Rabu, 28 Januari 2009

COPPA, COPIA dan NZQA...Ka Pai Sahabat2 MQA

Salam

Untuk makluman entry ini khusus kepada rakan2 MQAku...bukan tak ingat org lain..tapi perkara yang dibincangkan mungkin melibatkan istilah2 teknikal yang pelik tetapi benar..hehehe...

Hari ni aku akan berjuang lagi.. kali ini berjuang untuk meneruskan lagi salah satu misi datang ke mari.. iaitu menjalinkan hubungan dengan NZQA. Yup...hari ni aku akan ke sana dengan Puan CtJ (Pegawai JPA di sini). Jutaan terima kasih kepadanya kerana memudahkan urusan aku dalam hal ini.. dan buat saudara dan sahabat yang sudi membaca n3 ini..(esp rakan MQA) doakan supaya aku ni tak terkucil2 dan mohon semoga Allah permudahkan semua...

Sebenarnya itu bukan perkara yang menyebabkan naluri ini meronta2 untuk menulis. Tetapi adalah sedikit ilmu yang aku dapat dalam menpersiapkan diri ke sana. Disebabkan aku ni ala2 wakil tunggal MQA (wakil secara paksa rela...adooiiiyaaaiii alangkah enaknya kalau rakan MQA lain ada bersama) maka aku pun perlu la mengetahui perkembangan MQA yang telah ku tinggalkan hampir setahun.. ye la kan jap gi takkan aku nak cakap aku tak tau apa MQA dok buat la ni sebab aku mai sini tak sampai 3 bulan MQA ditubuhkan? Buat malu den dan keturunan mat mejar jer..muahahaha...

Oleh itu maka sibuk la aku membaca COPPA, COPIA (kedua2 ini adalah garis panduan yang dihasilkan dalam penjaminan kualiti pengajian tinggi Malaya), pengiraan jam kredit la plus MQF dan entah apa2 lagi la yang berkaitan MQA (errr... termasuk blog dan face book org MQA yang aku baru discover muahahaha...). Satu perkataan yang bermain2 di minda aku sekarang adalah 'good' a.k.a 'bagus'! Maka oleh itu aku cam tak sabar nak menggucapkan TAHNIAH dan KA PAI kepada semua yang terlibat dalam melahirkan COPPA dan COPIA!!

Bagi aku kedua2 garis panduan tersebut dan sistem yang diterangkan di dalamnya adalah menyeluruh dan begitu menepati kehendak MQA dalam melaksanakan Outcome Based Education... tak sia2 la sahabat2 aku berhempas pulas malam dan siang untuk menyiapkannya.. hey you guys..you've done a great job!! kalau aku orang kaya atau jadik bos hangpa...aku bawak hangpa semua pi bercuti sehari di genting masuk theme park tu... pi main puas2 jadik budak2 balik!! Bukan apa...bagi hangpa enjoy dan jerit lepaskan tekanan!!

Apa2 pon I really prod of u guys!! Dalam masa yang sama aku juga berasa rugi sebab tak involve dalam usaha pembikinan COPPA dan COPIA tu...tertinggal perbincangan2 ilmiah hangpa yang tak dak galang ganti dengan apa jenis kelayakkan formal di mana2 universiti!!

So sahabat MQA yang terlibat dalam pemibikinan tu...berbanggalah sebab anda mempunyai ilmu yang ekslusif...dan teruskan menyumbang untuk negara..buat yang tak terlibat secara langsung tu jangan sedih sebab ilmu dan lubuk ilmu itu ada disekeliling anda...buka hati dan buka minda (hahahaa... dah macam fadzilah kamsah la pulak!!). better stop now coz dah start 'merapu'ing dah ni (tindakbalas reflek dari getaran di dada utk sesi petang nanti..). Sebelum aku mengakhiri entry ni, aku nak merakam kan ucapan terima kasih kepada Zamrin kerana sudi bagi sofcopy terkini COPPA dan COPIA tu..dan juga mek ja yang menyampaikan kepada ku... toche! Adioss Ammeeegoeess wish me luck! Wassalam

p/s : hmm... aku rasa aku boleh gunakan konsep yang sama dan kembangkan untuk kebaikan semua..

Isnin, 19 Januari 2009

Short and Sweet...

Aku tahu semua rakan MQA sedang sibuk..."maklumlah awal tahun" bak kata Nud bila aku bertanya tentang rakan2 lain.. hmmm, setahu aku majoriti unit di MQA tu tidak pernah kenal awal, tengah dan akhirnya tahun...semua masa sibuk!! Terkenang tahun2 lalu berada di situ..bagai tiada masa untuk mengurus diri sendiri...pagi datang awal..balik selepas Maghrib dan menghampiri Isya'...kalau ada yang berpandangan bahawa kakitangan kerajaan banyak masa lapang....so fikir2 la balik dengan statement tu... rasanya itu lebih kepada sikap individu dan mungkin budaya kerja sesebuah organisasi...

Oleh kerana aku tahu betapa terbebannya kengkawan di sana..maka aku tak mau la buat entry yang berat2 dan ilmiah bagai....just light n easy..so entry kali ini adalah mengenai percutian kami yang pendek tetapi berkualiti..

Isnin baru2 ni adalah Wellington Day..oleh kerana ianya jatuh pada hari Isnin maka para hubby (yang bekerja) pon bercuti la panjang sikit... aku ni yang telah lama bertapa di rumah pon bersetuju bila ada cadangan untuk ke Castle Point di Wilayah Wairarapa.. Castle Point ni famous dengan rumah apinya.. dan pemandangan pantai yang menarik..

Oleh itu pada pagi Sabtu lepas, rombongan ber-4 kereta pon bertolak menuju lokasi. Sebelum sampai ke Castle Point kami sempat menyinggah di Stonehenge di Carteton (tempat kami tengok bunga Daffodil dulu) dan Paua World. Stonehenge ni tempat puak Maori mecongak bulan bintang mengikut kepercayaan depa la.. Paua ni pula bagi mereka yang belum tahu adalahs sejenis siput yang cengkerangnya dibuat perhiasan. Katanya paua ni hanya terdapat di sini..maka adanya jika datang ke mari wajiblah memiliki barang2 yang diperbuat dari paua...

STONEHENGE


PAUA WORLD
Setelah menjengah ke dua tempat ini, kami pon meneruskan perjalanan ke arah bandar Masterton. Jika dilihat di peta NZ kami menuju ke sebelah timur north island. Sejam dari bandar Masterton itulah lokasi percutian pada kali ini. Castle Point amat terkenal dengan rumah apinya. Rumah api yang dikelilingi panorama yang mengasyikkan dan cuaca yang nyaman sudah tentu menjadi antara destinasi percutian popular. Mujur kami sempat juga booking 'bunk house' yang boleh memuatkan 29 orang dewasa.. Sungguhpun katil yang disediakan semua katil bujang tetapi rumah tersebut amat selesa sekali. Alatan elektrik serba 2 la kiranya - peti ais 2, freezer 2, stoove 2 dll...ruang tamu nya sungguh besar begitu juga dapurnya..boleh berlari2 la anak2 kami..

MAK CIK KANTIN MENGGORENG BIHUN TANPA MANDI

Sesampainya di sana para jejaka apa lagi memancing la..memang destinasi ni amat2 sesuai untuk kaki2 pancing.... kami yang perempuan2 ni lepak dan meikmati pemandangan sekitar rumah (dari rumah nampak laut dan rumah api). Tatkala senja kami sempat menikmati panorama indah sunset..subhanallahhh... cantik sungguh pemandangannya...tetapi sayang tiada gambar dapat menzahirkan kecantikan tersebut.




Pada malamnya acara BBQ pon dijalankan. Selain daging2 yang telah diperap, hasil tangkapan para hubby yang menghampiri 30 ekor pon turut dijadikan habuan pada malam itu.. semua telah disediakan, peralatan BBQ dan meja2 untuk bersantai di luar pon ada..cumanya kita perlu samak la..mujur ada ahli rombongan bawa sabun samak ..senang la kerja kami..

SULTEN MIZAN (adik beradik BEN TEN)


SANG JORAN UTAMA
Selesai makan, kami lepak lagi.. kali ni sambil melihat keindahan malam pula. Kebetulan malam itu bulan sungguh terang dan mennyinari pantai..ahhhh.. indah dan nyaman sekali.... aku dan bell borak sampai jam menunjukan pukul 4 pagi..

Keesokan harinya aktiviti di pantai pula.. selepas sarapan, kami bergerak ke pantai...siap bawak keta di persisiran pantai yang berpasir2 tu lagi..teman anak2 main pantai dan buat sand castle la kononnya.. tapi disebabkan hujuan rintik2 dan angin agak kuat..anak2 semua masuk ke dalam kereta. Akhirnya yang tinggal aku ngan bell jer dok pulun buat sand castle..kehkehekeh..bila cuaca dah ok..kami pon nak pegi join para suami la nak tengok hasil tangkapan...dengan anak2 penuh keta (6 org budak2 kecik - bell 3 , aku 3), Bell pon bawa la keta aku nak kuar dari kawasan pantai tu..tup2 tayar keta tu terbenam dalam pasir!! adusss....menggelabah sungguhh...dah la lelaki sorang pon tak dak! Melihat akan kegelabahan kami maka dua jejaka mat salleh telah menghampiri kami..muahahaha... tersengeh2 la aku dan bell malu2 badak ...adoihhh usaha 2 org tak jalan nampaknya...akhirnya 2 org anak muda mat salleh pulak datang membantu menolak. Nasib baik la En. Jask kita nampak dari kejauhan keta tu jadik cam tu.. dia pon lari mendapatkan kami... so akhirnya dgn ditolak 4 mat salleh 'hensem' ekhemmm dan di pandu oleh suamiku yang juga hensem (baru seimbang ayat ni..) maka kereta ku berjaya digerakkan..wakakakaa... pengalaman betoi.. sayang tak der kamera.. kalo tak sure dah tangkap gambar ngan mamat2 tuh... ehhh..bukan gatal la... KENANGAN...nyeh2



ME & BELL


Petang tu pulak, kami menaiki tangga ke Light House..fuhh pemandangan dari sini lagi cantikkk...cuma nye berangin giler..so tudung jadik kemek2 la...baju jadik terbang2 hehehe.. so cakap banyak tak mo.. saksikanlahh...



GAYA KUNG FU PANDA
Dalam perjalanan pulang kami singgah di bandar Masterton (satu jam dari Castle Point). Bandar yang terkenal dengan pengetaman biri ini mempunyai banyak museum yang boleh dilawati. Oleh kerana masa agak terhad maka kami memilih untuk melawat museum industri bulu biri2. Dengan bayaran sebanayak NZD10 untuk satu family, kami dapat mengetahui serba sedikit tentang sejarah industri ini di NZ. Replika2 biri2 pula menjadi lokasi kami untuk bergambar...


HATI2 AINA..TERCUCUK NANTI TERUS JADIK SLEEPING BEAUTY LAKS!!

SEMPAT BERGAMBAR DI POKOK 'GEBU' DI TEPI JALAN

SALAH SATU PEMANDANGAN YANG MENGAGUMKAN..
Nota: Jika dibesarkan click di gambar ini anda akan dapat melihat objek putih2 di padang ini. Ia adalah kambing biri2 yang sedang menikmati air dari kolam (yang berwarna hijau dan merah )

Kesimpulannya, percutian pada kali ini walaupun hanya beberapa hari cuma tetapi kepuasan dan ketenangan yang diperolehi sangat memuaskan...bak kata omputih short n sweet, less is more..ehh betul ker aku nih?? apa2 pun buat semua sanak saudara dan sahabat di Malaya..seindah mana pun di sini hati kami tetap di Malaya...


Isnin, 12 Januari 2009

Pantasnya Masa....

Kau masih kucintai..sungguh
Dari awal hingga ke hari ini..
Aku pasti seyakinnya pasti...
Kau lah satu untuk ku....
(Iris- Awie)

Haa...entry kali ini dimulakan dengan serangkap lagu dari penyanyi berlengan dan berhidung besar tetapi amat hebat bab2 percintaan nih! Si Ahhhwieeee!!! Aku tak minat dia pun cumanya pada tika dan saat ini, itu lah rangkap lagu yang terngiang2 di minda. Ye la kan.. hari ini 12 Januari maka genaplah 9 tahun hamba ini dinikahkan dengan suami. Kami bernikah pada tarikh tersebut tahun 2000. Nikah gantung dulu sebab pada ketika itu En. Jask kita berada di Sabah dan memerlukan surat nikah tu untuk apply balik di semenanjung... Kenduri kami dibuat sembilan bulan kemudian... hahaha..lama kan?? Apa2 pon...itulah sejarah kami...sambutan?? seperti biasa..kami ni bersederhana orangnya (sebenarnya ayatnya lebih kepada sederhana poketnya...hehehe) maka En. Jask sempat meng'surprise'kan isteri dengan sejambak kecil bunga.. lepas tu kami makan2 di kedai mahai sikit la (makan awal sehari..sebab masa tu teringin sangat!! hahaa)
BUNGA PEMBERIAN SANG JORAN UTAMA hehehe..

Aku bagi apa?? aku ni tak leh bawak keta sendiri..maka aku kena la pk benda lain.. maka aku buat la video clip istimewa untuk sang suami a.k.a "Sang Joran Utama" (aku gelarkan dia coz dia dah jadik cam tekong aktiviti fishing lak sekarang nih..siap ngan buletin2 joran dia monopoli..hehe aktif sungguh!!). Video klip yang tak seberapa ni aku dah bikin sikit2 dalam seminggu abiss nak rahsia2 so cam susah la sikit nak tunggu line clear..tapi malam 12hb tu baru kampoi betul2..last2 pukul 5.00 pagi 13hb baru siap...ni baru jer tunjuk kat dia... so aku kongsi la sekali dengan semua..sebab selain dari kisah kami berdua..ada juga diselitkan gambar anak2 yang masa sakit : aina kena gores ngan bibik kat belakang badan la, dinie jatuh kat longkang masa bibik tgk tv, kakak sakit mata dan juga time dinie kene operate cabut gigi.. maka saksikanlahh............



Amaran (yang terpaksa ditulis) : Video klip yang disertakan boleh menyebabkan server umum menjadi berat dan dikhuatiri menggangu perjalanan urusan rasmi ...

Ahad, 11 Januari 2009

Aina Dan Aidid

Tadikan ada mentioned pasai Aidid...saja nak panjangkan kisah depa dua ni.. Aidid ni anak kawan kami di sini..kira jiran la jugak..dekat Hataitai..jarak dengan umah kami boleh dikatakan dalam 3-5 min naik keta la..so kami agak rapat la dengan family A.Ali (org kedah) dan Bell (nama yang dikomersialkan dari Balkis- budak UiTM Arau jugak..senior one batch tapi masing2 tak mengenali masing2..) Anak Bell dan A.Ali ni 3 jugak ..cuma bezanya dia 2 lelaki dan seorang perempuan. Yang sulung pompuan tu sama umurnya dgn Hasya..maka depa ni dah jadik teman tapi mesra la kiranya..termasuk la Aidid dan Aina..walaupun dak Aidid ni tak pandai lagi cakap (sebab dia muda dari Aina) tapi pandai berkawan... suka dia kawan dengan Aina... nak bukti??? haa..lihat nih!! (terima kasih Jah dan Khairil untuk gambar..)

AIDID DAN AINA DI PAGI RAYA HAJI
Nota: Aikkk... macam pernah ku lihat aksi peluk pinggang dan bahu nihh..


AIDID...lepas ni mintak form kat untie yer...nanti auntie hantar quotation

MAKAN PON DISUAPKAN...
Amaran : Aksi yang dipaparkan TIDAK BOLEH ditiru oleh orang dewasa...kerana ia melanggar norma2 dan batas2 agama..muahahhaa... Aidid n Aina small2 ok aaa..big2 nanti NO, NO...hehehe...

BMW

Salam sejahtera semua...lama juga aku ni menyepi..bukan ada kerja apa2 pon..dok berhibernasi tak habis2!! Buat pertama kali seumur hidup aku..aku mengatakan bahawasanya cuti sekolah itu boring!!! Aku dah jadik macam kura2 pergerakan perlahan...hanya bergerak di sekitar kawasan radius dan asik dok dalam cengkerang...kalo aku berterusan begini..aku rasa kejap lagi naik hijau la muka aku nih... Makanya bila saja ada kengkawan Welly bagitau nak p melawat ladang lavender di Otaki..aku pon dengan tangkas bersetuju!! Fuhh...satu lagi benda yang tak pernah tengok ..bunga minyak wangi nihhh...


Hahahaha...kenapa aku gelak?? Hehehe..sebabnya perkataaan minyak wangi ni telah mengingatkan aku kepada seorang mek kelate yang pernah menjadi rakan sekuliah ku di Arau dulu.. mek kelate ni mmg 'jangok' (bergaya dalam lorat kelantan..betoi dak mek ja?) la.. masa aku di Arau dulu Body Shop ni satu jenama yang agak glamour di kalangan student..mana taknya masa tu outlet Body Shop mana la ada bersepah di Malaya..hanya ada di KL jer...geng2 Kay El jeww merasa benda nih.. tapi mek kelate ni , ada memiliki nya...dia pon rasanya dari golongan berada. Macam semua tau..minyak wangi body shop ni sebenarnya ekonomi kalau beli..sebab dia punya bau tu kuat giler..secalit pon telah semerbak baunyer..tambah2 la kalau bercalit2 ditaruknya...hmmphhhh lagi sakan la.. begitulah yang menjadi amalam mek kelate ni - bukan sekadar secalit aku rasa dia pakai...bercalit2!! So masa aku part 1 ker part 2 (Diploma) aku satu kelas ngan dia...aku naik heran sebab sebelum dia sampai..budak2 lelaki mesti cakap..."Oiii...BMW dah nak sampai nih"...lama jugak aku memikir..last2 aku tanya..apasal hangpa panggil BMW? (nak kata bentuk bumper ker ..mek ni kurus kering org nya..wakakaka jahat sungguh imiginasi ku). Budak lelaki tu pon jawab .." ye la...wangi giler budak tu dari jauh lagi dah bau minyak wangi dia.. tu la kami panggil 'Budak Minyak Wangi' (BMW)"!!! muahahhaaahaa... gitu kisahnya..aku pon sejak dari tu kalo cakap pasai minyak wangi.. aku mesti ingat kisah tu!! Budak Minyak Wangi....hahahaha kreatif sungguh!!

Ok la..berbalik kepada cerita Lavender tadi.. haaa.. Kelmarin - Sabtu, 10 Januari dalam pukul 9 tu kami pon bergerak la menuju lokasi perjumpaan di Stesten Shell Mana (mana ni nama tempat..bukan aku tertanya2 tau!!). Sesampai di sana (lebih kurang 30 min dari Mana) cuaca mendung kemudian bertukar kepada rintik2 hujan yang halus2 dan sopan2..hahhaaa.. melihat deretan lavender yang meng'unggu' kerakusan bergambar tidak dapat dibendung lagi.... tup2 En. JaskMuddy kita cakap..camera kita bateri kong arrr...adossss robek hati ku jadiknya..malas bising2 aku pon buat strategi muka tak malu menempek kamera orang la jwabnya... mana tak nya..aku ni sejak dari awal minggu dah fikir dan plan warna baju apa nak pakai nak kasi gambar naik..tup2 gini lak jadiknya..tapi tak pa..beletiaq pon tak guna..sementelah kengkawan pon kamera banyak...hahaha yang seberat aina pon ada (yang ni tahap pro la).. Maka ini lah hasilnya gambar2 tersebut.. saksikanlahhhh... (credits to Ueya, Zaza dan Adi..err yg lelain tu jgn la malu2 e-mail gambar kami noo...)

SEDIA UNTUK DIKUKUS
Nota: Satu periuk ni hanya dapat menghasilkan 500ml sahaja eksrak
PERIUK KUKUS LAVENDER

KAEDAH PENGULINGAN AIR DAN MINYAK LAVENDER

Sedikit Info:

Lokasi : Lavender Creek Farm, Otaki Wellington
Entrance : Percuma
Keluasan : Kecik jer..lebih kurang seluas padang sekolah kot..
Keistemewaan: Ada demonstrasi kaedah penuaian bunga lavender dan kaedah pati pokok di ekstrak di kilang kecilnya..err..kedai juai cenderahati pon ada..
Kelemahan : Tak menyediakan kemudahan awam seperti tandas...nyeh2

ANAK DARA BERPOSING DI TENGAH HUJAN RINTIK
Nota : Semua kena paksa pakai baju putih...konon nak nampakkan bunga kehkehkeh
PURA2 TAK DAK ANAK..
Nota : Setelah anak2 di arahkan lepak di gazebo (sebab hujan) mak dan abah pula posing maut..tak henggat ada anak menanti..rasa cam gambaq kami lagi banyak!! muahahaha..

Kesimpulan dari lawatan adalah - kalo rasa diri dah nak jadik hijau macam kura2 baik cepat2 beraktiviti..dan kalau nak pakai minyak wangi tu beringat2 sikit..jangan banyak sangat. Kejap lagi ada la BMW the second!! Aku rasa minyak wangi ni kalo dah terlampau banyak dia akan bertukar menjadi sebaliknya..busuk pulak jadiknya..macam tu la kami di kilang lavender tu...masing2 mengerutkan hidung sebab bau lavender yang terlampau kuat menyebabkan majoriti dari kami semua tak beli pon minyak wanginya...aku beli lip gloss dan lavender lollies jer..tu pon bila makan aku rasa cam makan minyak wangi jer..arrgghhh tak sedap!

P/s : Sebagai rekod, selepas pi jengok lavender kami ke Levin untuk acara buka bekal- aku bawak ikan kahawai belah belakang (hasil tangkapan sang suami). Di sini juga kami ramai2 menyambut Birthday Aidid anaknya si Bell and Abg. Ali (best friend Aina kat sini la kiranya..) Pastu pi makan aiskrim tersedap di dunia lak!! Adoiihh camner nak kurus wehhh!!

Rabu, 7 Januari 2009

Teknologi Memungkinkan Segala

Sebenarnya aku ni tak la pandai sangat IT..sebab tak dak ilmu formal yang diterima.. ilmu tu dapat hanya kaedah 'try and error' jer..dari aplikasi power point sampai la aplikasi buat short video nih.. semua belasah jer..hehehe.. apa2 pon sejak di perantauan ni ilmu IT ni dilebarkan sayap ke arah mendekatkan yang jauh... maka macam2 la aplikasi online yang telah dicuba antaranya Yahoo Messanger, MSN Chatting lah, Ovooo lah dan paling mutakir Skype..

Dalam banyak2 aplikasi, aku rasa Skpye ni la paling memenuhi tuntutan pengguna, disamping laju dan jarang mengalami gambar tersekat2 seperti YM, Skype juga boleh berfungsi seperti ketiga2 aplikasi yang aku nyatakan tadi..aku boleh share gambar, hantar video, telecorefencing cuma tak boleh nak sua tangan salam jer lagi...

Sebelum ni hanya kak ipar a.k.a kak En. Madi kita -Kak Ulia dan A.Din di Jerantut jer yang install skype. Tapi bebaru ni Abang Jan (my only big bro.) bagitau dia dah install skype..apa lagi riuh rendahlah berborak.. siap bawak jalan2 keliling umah laptop nih..tunjuk rumah yang sebesar lubang hidung ni kat depa..hehehe ari tu ada juga bawak sahabat Malaya guna MSN hotmail ..tapi tak der suara..so jenuh nak taip la pulak nak xplain. Macam orang giler jer lagaknya...

Bila abah dan mak dah tau kata boleh cakap direct, maka depa pon sesampai dari KL terus singgah umah abang...haa...puass tengok muka mak n abah..boleh nampak mak pakai spek mata baru, gigi baru pon nampak!! mauahahaha... Abah memula nampak sayuti...pastu dah lama2 borak nampak dia ceria. Borak lama giler....rasa macam balik kampung la jugak...siap leh tunjuk2 ikan dalam fridge umah nih... muahhahaa..punya ralit borak, sampai lupa nak snap gambar depa masa borak...

So...hilang la sikit rasa rindu kat Malaya...terima kasih la kepada mereka yang telah mencipta teknologi komunikasi ni...teknologi telah memungkinkan kami sekeluarga terasa dekat banget dengan family dan sahabat walaupun hakikatnya jauh beribu2 batu.. lagi jauh dari mekah kami nih!! (abah la kasi tau..)

ANTARA GAMBAR YANG TITIPAN SAUDARA DAN SAHABAT MENERUSI TEKNOLOGI YG ADA..

Nota - baru jer puji2 dah tak leh upload gambar lak...ada prob apa ntah..nanti kalo boleh upload kami boh ok..


Sabtu, 3 Januari 2009

Erti Meriah...

Baru tadi aku menyelusuri Face Book- satu lagi laman di website yang menjadi 'kegilaan' sekarang.. dari satu profile ke profile aku jengah..sampai ke satu profile kawan sekolah dan juga rakan Uitm, mata aku tertumpu pada satu albumnya bertajuk 'Xmas fever at the Malls' - memaparkan gambar2 sekitar ibu negara ketika perayaan penganut kristian itu berlangsung... memang tak dinafikan..begitu indah dan meriah nampaknya... seperti tahun2 sebelumnya. Bahkan ku rasa sejak aku mengenali dunia..suasana sebegitu memang telah wujud...bukan perayaan xmas sahaja bahkan semua perayaan disambut sedemikian rupa..bandar2 pasti dihias sarat dengan lampu2 gemerlapan disepanjang bandaraya terutamanya ibu negara kita. Itu tak masuk segala hiasan di gedung beli belah dan sebagainya...pokoknya tidak keterlaluan jika aku katakan Malaya meriah dengan perayaan dan majlis2 sambutan!

SEKITAR BANDAR SUNWAY


Tahun 2008 menyaksikan kami meninggalkan negara yang dicintai...berhijrah ke mari mencari ilmu..yang akan diajar oleh para akademik dari universiti victoria.. tapi..setelah hampir setahun berada di sini..aku sedar ilmu itu cukup luas..aku bukan sahaja belajar dari universiti..tetapi ilmu itu datang menerusi pemerhatian kami suami isteri terhadap cara kehidupan masyarakat disini, amalan tokoh2 politiknya dan juga amalan kerajaan di sini..satu ayat yang tepat untuk menggambarkan suasana di sini adalah -KESEDERHANAAN

Ya.. itu yang paling tepat.. mungkin ramai yang berpendapat xmas di sini mesti berkali2 ganda meriah dan 'happening' dari Malaya..maklumlahh duduk di negara omputih kan...ssementah majori dari penduduknya meraikan xmas..mesti la paling2 tidak pokok xmas dan hiasan tu mesti la se'gah' dan secantik di Mid Valley atau Suria KLCC kan...

PANDANGAN BIASA DI MEGAMALL MALAYSIA
MIDVALLEY

Tapi anggapan tu sebenarnya amat2 meleset sama sekali... perayaan xmas di sini sebenarnya amat2 sederhana... kemeriahan itu lebih kepada sambutan dengan keluarga dan dengan orang2 tersayang... tiada lampu2 menghias bandar Wellington..bahkan jika dibandingkan kawasan Petaling Jaya itu dengan satu bandar Wellington ni pon...PJ akan menang 10 kali ganda dek kemeriahan lampu dan hiasan2 nya...menyelusuri bandar Welly...tak ternampak oleh mata ini apa jenis hiasan xmas pon yang dibuat oleh kerajaan NZ...bukan sekadar tiada lampu, kain rentang pon tak nampak.. cuma yang ada hiasan2 biasa yang dibuat oleh tokey2 kedai untuk menarik pelanggan...

Bila difikir2 balik dan dicantum2 dengan ilmu yang tak seberapa yang aku peroleh dari perbincangan di kelas2 (org kiwi la bincang aku n rakan international lain tukang dengar la..hehehe) dan pembacaaan tentang sistem pemerintahan - maka tau la serba sedikit bagaimana kerajaan NZ akan dipersoalkan dengan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan serta betapa komitednya mereka terhadap perkara yang menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar (macam power saving dll). Perkara itu semua telah membawa aku kepada satu kesimpulan : di sini mereka memilih jalan sederhana kerana ke'meriah'an itu tidak perlu dimanifestasikan dengan kehebatan hiasan kepelbagaian lampu2 di jalan kerana akhirnya ia hanya membawa kepada perkara negatif (pada pendapat aku la) iaitu - bil elektrik yang melambung tinggi serta lain2 bil hiasan yang tak kunjung surutnya dan semua itu adalah duit kita semua...begitu lah jua keadaannya bila sampai tahun baru..tiada langsung apa2 acara anjuran kerajaan, lintas langsung dari dataran welly ker, letupan bunga api ker...tak dak apa2 sambutan la kiranya...kalau ada pon hanya bunyi jeritan2 kecil dari rumah2 tanda mereka sedang berparty...

Kesederhanaan ini nampaknya telah menjadi amalan di sini..dari anjuran konsert tahunan sekolah sehingga lah majlis2 yang dihadiri pembesar2 negara bahkan suasana pilihan raya baru ini pon tiada perang poster seperti Malaya...semuanya ala kadar sahaja.. pokok tiada unsur2 'grand'! Apa yang dititik beratkan di sini adalah 'outcome' atau hasil dari aktiviti yang dijalankan.

Contohnya baru ini sekolah kakak menganjurkan konsert tahunan yang bertemakan 'bird'.- tujuannya untuk memeberi kesedaran kepada pelajar tentang spesis burung . Aku dan suami pon tak melepas peluang pergi.. mungkin selalu dimomokkan dgn unsur grand..maka konsert yang sedemikianlah yang kami nanti2..tetapi tiba di sana, kami dapati konsert tu cukup sederhana...hanya diadakan di hall sekolah yang diatur kerusi biasa..dan tak cukup pula tu..maka sapa datang awal duduk la ..sapa yang lambat, berdiri la tepi2 atau duduk di lantai..tiada pentas, tiada hiasan, tiada ajk sambutan, bahkan kanak2 yang masuk konsert tu pon pakai baju hari2 depa pakai jer..tetapi semua guru2 , pelajar2 dan ibu bapa nampak enjoy dengan aktiviti tersebut... apa yang lebih mengagumkan aku dan suami adalah outcomes yang dinyatakan pada pamplet tu benar2 tercapai.. Hasya bukan sahaja tahu apa jenis burung yang ada di New Zealand..bahkan dia juga tahu serba sedikit tentang sifat burung2 tersebut!! Hebat bukan??

SEKITAR BIRD CONCERT
Nota : gambar 3 - kelihatan ibu bapa yang sedang bertenggek2 menyaksikan persembahan anak mereka...berselerak saja..

KONSERT TAHUNAN DI MALAYSIA..NI BARU TADIKA
Nota: credits to Kay

Tempat duduk yang selesa untuk Ibubapa..

Entry ini bukanla nak mengaggungkan NZ dan memperlekehkan Malaya...tetapi kita sepatutnya berbalik kepada seruan agama kita...hidup serba sederhana...itu yang terbaik..bila dah terbiasa hidup sebegitu maka kita tidak la perlu terkejar2 ke sini ke sana untuk men'grand'kan semua majlis...cuba anda fikir betapa kita obses akan unsur ini?? sampai kita terlupa objektif sebenar majlis itu diadakan...fikir-fikirkan lah...

Khamis, 1 Januari 2009

2008...Pahit itu Indah? 2009??

Semalam berlalulah pergi tahun 2008...tahun yang penuh dengan cabaran. Tahun yang penuh kenangan, tahun yang dipenuhi memori2 yang selama ini tidak pernah sekelumit pon berada dalam angan-angan aku..."bukan senang nak senang" itulah pernyataan yang paling tepat jika aku diminta mengulas dengan sebaris ayat tentang tahun 2008.

Bermula dengan pahit yang cukup payah ditelan...tetapi berkat kesabaran dan sokongan padu semua pihak, kepahitan itu semakin lama semakin pudar dirasakan...Tapi persoalannya sekarang adakah pahit itu indah?? Kalau ditanya pada diri...tiada jawapan yang pasti...hahahaha!!! wakakakakaka.... poyo jer N3 ni..

Sebenarnya.. aku ni baru jer mengabiskan menonton episode akhir Gelora di Hati Sara...tu yang ayat berbunga2 nih.. adusss best la cerita tu..walaupon ada la sikit2 unsur kebodohan melampau dari watak yang baik..tapi alaaa...abaikan jer la..dah nama pon drama..mestila watak over baik dan over jahat tu ada kan...walau apa pon bravo kepada Fauziah Latif kerana lakonan pertamanya ini amat2 la bagus...

Tapi apa pon isi kandungan peranggan pertama dan kedua tu betul.. memang tak pernah termimpi diri ini nak mai sini..bahkan tak pernah pon terpikir nak sambung belajar..hehehe.. apa2 pun Allah telah mendorong kami ke mari.. dengan 25 hari persiapan..kami melangkah kemari. Aku memang amat2 gusar dan pernah suarakan kepada Puan Zita nak tangguh sebab mana mungkin boleh selesaikan urusan semua dalam masa 25 hari! Aku ingat lagi katanya " Maz you pergi dengan niat baik insyaAllah tuhan akan tolong". Walau pun perkataan itu pada ketika itu tidak banyak meredakan gusar di hati..tapi memang benar apa yang dia kata .. dan akhirnya Alhamdullilahh....walaupon kami tak punya wang ringgit atau pangkat seperti sesetengah orang , tapi Allah telah anugerahkan kami saudara2 dan sahabat2 yang sentiasa bersedia membantu mana yang patut... semua urusan2 penting siap seperti yang dirancang walaupon iurusan a khir hanya dapat siap 3-4 jam sebelum waktu penerbangan ke mari...fuhhh!! Charlie Caplin betoii...

Makanya aku kira tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa - bagi kami, tahun 2008 tak mungkin dapat dilalui tanpa orang sekeliling kami...Oleh itu entry ini sebenarnya didedikasi kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...

Pertama:
Saudara mara kami yang tidak pernah jemu memanjatkan doa dan menyokong dari belakang. Sebenarnya bulan2 pertama kami di sini, rasa rindu kepada keluarga amat2 dirasai. Ada satu ketika aku dan suami seolah makan tak lalu mandi tak basah.. asik teringat suasana kampung...tekanan dan bebanan belajar juga telah menambah rasa rindu kami pada kampung halaman. Mau sahaja aku dan suami cabut balik ke Malaya - tinggalkan hasrat menetap di sini...tapi bila menggenang wajah2 ayah bonda, kakak dan abang yang penuh dengan pengharapan...cepat2 hasrat itu dilontar jauh..

Bila melihat kesungguhan anak sulungku yang mahu ke sekolah baru tanpa merunggut...menyebabkan aku terfikir .. aku rasa keadaanya mesti lagi sukar dari aku. Penguasaannya Bahasa Inggerisnya amat2 minima berbanding aku..dan pergaulan dan pendedahannya jauh lebih kurang dari aku.. kenapa dia tidak merungut dan tidak pernah berputus asa?? Maka ..aku mesti lebih kuat...

Kedua:
Jutaan terima kasih kepada sahabat MQA yang tak pernah luntur kehangatan persahabatan mahupun bantuan yang dihulur. Buat Mek Ja dan suami terima kasih yang amat kerana sudi menguruskan hal rumah baru kami....kalo tak cukup duit kami bagi tu bagitau la , nanti boleh la kami juai nasik lemak time2 cuti nii....hahaha... Buat Zierah terima kasih atas kesudian menguruskan hal perbankkan aku ni... buat Dina, Hana Nud, Kak Rose a.k.a rakan makan yang selalu berkongsi ilmu mutakir dan maklumat....buat rakan2 yang ada blog sesungguhnya blog2 hangpa telah sedikit sebanyak menghilangkan tekanan dan mengubat kerinduan aku di sini...begitu juga yang lain2 rakan pejabat yang begitu tangkas menyalurkan maklumat yang dipinta untuk study ku di sini... Tak lupa kepada sahabat suami yang turut membantu dalam hal2 yang ditinggalkan...

Ketiga:
Buat sahabat Wellingtonian .....tiada kata yang sesuai melainkan - syukur yang amat kerana Allah telah menemukan kami dengan sahabat sekalian..sebab kalau tak kerana bantuan sahabat2 sekalian..fuhhh!!! tak dapek nak bayangkan camno..

Kesimpulannya tahun 2008 adalah tahun yang penuh dengan cabaran tapi Alhamdullillah...kami masih disini kerana orang di sekeliling kami...maka ucapan akhir adalah ...

Doaku untuk 2009, semoga Allah mempermudahkan segala urusan orang yang telah telah memudahkan urusan kami pada tahun2 lalu....semoga kita sama2 beroleh kejayaan dunia dan akhirat....aminnn