Ahad, 28 Disember 2008

Gift Part 2

Cerita pasai pemberian ni tak berenti di kisah sotong itu sahaja... ada lagi kisah pemberian siri 2 ini adalah pemberian direct dari Allah berbentuk ikan pulak.. minggu lepas En.Jask telah buat gerakan padu bersama teman2 Joranan yang lain ke Seatoun (ala2 dekat2 sini jer). Sebenarnya gerakan joran ni memang dah jadik aktiviti harian lah..kira jatuh hukum macam org melayu dan nasik la kiranya..haaa cuba bayangkan keadaan itu.. tiap2 hari la jawabnya.. kalau letih sangat baru rasa tak lalu nak makan nasik..tapi kebiasaanya kalau dapat makan nasik muka jadik ceria, kalau tak makan atau orang tak bagi makan ....haaa... lu pikir la sendiri!! hehehe

Tapi bagus la jugak kan...aktiviti riadah ni sebab ianya mendatangkan hasil...walaupun lapan kali dapat tapak selaman...pun tak pa.... masak apa yg sedap si tapak seleman ni?? asik dapat jer...rebus cicah ayaq asam tomato sedap kot! hahaha

TAPAK SELEMAN 










SI BOBOT ni minat mancing pantang abah dia nak pi mancing..dia mesti nak ikut..tgk dia karau tali gelung tuh...ada gaya..macam wan mat! - suka laut, suka kopi O dan suka makan kacang goreng..

TADAAA... DAH DAPAT MY FAVORITE FISH - STAR FISH!
Nota : kepada pemancing tegar Wellingtonian tu.. kalau setakat dapat tapak seleman..baik kasi Aina pancing jer..heheheh..jgn marahh haaa...


OOooo..berbalik kepada cerita asal tadi.. kenapa saya kata gerakan padu pada kali itu?? Sebab rakan pancing nya iaitu En. A dan En. Jask sendiri telah memberi cadangan baeekk punya suruh kami lepak  rumah En A ...maka dengan pantas cadangan tu diterima la.. maklumlah sang isteri bila dah boleh borak dan anak2 dah jumpa kawan..bagai tak terasa detik dan waktu..cekap betull kaki2 pancing nih..

Tapi Alhamdulilah.. pada hari tersebut rezeki kaki2 pancing sungguh murah.. Suami saya berjaya menumpaskan 16 ekor ikan pelbagai jenis dan agak besar juga saiz ikan dari hari2 biasa.. En. A pon apa kurangnya.. dapat 8-9 ekoq.. Saya memang dah agak dah dapat banyak sebaik sahaja suami saya melangkah masuk ke rumah En. A dan Pn.B..bukan kerana melihat cara dia memegang baldi yg agak berat..tetapi melihat kelebaran senyum yang luar biasa dan kembang kempis hidung yang luar biasa juga hendaknya... maka kawan2 sekalian..lihat la hasil tangkapan menantu org laut nihh...








Petikan dari Buletin GP Joran Wellington:
....Petang semakin larut, tiba-tiba Encik Suffian mengukuhkan kuda2nya, dengan menggunakan gaya kungfu panda beliau bertarung sengit dengan musuh di laut. Akhirnya musuh hebat tersebut muncul di permukaan air. Ianya adalah Blue Cod yang besar. Encik Sufian mendaratkan blue cod yg tercungap2 dengan hidung yang kembang kuncup. Kategori ikan terbesar dikuasai oleh Encik Suffian. Encik Ali mula panas baran, namun musuh di air gagal diangkat ke darat, kekili tak dapat diputarkan, dan akhirnya tali kail terputus. Encik Nizam juga mengalami nasib yang sama. Siapakah gerangan pendekar laut tersebut? Adakah pari atau barracoutta? Encik Nizam juga hebat bertarung menaikkan beberapa Kahawai dan Trevally.
Kekili Kathmandu Encik Jas beberapa kali hampir jamn diuji musuh di laut. Trevally paling besar berjaya dinaikkan dengan susah payah (mendahului kategori jenis Trevally dengan saiz 36 cm). Tak sampai 10 minit Encik Sufian berbangga dengan Blue Codnya, suasana gempar bila Encik Jas tiba2 mengerahkan tenaga dalamnya, urat sarafnya timbul dan hidung menjadi agak kembang. Kekilinya dah tak mampu dipulas lagi, beliau kemudian menaikkan seekor Red Cod dan terus menguasai GP Seatoun dengan ikan terbesar (46 cm). Sebelum pulang beliau berjaya juga menaikkan Kahawai yang diburunya.
Hasil tangkapan pada hari ini adalah terbaik berbanding hari2 terdahulu. Beberapa pemancing sudah berura2 menukar kekili dan joran yang lebih baik bagi melawan ikan yang lebih besar. Kesimpulan hasil tangkapan adalah sseperti berikut:
Encik Sam : 8 ekor (1 gurnard, 3 kahawai, 4 trevally)
Encik Sufian : …. Ekor (1 blue cod & beberapa ekor trevally & kahawai – sila sahkan)
Encik Ali : 8 ekor (1 spotty, 1 kahawai, 6 trevally)
Encik Nizam : 6 ekor (spotty, trevally & kahawai – sila sahkan)
Encik Jas : 16 ekor (1 red cod, 1 kahawai, 6 spotty, 8 trevally)

Nota: agak2 sapa la kaki merapu dok karang dalam buletin nih??