Khamis, 25 September 2008

SALAM KASIH SAYANG DARI BUMI KIWI

Salam Semua,

Demi kasih dan sayang kami pada semua, dalam kesibukan menjalani kehidupan harian di sini, kami telah menghasilkan video clip yang tidak seberapa untuk tatapan ayahanda bonda,keluarga serta sahabat handai.



Ucapan terima kasih kepada pemilik foto-foto yang digunakan dalam video clip ini terutamanya zierah yang sudi merakamkan gambar-gambar kami pada hari bersejarah tersebut.

Ucapan salam penuh kerinduan buat ayahanda bonda di Pantai Merdeka dan Jeniang.
Terima kasih yang amat kepada 'Mat Mejar' yang meminjamkan semangat dan kekuatan kepada anakanda ketika berada diperantauan, buat 'Cik Am' (mak) yang telah mengajar erti kesabaran yang tak bertebing serta pengharapan kepada Illahi..
Ribuan terima kasih juga buat Tok Din dan Tok Embun atas doa yang mengiringi perjuangan kami.

Salam kasih sayang pada saudara mara tak kira dimana jua berada.
Teristimewa buat Kak Za & A. Hatta sekeluarga dan A.Jan & Nita sekeluarga yang menceriakan dan meng'hidup'kan suasana walaupun ketika masing-masing dilanda kesusahan. Buat Hafiz, teruskan usaha untuk mara ke hadapan.
Tak lupa juga kepada Kak Maliah & A.Mail sekeluarga, A.Men sekeluarga, Kak Ulia & A.Din sekeluarga, Kak Da & A.Cha sekeluarga, , Kak Na & A.Aziz sekeluarga dan Jasrul di atas sokongan padu yang tak berbelah bahagi kepada kami.

Salam penuh kemanisan dan ingatan tulus ikhlas kepada para sahabat .
Buat rakan MQA : Hana, Dina, Zierah, Mek Ja, Nadia, Mama Rose, Nilam, Gee, Farah, Nenny, Kherun, Alin, Ikin dan ramai lagi...terima kasih kerana terus memberi kata azimat dan bantuan tika diperlukan.

Rakan zaman remaja : Sheeda, Naza, Nor & Fendi sekeluarga, terima kasih jua kerana menjadi sebahagian dari hidup kami. Buat ex-Ibrahimian, ex-UiTM dan ex-UUM semoga persahabatan kekal abadi..

Terima kasih dipanjangkan juga kepada sahabat2 di ASMI83-87 group dan di BBT terutamanya KPP dan pegawai2 SDP dan lain-lain kerana sudi bertanya khabar kami di sini.

Kepada rakan seperjuangan di bumi Kiwi ini , terima kasih kerana menceriakan hidup kami di perantauan dan semoga Hari Raya nanti akan disambut bersama dengan meriah dan bermakna walau tanpa kehadiran saudara mara.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin. Doakan kejayaan kami di sini serta nantikan kepulangan kami penghujung tahun 2009. InsyaAllah......

Dikepilkan bersama Video Clip Ucapan Raya Tahun Lalu ....mengingatkan kita erti Hari Raya..


2 ulasan:

ueya berkata...

Salam,

Maz...sedih gilerrrrrrrrr......sob..sob...sob...

Kherun berkata...

Sedihnya....sediiihhhh... tapi, ini la pengalaman yang bukan semua org buleh rasa....

La ni, teringat2 kenangan kat Mesia...Bila dah balik Mesia nanti, inilah kenangan yg terindah...

Tak pa... taun dpn, beraya ngan Ammar lak...