Jumaat, 19 Julai 2013

Rumah Terbalik Tamparuli

Petikan dari berita mstar.com bertarikh 11 mac 2012


KOTA KINABALU: Satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini. Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik. Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.

"Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari)," kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.

Lokasi : Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Tuaran, Sabah.



 
 
 


Apa yang best kat Rumah Terbalik ni yer? tak de lah best sangat tapi ok lah ada benda lain dari yang lain untuk kita lawati.. nak masuk kena bayar.. (tak ingat fee berapa) Bumbung di bawah so apa2 yang di bawah ada di atas.. tu jelah.. dalam rumah tak leh ambil gambar.. so ambil gambar kat luar jelah..



 



 
Kereta kancil terbalik..

 
 Garden terbalik.. dan paling best........
 
 ...ada toilet terbalik..
 

 inilah masanya untuk diriku bertukar menjadi Cicakman..

 



Isnin, 15 Julai 2013

Desa Cattle & Poring Hot Spring



Kedinginan di DESA CATTLE, KUNDASANG.. boleh la feel NZ sikit.. thehehehe






Pooh Faheem masuk dulu..



 
 
 




 







 Ni la aktiviti kat Desa Cattle.. bagi makan lembu dan kambing..

Jangan lupa beli souvenir, susu dan aiskrim lazat.. mmmm


Selesai di Desa Cattle kami menuju ke PORING HOT SPRING, RANAU.. Perjalanan di Ranau mengimbau kenangan 1997 - 2000.. dan Ranau s banyak berubah berbanding 13 tahun dahulu..
 



 Kami sekeluarga memilih untuk mandi dalam pondok tertutup dengan bayaran (tak ingat berapa)..


Jambatan kat bawah tu laluan lama ke hot spring.. dulu2 kami guna jambatan tu..

Ni SMK Lohan Ranau


 Tengah hari kami bertolak ke Kota Kinabalu....

Sabtu, 13 Julai 2013

Kinabalu Pine Resort - Kundasang

 Kami check in di Kinabalu Pine Resort, Kundasang.. antara penginapan pilihan pengunjung Kundasang.. Booking melalui Agoda.. Booking bilik standard, oleh kerana agak ecil kami cuba dapatkan satu lagi bilik tetapi tidak ada yang berdekatan. Akhirnya kami buat keputusan untuk tukar ke bilik deluxe yang lebih besar dengan xtra matress.. selesa untuk satu family.. RM202 + xtra matress RM40 kot (tak ingat sebab dah lama baru nak update... huhuhuhu)

parking kat bawah

kat luar bilik... nak tengok dalam bilik rajin2 la bukak google dan cari Kinabalu Pine Resort.. hehehe

Duduk hotel ni tak pergi mana-mana pun dah seronok... menikmati pemandangan dan udara segar dan dingin... pagi2 tak yah mandi dulu keluar jalan2.. ibarat keluar dari peti sejuk.. tak mandi tetap segar... thehehehehe

Kami tak mandi lagi tapi nampak segar kan... thehehehehehe

Ada Rabbit House... Faheem asyik nak ajak pergi sini jer..



pendek kata... memang best dan berbaloi stay kat sini.. (panjang tak kata apa-apa..) Jumpa lagi di Desa Cattle..