Sekolah Hasya dan Dinie pun pandai.. esok semua datang pagi ada majlis khatam quran .. macam biasa pelajar petang, nak datang pun tak apa, tak datang pun tak apa.. cikgu2 yg mengajar petang pun dapatlah bersedia untuk pulang ke kampung lebih awal.. win win situation... hehe
Apa-apa pun.. Selamat Balik Kampung lah kepada semua.. berhati2 semasa memandu.. patuhilah had laju yang ditetapkan.. jangan memotong di laluan kecemasan dan jangan memotong barisan..
Kalau berjumpa dengan jem sabar sajalah.. banyak2 kan lah berzikir supaya jiwa menjadi tenang..
Kalau berbuka atas alasan musafir tu, jangan lah liat pulak sewaktu nak membayarnya nanti..
Kalau nak mengelak jem, baik balik naik helikopter.. tapi kalau tak mampu nak sewa helikopter.. tak pa lah.. tempuh saja jem itu dengan penuh kesabaran.. Insyaallah sampai juga nanti..





