apa sebab kat NZ ni Math dia lembab sikit la dia ajaq..kurikulum tak berapa tekan math. Tak macam kat tanah ayerku terchenta..so aku sudah mula risau takut dia tak leh catch up bila balik nanti.

Bab tulisan pulak, cikgu dia dah ajaq dia tulis kecik2 (hat ni pon cikgu dia terang..aku dulu cikgu tak amik tau pon...) siap ada buat comparison lagi tulisan masa mula masuk penggal dan sekarang...aku? angguk2 jer la...

Satu lagi perkembangan, sekarang matahari dah mula memancar ke bumi.. nampak gayanya Spring mai awai... Alhamdulillah.. maka ada la pi merambu kat park2 permainan di tepi pantai a.k.a lokasi pemancingan Sang Joran Utama. En Jask pon dah semakin pulih la...walaupon still tak leh dok dan jalan lama2 tapi minit nya ada sedikit bertambah dari dulu.. sekrang maksimum leh jalan/duduk dalam 20 min la... so selain terapi tulang, sejak 2 hari lepas dia ajak pi terapi minda di tepian pantai..so ni la gambar2 nya...

HAPPY TO BE OUTSIDE!




NEW LIL BRO??
Akhir sekali title blog ni telah ditukar buat sementara dari Kia Ora kepada Kia Kaha yg bermaksud Be Strong dalam Bahasa Maori...mudah-mudahan aku semakin kuat utk melangkah ke hadapan...Aminnn...

DI TEPI PANTAI YANG INDAH..



Akhir kata...KIA KAHA eare JASKMASK (be strong JaskMask!)