Isnin, 14 April 2014

Bye Bye Samsung (Welcome Hitachi)

 Skip cerita jalan-jalan sekejap.. cerita visit Sabah tak abis, visit langkawi tak masuk lagi, visit Medan pun tengah draf lagi perjalanan seterusnya..

Kali ni nak cerita mesin basuh pulak... mesin basuh ni lain sikit dia ada sentimental value sebab kita selalu berinteraksi dengan dia.. paling kurang seminggu sekali dua kali mesti belai dia..



Samsung fully auto 6.5kg ni kami beli tahun 2005.. Dah 3 rumah dia ikut sekali... tiga tahun lepas (2011) dia ada meragam sekali.. still berbaloi untuk repair RM250 sebab body dia masih teguh.. punca kerosakan dr mesin basuh kata sebab letak atas tempat beroda... mesin basuh kena letak terus di lantai supaya dia boleh bergoyang dengan selesa semasa spin..

Tapi akhirnya akhir mac 2014, riwayat Samsung pun berakhir setelah 9 tahun berkhidmat.. tekan suis tak hidup.. check jugak kalau2 punca daripada plug.. tukar kepala plug pun sama.. Confirm elektronik panel.. melihat keadaannya pun rasanya tak berbaloi lagi untuk repair.. 2 minggu tanpa mesin basuh boleh tahan ... hantar dobi sekali hantar dah dekat RM50 baju kami anak beranak..

Mesyuarat kitchen kabinet pun sebulat suara dengan gembira dan mata bersinar-sinar buat keputusan untuk BELI BARU!!

Sebenarnya mesin basuh ni adalah barang yang berbaloi kita beli sebab tahan lama, besar (balik modal.. hehe) dan merupakan benda penting! dalam rumah kita.. Harganya kalau nak dibanding dengan handphone pintar memang jauh mahal lagi handphone.. mesin basuh kalau ada RM500 dah boleh pergi jenguk-jenguk.. Eh! Apa yang kau membebel ni..

Balik kepada misi BELI BARU... Pencarian pun bermula... Perkara pertama yang kena fikir untuk beli mesin basuh adalah bajet dan kedua saiz mesin.. off course fully auto.. then baru boleh tengok jenama apa yang sesuai.. Misi pencarian kami biasanya tidak lama..

Mula2 kami bergerak ke Senheng Seksyen 4, tapi tengah renovate la pulak.. Untuk puas hati pilih kena pergi kedai besar sebab banyak display berbanding kedai kecil.. Lokasi seterusnya  kedai Onking Chain Store kat Seksyen 8.. Kat sini banyak pilihan jenama... Jenama utama seperti Samsung, Toshiba, Panasonic, Sharp, Hitachi dan Electrolux.. disamping jenama2 yang agak kurang terkenal..

Pendek cerita berpandukan bajet dan saiz serta spesifikasi tambahan iaitu energy saver,  water saver dan terkini tangles less.. maka kami short listed kan 2 jenama iaitu Samsung Wooble 11kg dan Hitachi 9.5kg..

Rupa bentuk of course Samsung lebih menawan.. 11 tahun motor warranty, 1 thn electronic panel warranty dan 1 tahun general warranty.. tangles less..

Ni haa Samsung Wooble.. cantik noo..

Hitachi pula datang dengan 10 thn motor warranty, 2 thn electronic panel warranty  dan 2 thn general warranty... juga tangles less..



Gambar mesin basuh model Hitachi ni diambil dari internet.. kredit iklan percuma untuk Senheng walaupun tak beli di kedai dia..

Pusat servis juga terletak di Bangi dan... satu kelebihan Hitachi adalah ada 'auto self clean' function... maksudnya dia boleh cuci drum dia sendiri supaya tidak 'belemoih' di kawasan keliling luar drum yg kita tak nampak..  dan last sekali faktor harga.. Samsung Wooble 11kg RM1499 dan Hitachi 9.5kg RM1149... Dan keputusan dibuat..


WELCOME EN. HITACHI!!!

ta daaa.. siap beraksi.. keciwi..
  

 Dengan ciri Auto Self Clean

 Unfamiliar button... tapi kejap jer ni nak biasakan diri..



 10 years motor warranty...