Khamis, 25 Jun 2009

Siri 8 : Dunedin (i)

Kami meninggalkan Te Anau jam 8 pagi (hand phone pun tinggal sekali kat motel tu.. hehe) menuju ke Dunedin, bandar kedua terbesar di South Island. .. Te Anau di pantai barat manakala Dunedin pula di pantai timur South Island.

Kami singgah di Gore untuk mengisi minyak, Gore sudah separuh perjalanan ke Dunedin. Gore adalah pusat memancing brown trout yang terkenal, siap ada tugu ikan lagi.

Pemandangan sepanjang jalan sama... ladang biri2, ladang lembu, ladang rusa.. masukkan lah jugak kat sini sikit..
Dipendekkan cerita kami sampai ke Dunedin setelah 3 jam perjalanan. Lokasi pertama yang kami tuju adalah Cadbury World (Kilang Coklat Cadbury) yang coklatnya terkenal seantero dunia tuu.. kilang tak beroperasi hari ni, kami cuma melawat galeri dan melihat tayangan video sejarah cadbury.. kena bayar gak nak masuk, tapi dapat coklat sorang satu karung.. kanak2 paling seronok, tapi mak dan bapak pun sama jugak.. hehe


Selepas dari Cadbury World kami terus mencari lokasi penginapan, Dunedin Holiday Park. untuk aktiviti seterusnya iaitu makan2 dan lepak2.

Dunedin dibuka oleh bangsa Scottish di mana settler dari Scotland telah membeli tanah dari dua chief maori. Nama Dunedin pula diambil sempena nama Edinburgh - ibu kota Scotland (Dùn Èideann dalam bahasa Scottish gaelic). Tidak digalakkan merayau2 pada waktu malam. Walaupun rakyat NZ baik2 tapi di sini mereka agak racist, di sini tak berbilang bangsa macam Auckland atau Wellington.