Jumaat, 21 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Ramadhan yang mulia
Umat Islam berpuasa
Menunai rukun ketiga

Beramal dan Ibadat
Kita di bumi Allah
Ingat hari Akhirat...


Yesss..itulah lagu nasyid zaman dulu kala yg terngiang2 dalam kepala ku sekarang. Dah nak masuk bulan Ramadhan dah..ini bermakna akan masuk kali kedua kami menyambut di bumi kiwi ni. Well kalau ditolak rasa teringin nak pi pasar Ramadhan, rasanya posa di sini lagi enak kot..pasai sejuk dan nyaman serta yg paling penting..bukak posa awal!! wakakaa...(err nampak sangat ke ketidak'mantap'an keimanan ku?? )

Yang menariknya, Ramadhan kali ni juga merupakan yg terakhir kami di bumi kiwi dan tambahan dari itu, hari lahirku yang ker 34 juga (makk oiii...dah tua rupanya aku!!) akan jatuh pada hari2 awal Ramadhan...

Oleh itu diucapkan selamat menyambut Ramadhan la wahai saudara-maraku dan sahabat2ku sekalian, buat mak dan abah/ayah di Kedah semoga sihat untuk menjalani ibadah ini dan kami sentiasa doakan agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua.


Luv,
Dari kami berlima


Hasya kena posa yerr...

Rabu, 12 Ogos 2009

Christchurch (finale)

Christchurch cantik, indah, nyaman - Subhanallah... autumn menjadikan ia lebih berwarna warni..

Aktiviti punting ini rasanya paling enjoy dan relaks semasa kami di Christchurch.. pengayuh perahu berpakaian Inggeris klasik, mengayuh perahu perlahan2 menyusuri sungai dengan panorama yang indah mengasyikkan.. kalaulah pasangan yang sedang asyik mahsyuk bercinta dapat suasana macam ni, memang syahdu sungguh.. hehehe

rasa macam tak nak turun dari perahu

Bersiar2 dengan classic tram di Christchurch..

Lagi pemandangan dan posing sekitar christchurch..











cantik-cantik bumi kiwi
Malaysia juga kami rindui
sudah masanya pulang ke Welly
teruskan misi yang sedang menanti


haere ra South Island...

-jask-