Khamis, 3 September 2009

Entry Berjemaah...

Salam..

Lama betoi tak update blog. Saya agak sibuk dengan kerja2 hakiki... Apa pun hari2 jengok jugak blog ni mana la tau kot2 ada org tinggai message ka apa ka kan.. By the way sementelah hari ni Hari Mengantuk Sedunia kami...(sebab makan pulut kot semalam) maka dari layan perasaan mengantuk tu baik update blog (yg heran tiap kali buat benda 'hiburan' tak pulak ngantuk mata nih).

Banyak kisah yang berlaku, termasuk la birthday ku yang ke 34 pada 23 ogos lalu...tak seberapa pon sambutannya pasai 24hb tu kena submit assignment. Rasa packed le sikit hidup sekarang, walaupon hanya ada satu jer subjek amik plus research but dia punya assignment ada 8!! cess... pastu aku pulak last minute amik keputusan tukar tajuk Research demi kebaikan diri dan MQA (huhuhuu..) so sekarang dah buat topik pure Quality Assurance System in Higher Education la..Apa2 pon harap dapat hantar la first draft pada 18 hb Sept ni.. (ayoyooo wa buat dalam 2 bulan research dlm 2 bln jer??)

Ok lah...biarla itu ku pikir sendiri camner nak buat...so untuk saudara mara dan kengkawan meh sini tengok gambar2 tertunggak dan satu video pendek si Aina di kindy. So sit back and relax ..heee

DENTAL CHECK @ LYALL BAY SCHOOL


Nota : Ni sesi check gigi kat klinik gigi sekolah kakak n dini. Kena pakai sun glasses dentist tu suruh (takut silau kot). Yang menariknya...Aina pon turut di check juga...gembira sakan la dia tu..terus panjat sendiri kerusi..Dentist tak suruh pakai spek pon dia pandai2 pilih sendiri dan pakai sendiri walhalnya Dentist just nak check sikit jer dia tu...tak payah baring pon! Gelak jer dentist tu dgn gelagat dia...hahaha. Lepas check dentist buatkan rantai butterfly utk semua! Yeay!!

BERITA JORAN


Nota : Alhamdulillah..Sejak dah pulih sikit ni...Sang Joran Utama Jask dah memulakan aktiviti memancing dia..maklumlah dah tak kerja... so aktiviti memancing la menggubat jiwa. Terapi minda lah katakan..hehhee... ikan kat atas tu ikan gurnard sedap dibuat asam pedas..Aina bobot ni adalah peneman setia abah dia...siap boleh lukis org memancing oooo...



Nota : Ni video Aina joget2 kat sekolah..setiap kali gi sekolah depa akan adakan circle time..nyanyi2 sama2...though masa hari2 mula2 masuk tu dia tak mo buat gak..tapi masuk 2nd week..terus buat jer... caya lah aina!!

KILBIRNIE MOSQUE OPEN DAY

Gembira melihat makanan..tak payah masak yeay!!

Table Hicomm Malaysia
Beli Nasi Beryani dari Somalian
Bell n Kak Azizah : Moh makan macam kat gerai!

Tengah tunggu nak buat face painting



Yeayyy it's huge and it's free!!
Nota: Sehari dua before posa, Mosque kat umah kami ni buat open day sempena Islam Awareness Week yang dianjurkan oleh FIANZ. Ramai la org datang.. selain dari gerai makanan ala2 pasar ramadhan, ada juga disediakan aktiviti face painting percuma untuk kanak2...tapi budak2 undergrade malaya yg volunteer melukisnya...apa2 pon we really had fun! Ramai jugak mat saleh mai ...selain daripada depa mai cari makanan, depa juga boleh melawat sekitar masjid.. ada sesi penerangan tentang Islam sebenar (sebab ramai yang hanya kaitkan Islam dengan Osama dan terrorist), ada video screening malah ada yang tunggu di belakang melihat macam mana orang Islam solat dan bebas untuk bertanya dan dapatkan penerangan. Manakala org malaya, mai tak mau balik2 siap makan kat situ lagi ala2 warung..maklumla dah lama tak lepak kat warung...rinduu tuuu.... nasib baik tak dak mamak nasik kandaq..kalau tak, maunya tak balik dah semua org Malaya! berkampung kat situ jer la...heheee

Sekian..saya kena berundur dulu ..nak karang lagi 10 ribu patah perkataan...huhuuu