Sabtu, 11 Januari 2014

Percutian Ke Medan

26.12.2013 - Day 1

Seawal 3.00 pagi anak-anak dikejutkan untuk bersiap ke airport. penerbangan ke Medan dengan pesawat MAS MH0841 akan berlepas pada jam 6.45am.

kami berdoa mengharapkan tiada apa-apa bencana sepanjang percutian kami dari 29 - 29 Disember 2013 kerana berdasarkan sejarah banyak bencana tertimpa pada 26.12...

Kami memilih untuk membawa kereta dan parking di KLIA. Sebenarnya ini adalah percutian geng MQA terdiri daripada keluarga kami, keluarga Kiah & Aziz, keluarga Dina & Azra  dan keluarga Cheni &.........

Sampai KLIA sekitar jam 4.15am.. check in dan lepak2 dekat KFC.. Pendek cerita 6.15am kami sudah di dalam perut kapal terbang untuk berlepas. Solat Subuh dalam kapal terbang dah ambil wudhuk siap-siap, nak solat sebelum masuk kapal belum masuk waktu. Jadi tepuk dada tanya iman. Macam2 pandangan mengenai solat dalam kapal terbang. Ada yang berpendapat solat hormat waktu, ada yg kata tak ada solat hormat waktu dan kena berusaha utk cari tempat solat.. sebagai insan lemah buat sajalah apa yang terdaya.. jangan sampai lupa padaNya.



6.15am kami sudah berada di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan.. aik? bertolak 6.15am sampai 6.15am? sebenarnya waktu medan lewat sejam daripada waktu Malaysia. Cantik dan agak besar airport baru yang mula  beroperasi bulan Julai 2013.

 Kuala Namu International Airport (gambar diambil dari http://www.thepresidentpost.com)

  keluarga Kiah & Aziz tersangkut di kaunter imigresen kerana borang diisi dengan pen berwarna pink. So, pengajaran di sini bila kita nak bercuti di luar negara kena sediakan pen biru atau pen hitam. Pen kaler-kaler tak teima ok. Di airport kami disambut oleh pemandu pelancong bernama Taufan.

 

Taufan yang mesra dan bijak mengendalikan aktiviti dan perjalanan menjadikan percutian ke Medan lancar..

Bilangan kami yang kecil (dalam 20 orang) tetapi perjalanan menggunakan bas... perjalanan  jadi sangat selesa..


 Perjalanan menuju ke Parapat.. Ntah berapa bandar kami tempuhi... tak ingat nama pekan2.. tapi memang sibuk dan ramai orang.. jalan tak lebar macam di Malaysia dan kereta agak banyak di beberapa tempat... tapi driver bas terer..



 Singgah di Permatang Siantar... berhenti membeli makanan berasaskan kacang.. namanya pun senang ingat.. ting ting, tong tong, teng teng, tang tang, ping ping, pong pong, ping pang...

 Budak ni kalau dia lena senang... kalau dia jaga asyik nak berjalan dalam bas..

 Ini restoran asal cadangan  tempat makan di Perbaungan... tetapi oleh kerana waktu masih awal kami meneruskan perjalanan menuju ke Parapat..

 Dah nampak Danau Toba.. melalui lereng bukit..

 Singgah makan tengah hari di Rumah Makan Silaturrahim.. Oleh kerana lapar.. semuanya sedap.. asalkan halal..







Check in Hotel Danau Toba International Cottage.. Design hotel dan view menarik... tapi hotel tak ada kipas, tak ada aircon, tak ada air panas... huhuhu... air panas kena minta..


Ada orang memancing kat bawah hotel... tetapi dikabarkan tak banyak jenis ikan yang tinggal.. saat menulis entri ini sudah terlupa nama ikan-ikan tersebut.. (sibuk.. sibuk.. sibuk.. huhuhu)

Faheem pandai menikmati percutian.. thanks Faheem nanti kita jalan lagi..

Hari pertama kami berehat-rehat di Parapat.. melepas penat perjalanan... malam makan sekali lagi di Rumah Makan Silaturrahim..