Jumaat, 1 Mei 2009

Sayuti..

Salam semua, lama tak update blog, bukan apa..tak berapa semangat coz rasa cam cakap sendiri jer..coz lately ni kengkawan pon sibuk dan depa tak baca la kot blog ku ni..tak der komen pon..hehee.. anyway gue faham deh lo lagi sibuk deh!

Takpa..kali ni nak tulis sikit jer coz nak kena settle kerja sikit lepas nih... sebenarnya entry kali ini pasai sahabat yang akan meninggalkan kami di bumi welly nih.. depa dah nak balik for good! Yer la dah habis kan..tapi yang menjadi lebih sayuti (sayu la ..) sebab mereka yang akan pulang ni amat dekat di hati... masa kami mula2 nak mai sini dulu depa ni la Allah kurniakan kepada kami untuk membantu kami anak beranak.

Masih ingat lagi dulu tatkala serabut menguasai diri dan bimbang untung nasib bila nak jejak kaki di bumi kiwi tiba2 rasa itu hilang tatkala mendengar perkhabaran bahawasanya En. Fairuz (APP LAN dulu) ada di sini. Rasa beban yang ditanggung ringan tiba2 bila dapat mendengar suaranya di hujung talian memberi tunjuk ajar dan petua yang amat berguna. Sesampainya di sini dialah yang menanti kedatangan kami dengan senyuman. Tak cukup dengan itu dia juga sentiasa memberi tunjuk ajar kepada aku dalam menghadapi saat2 getir di phasa permulaan pengajian. Walaupun berlainan bidang, tak pernah sekali pon dia meninggalkan aku dengan pertanyaan walaupun hakikatnya 1001 sebab berada di hadapannya untuk tidak membantu aku. Bukan itu sahaja, hatta benda yang remeh temeh pon turut dibantu ...tatkala aku tak tau nak naik bas apa nak balik umah, nak pi kampus..dia la tempat aku tanya...sesungguhnya terlalu banyak jasanya untuk aku senaraikan di sini...aduuhhh mana mungkin akan dapat kami balas budi dan jasa baik sahabat yang satu ini?

Pyan dan Nieta juga akan pulang sedikit masa lagi... kalau semua masih ingat, mereka inilah yang menumpangkan kami selama seminggu sementara kami dapat umah...dan mereka ini jugalah membawa kami membeli barang keperluan rumah sementara kami belum mempunyai kereta. Walaupun terikat dengan kerja2 PhD, Nieta tak pernah gagal melayan kami anak beranak sebagai tetamu... Pyan pula tak pernah jemu membantu kami memulakan hidup di bumi asing walaupun kami pada hakikatnya orang asing yang tak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini! Ya Allah...betapa mulianya mereka meraikan tetamu yang amat memerlukan!!

Kami kemudian berjiran pula dengan Ueya dan Sam. Walaupun lain lorong rumah, kami sangat rapat...sementelah masing2 jauh dari keluarga maka kami jadikan masing2 sebagai keluarga. Kalau bosan makan di rumah sendiri, maka kami akan bergilir2 makan di rumah masing2, masak resepi2 baru sama2, sakit pening dan kerinduan di Malaya dikongsi bersama... fuhhh... bagaimana mungkin kenangan itu akan dapat dilupakan dengan sedetik cuma??

Kak Ida dan Ina pula antara sahabat yang memeriahkan hidup di sini... Kelembutan Kak Ida mengingatkan aku akan mak di kampung dan kelucuan ina menggigatkan aku pada sahabat MQA yang lama sudah aku tinggalkan... sedikit sebanyak ruang rindu itu terisi dengan kehadiran mereka ini...maka, walaupun sibuk dengan persediaan untuk ke kelas pada minggu lepas, aku tetap berdegil untuk meluangkan 12- 13 jam bagi merakam rasa terima kasih kami kepada mereka menerusi video clip yang tak sepertinya ini.

Lagu pelangi petang rasanya amat bersesuaian sekali kerana mereka ini telah menceriakan hidup kami di sini setelah melalui hujan dan ribut untuk ke mari. Walaupun pelangi ini hanya bersifat sementara tapi kehadirannya menjanjikan hari yang cerah pada penghujungnya. Di sini aku abadikan hasil karya yang tak seberapa ini untuk sahabat yang dikasihi...Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan hingga akhirnya.. (sorry tadi kata nak tulis pendek..dah teremo panjang jugak jadiknya..)




p/s :
Buat Dina tahniah dapat khidmat cemerlang... u deserved it! Jangan lupa ajaq aku bila balik nanti! Rakan2 MQA lain yang dapat, tahniah juga diucapkan esp . Arejak n Ima - dapat berganda la hangpa no..hehhee...

Pada kawan yang tak dapat..no problem, hangpa sebenarnya cemerlang..cuma kali ini rezeki bentuk itu belum sampai...cuba lihat sekeliling, kita sebenarnya telah dapat banyak anugerah dari Illahi...jauh lebih bernilai dari RM1k! so keep on doing the right things! Luv u guys! errr... jangan lupa recruit semula Dr. Fairuz Mohd Salleh sebagai APP MQA yer!! wakakaaa...