Selasa, 28 Oktober 2008

Neraka Dunia?

Bila sebut pasai Neraka a.k.a Hell pasti semua dapat membayangkan tempat yang menggerunkan lagi menakutkan...penghuni neraka akan dihidangkan buahan yang berduri atau berapi...fuhh!! sungguh menakutkan!

Tapi di bumi kiwi ni lain la pulak jadiknya...Hell dikaitkan dengan makanan yang enak dan menyelerakan! Pelik tapi benar...hehehe sebenarnya Hell di sini adalah satu nama restaurant yang mempunyai cawangan yang tidak kurang banyaknya di sekitar NZ. Selari dengan namanya, konsep Hell ni pon ala2 syaitan la ...warna tema hitam..dan tag line dia "if you havent't sold your soul yet, you should..."


Sebelum ni kami memang dah perasan kewujudan restoren ni tapi tak pula rasa nak letak dalam blog. Tapi bebaru ni pakej combo yang ditawarkan begitu mengusik minda dan terus mengusik urat ketawa kami... haaa... saksikanlahh..

MURAH OOO.. PAKEJ NI..

Cuba bayangkan macamana la keadaannya pelanggan Hell ni dilayan....fuhhh..kalau pelanggan lelaki - neraka yang dimasuk terasa bagaikan disyurga!! Muahahaahaa...sekali fikir memang rasa tak selari package yang ditawarkan dengan namanya..tapi bila pikir2 balik...betul la tuh... syurga dunia akan membawa neraka di alam hakiki...huhuhu... so nama restoran tu ala2 bagi warning?? entahlahh... apa2 pon.. kalau konsep yang sama diterapkan di Malaysia...maka kaum isteri pasti akan gusar kalau para suami keluar untuk pegi MAKAN! hahaha... anda setuju??Ada mana2 kedai di Mesia berani buat gini ?

Isnin, 27 Oktober 2008

Jauh Tapi Dekat..

Fuhh.. setelah hampir seminggu kelebek assignment pertama, maka lewat malam Jumaat ehh bukan pagi Sabtu lepas (b4 subuh) selesai la assignment pertamaku untuk Modul kedua ni. Subject Monitoring & Evaluation. Agak mencabar kerana aku terpaksa mengkaji project yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sekitar penghujung tahun 1990. Apa yang sukar adalah untuk menterjemahkan maklumat yang ada kepada konsep pengurusan berteraskan hasil atau nama manjanya MFO (Managing for Outcomes). Ye la Malaysia masih lagi mengimplementasikan konsep pengurusan berteraskan output (output-based) maka terms yang digunakan agak mengelirukan...pening la sikit nak fit kan... anyway itu masalah diriku sendiri...aku pikirla sendiri kan....para pembaca sekalian abaikan perenggan ni... hehehe

Maka adanya bagi meringgankan kembali mindaku, aku telah melancarkan movie marathon pada Sabtu dan Ahad..hahaha apa yang menarik, movie ni bukan movie biasa...movie cerita Melayu tuh!! heheh..ehhh menarik apa movie melayu di bumi kiwi... mana aku dapat?? Hah!! ni la nak cerita.. atas kebaikan dan kemurnian hati rakan2 makan di MQA, mereka telah menitipkan barang2 kepada kami disini...

Fuhh... macam2 ada! DVD cerita Melayu dan Indon, Kerepek Ubi Pedas, Ubi Masin, Ubi Purple pon ada! tak cukup dengan tu Kerepek Pisang, Kerepek Tempe dan Biskut pon dikirimkan juga. Lepas tu barang kecantikan dan bahan2 ilmiah MQA pon tak ketinggalan. Akhir sekali dan paling hebat adalah berlian! Tapi tak leh jual la berlian tu sebab diletakkan ditepi tudung berwarna coklat ...hehehe.

Punya la seronok dapat parcel...sementelah assignment pon abis kan.. maka apa lagi sambil menonton filem sambil makan kepek dan pakai tudung plus krim kecantikan...amacam?? terror tak?? 4 in 1 haha..sib baik tak dak mata extra kalau tak...pasti akan baca bahan2 dari MQA sekali gus...heheh

ANTARA GAMBAR2 YANG SEMPAT DIAMBIL...
(Make-up Artis tak sempat touch-up)
Nota : Berdasarkan nota yang disertakan oleh MAF, kotak ni split dua (antara penutup dan badan kotak) tu yang kena re-pack balik..nampak tak tape berselirat bahagian atas tu..
Nota :Filem2 dan biskut yang telah me'lega'kan tekanan yang dihadapi

So untuk Nud, Dina, Hana, Zierah, Rosmaliza, Nenny dan sahabat2 lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam titipan kali ini (err.. nama disusun secara rawak tidak membawa sebarang maksud..hehe), jutaan terima kasih diucapkan. Walaupun kita jauh beribu batu tetapi sebenarnya kita amat dekat dihati... Thanks once again...Toche and arigato gazaimasu...

Selasa, 21 Oktober 2008

DEMI....

Pening kepala, pening kepala apakah obatnya dinda sayang,
Minyak cap singa, minyak cap singa itula obatnya kanda....

Ha... itu adalah petikan lagu iklan yang sering diputarkan di dada television sekitar tahun 80an... iklan minyak cap singa.. tatkala ini , itulah lagu yang sesuai untuk diriku ini.. pening la nak buat assignment!! Otak ni cam jam la pulak walaupon aku dah bagi can kat dia rehat last weekend! Mengada2 la pulak!!... Mat Mejar ..sila drill otakku ini!!!

Oklah.. oleh kerana dia mogok, maka akan ku buat perkara yang tidak melibatkan penggunaannya yang banyak..iaitu mengupdate blog! muahahaha...padan muka dia merangkap muka aku sekali!!

Tajuk coretan pada kali ini adalah Demi...kerapkali perkataan ini dikaitan dengan pengorbanan seperti nyanyian Amy Search Demi cintaku padamu, kemana pon kau kan kubawa...atau lagu yang lebih glamour dan lebih patriotik seperti lagu Demi negara, yang tercinta ku curahkan bakti penuh setia...

Demi kasih sayang kami kepada anak2 kami yang tidak merungut kerana tiada dibelikan baju raya , tiada hadiah atau kek canggih di hari lahir .... maka kami telah membelikan sebuah dapur mainan kepada mereka. Walaupun bukan barang baru, semua anak2 dara kami begitu teruja dan gembira dengan hadiah yang diberikan...

Buku resepi pon ada...

Dapur mainan ni kami beli menerusi trade me. Walaupon barang second hand tetapi ianya nampak seperti baru...dapur Princess keluaran Disney lagik! Adat orang kaya memakai, dapur tersebut tak langsung nampak kesan dipakai..semua masih berfungsi dengan baik - dapur ini berbunyi api/cerek tatkala dipulas stove, oven yang berbunyi seperti oven betul dan berlampu, sinki yang berbunyi air dan buku resepi yang disertai suara princess membaca resepi!!

SIBUK MASAK LA KONON


Telefon pun dia bagi sekali

Bukan itu sahaja penjual juga menyertakan sekali peralatan dapur yang hampir lengkap (cerek, pan, sudip , pinggan mangkuk, mixer, periuk dll). Apalagi..usahkan anak2 , kami pon turut teruja memulas itu ini tatakala baru dapat... maka sekarang ni ada la aktiviti mereka di rumah... puas hati jugak membelinya.. bak kata iklan Mydin..memang berbaloii!! Semoga kerajinan ditunjukkan untuk masak olok2 akan membawa kepada minat untuk ke dapur apabila mereka besar kelak...Aminnn


Jumaat, 17 Oktober 2008

SELESAI SUDAH.....

Hari ini - Jumaat 17 Oktober 2008 kelas untuk Modul 2 telah selesai.... alhamdullilahh... penat dan lembek rasanya.. Manakan tidak, 4 hari berturut2 kelasnya... dari pukul 8.30 pagi - 6.00 petang. Berenti untuk makan sahaja... kalau lain2 kelas tak pe ..ini subjek sama! Kiranyanya satu subjek satu hari la...huhuhu..

Tapi kali ni aku tak la penat dan pening macam dulu2 ..sebab aku sekarang lebih relax...hahahaha... kalau dulu aku kalut mengampoi baca dan hentuk2 kepala nak faham apa artikel yang belambak2 tu, sekarang aku ikut nasihat senior2 (especially international student).. kata depa tak payah baca semua.. amik yang basic knowledge jer.. dan yang berkaitan dengan assignment... hehehe... Dalam kelas pon aku tak la stress sangat nak fahamkan apa yg student2 kiwi tu bincangkan..sebab depa bincang sistem depa yang sah2 la begitu asing bagi kita... so kita just observe je la...apa yang sempat tangkap aku tangkap, yang tak dapat apa nak buat tak dak rezeki lah nampak gayanya...hehehe...

GROUP DISCUSSION
Nota : tengah bincang kriteria penilaian biskut coklat dalam subjek Monitoring & Evaluation

LT MACAM KITA JUGAK

Trimester ni pon aku rasa la kan ... social skill dah up sikit la dari last trimester... dah ramai kawan2 esp geng2 international la.. senang sikit bila dah kenai budak2 international ni.. disamping tak kedekut ilmu, senang nak bincang dengan depa, sebab depa pon dari developing country dan menghadapi masalah yang lebih kurang sama... dan satu lagi kita tak le segan nak berborak ngan depa, BI depa pon lebih kurang jer kita...hehehe

MAKAN TIME
Nota : Ada macam pantry untuk student.. selalu lepak sini budak international sebab bawak bekal.. minah saleh tu la org NZQA


Nota : dari kiri Diana (Indonesian), Sam (Cambodian) , Nak (Cambodian) dan Lani (Filipina)

So kesimpulannya pada trimester ini 'things are getting better' dari semua aspek... keputusan tugasan pon alhamdullilahhh dah semakin baik... kalau dulu aku tak dapat merasa Apple sebenar
hanya sebiji Apple yang ditolak2... Tapi untuk trimester ini keputusan tugasan pertama (untuk Modul 1 ari tu) aku dapat la lebih dari satu Apple sebenar... harap2 aku dapat maintain untuk tugasan2 akan datang.. so boleh la end up dengan kekeyangan.... tolong2 la doa yer...

Dititipkan juga gambar kawan2 baru di sini... ada yang muka macam sahabat aku di MQA (Dina) lagikk... hehehe

Dari kiri : Vien (Laos), Oscar (Uruguay), Nak (Cambodia), Mak cik Mask, Lani (Filipina), Sam (Cambodia) dan Karl (Filipina)
Duduk : Theresa (Samoa) - muka cam dina kan??
Belakang : Victoria (NZ)

Rabu, 15 Oktober 2008

KAU LAH SATU-SATUNYA...

Esok 16 Oktober ..hari lahir En. JaskMuddy kita...bertambah la setahun lagi yer.. tapi tak pa..gue tetap sayang ama lo deh!! Esok aku ada kelas sehari suntuk...so ini la satu2nya cara nak men'terkejut'kan si birthday man... Selamat Hari Jadi yer suamiku...nyeh2...


Walaupun mungkin ada pembaca blog cam rasa nak muntah dengan entry ni...eden tak peduli...den nak ucap jugak berbanyak2 terima kasih tak terhingga kepada suamiku kerana menjadi suami yang sangat2...

1. Sabar
2. Penyayang
3. Kelakar dan Kreatif
4. Rajin membantu..memasak, membasuh, menyapu dan mcm2 men lagii
5. Bertimbangrasa
6. Tak pernah merungut...terima diriku dan rezeki kami seadanya...
6. dan lagi..dan lagi..dan lagi.... huishhh banyak la rasanya...tak terbilang dek jari..(sebelum org muntah dan hidung En. Jask mengembang dalam kadar 8kali ganda..baik berenti)

GAYA ALA2 HERMAN TINO GITU...dangdut abisss nyeh2

Semoga jodoh kita berkekalan sampai ke akhirnya...Aku amat2 bersyukur kepada Illahi kerana dikurniakan jodoh yang baik (pada pendapat sendiri laa...). Pada pendapat aku lelaki yang baik adalah lelaki yang menjadi suami/ayah yang baik terhadap isteri dan anak2nya...

KA PAI HASYA!!

Kelmarin Hasya tunjukkan sekeping kertas bertulis "Ka Pai Hasya , Great Reading" ... terbiasa dengan program tv di NZ yang pada kebiasaanya menyelitkan bahasa Maori, kami suami isteri faham apa maksud Ka Pai... maksudnya tahniah.. Tahniah Hasya atas Pembacaan yang Bagus? hahaha... lebih kurang gitu la kan maksudnya...


Selepas perjumpaan dengan Mr.McD tempohari, Hasya bukan sekadar dibekalkan buku cerita sahaja bila dia pulang ke rumah tetapi diberikan 'assignment' berasingan. Tugasan tersebut berkaitan dengan pengetahuan umum. Buku bersiri yang lebih rumit untuk dibaca dan ada kalanya perkataan yang jarang digunakan dalam komunikasi harian. Setiap buku tersebut ada dititipkan tugasan yang menuntut pelajar memahami isi buku tersebut...

Bila dibelek2 memang agak sukar juga untuk dilaksanakan...ada gambarajah, ada yang disuruh lukis, diskripsi dan tak lupa juga 'fill in the blank' punya soalan... kami jarang tengok kakak buat tugasan tu... so bila sesekali belek.. nak tergelak pon ada... mana tak nya soalan suruh lukis kuda... aku tengok kuda dia dah macam kambing dan kaldai!! hahahaha... lucu... penguin lagi la pulak... adoihhh haii...

HASYA SEDANG MEREKA CERITA DI PAPAN PUTIH

INILAH CERITA NYA.. LAYANNN...
Nota: Dia la beria2 suruh tangkap gambar nih...
perasan cun la tuh..maklumlah baru lesen tulis kat white board..

Banyak jugak yang lompong2...tapi banyak jugak yang berisi.. tapi yang bagusnya dia isi dengan ayat dia sendiri.. kesimpulan dari belekan kami... kakak ni belum utuh!!! hahaha..tapi tak pa pelan2 la kan... kami pon sama... tak closely monitor dia..so bukan salah ibu mengandung?? salah bapak ker?? ker salah menyalah? hahahah...dah pening dah ni letih kelas...so nak tidoqqq... kumpul tenaga, cari aura...hahahaa

Tatata...

Sabtu, 11 Oktober 2008

ANTARA GALAK DAN GALAKAN...

Addoiiihhh.... rentetan dari kemalasan yang melanda untuk membaca mahupun membuat assignments, maka aku telah memutuskan untuk mencari sumber inspirasi atau galakan kepada semangatku. Oleh itu, hari ini kami sekeluarga bersama rakan2 rombongan 'cik kiah' yang biasa telah menuju ke Botanical Garden. Misi kami adalah untuk melihat satu lagi keindahan Illahi di bumi ini...bunga tulip!

Nota : Antara shot cubaan oleh En. JaskMuddy kita..hehehe

Seperti yang dijanjikan tepat pukul 10.30 kami dah menanti di lokasi perjumpaan dan terus meluncur laju ke taman yang dimaksudkan. Dalam 10-15 min maka sampailah kami di situ. Dengan limpahan cahaya matahari yang sungguh mewah, kami melangkah menyelusuri Botanical Garden of Wellington. Aduhaiii... seperti jua di lain-lain lokasi di NZ, taman ini dipenuhi tumbuhan rendang yang indah lagi mengasyikan. Terasa seperti berada di lokasi pengambaran sahaja. Manakan tidak, bukan sahaja rendang, dedaun pokok pun pelbagai bentuk dan warna. Tangan masing2 tak sudah2 memetik bicu kamera. Tatkala ini suamiku asik menyebut nama rakan-rakan photographernya sahaja. Katanya kalau mereka datang ke mari, pasti keindahan ini dapat dirakam sebaik mungkin...ya memang aku rasa lensa kamera biasa tak mungkin dapat merakam keindahan alam di bumi kiwi..


Setelah 10-15 min berjalan (tempoh termasuk berenti posing..) keasyikan tadi diganggu gugat dengan kehadiran hamparan tulip pelbagai warna. Bagaikan bermimpi kami menerpa ke arah hamparan indah yang melitupi bumi. Sekali lagi semua sibuk mengabadikan diri di sisi bunga tulip. Pelbagai aksi dan gaya!! Hasya yang kami 'hadiahkan' kamera lama pun tidak ketinggalan menangkap objek2 dan pemandangan yang dirasakan menarik... termasuklah menjadikan Dini sebagai model.. kelakar juga melihat dia mengarah Dini berposing... tapi biasala Dini, pemalu..tak mahu dia menurut gaya yang dicadangkan kakaknya...


Jask : "pssttt..make sure tak peluk bahu..."

SEMUA JADIK GILA POSING




MALU TAPI MAHU...Aina Bobot..
Nota : Ni dia saja2 tau tak mau pandang kamera..

RATU POSING..Hasya
DINIE dah tembab!

AKSI MELAMPAU!!


JURUGAMBAR CILIK DAN HASIL KERJANYA..



Nota : Not Bad kan?? gambar kakak tangkap..

Untuk makluman di taman ini juga ada terdapat station untuk Wellington Cable Car - salah satu tarikan di Welly ni.. maka dengan itu setelah puas bergambar (err..bateri pon dah kong!) kami mendaki bukit untuk menaiki cable car.. Fuhhh.. penat!!! Pendakian yang dikatakan 10 min tu rasanya menjadi dua kali ganda lamanya kerana kami suami isteri terpaksa memenuhi permintaan Dini dan Aina untuk dikendong..tak larat nak jalan katanya.. seksanya la haiii... mujur di penghujung perjalanan Aina didukung oleh Uncle Samnya..toche2..



Sesampai di atas, tempat pertama yang dituju adalah kedai makanan...beli air dan aiskrim sorang satu untuk melepaskan lelah.. lepas makan aiskrim, baru naik cable car. Menarik la jugak perjalanannya sebab kita berpeluang melihat Wellington sepanjang perjalanan. Kemudian kami turun dan mendapatkan rakan rombongan yang tiba kemudian sedikit dari kami... sambil makan2 bekalan.. kami berbual2 kosong sehingga pukul satu lebih. Oleh kerana ada jemputan hari raya di Tawa, selepas selesai di Botanical Garden, kami terus menuju ke Tawa dan mengisi perut yang memang telah sedia keroncong.

SEKITAR CABLE CAR



PENAT BERJALAN...

Nota : Datin M sedang berehat manakala Dato' J sedang menyemak perkembangan bursa saham..muahaha!!

Hari ini memang mengasikkan....aku begitu asyik dengan keindahan alam yang kuharap akan memberi galakan untuk terus berjuang..tapi sampai ke saat ini (menghampiri jam 12 malam), masih lagi tiada sebarang progress... huh!! aku ni ... galakan yang kuharap nampaknya bertukar menjadi galak untuk berjalan2 saja..yindadeiii minachiiii!!!