Amnah....begitula uniknya nama mak....masih ingat masa aku sekolah rendah..aku asik kena buat pembetulan jer bila tulis - nama ibu saya Amnah... apa la cikgu tu, mentang2 la spelling n dictation aku selalu corot, dia ingat aku eja salah nama mak aku... dekat 5 kali aku kena buat pembetulan..dia asik suruh letak AMINAH instead od AMNAH!! aku pelik tapi aku tak ler mengadap cikgu tu bagitau keadaan sebenar, ye la budak tak berapa pandai...takkan la cikgu nak percaya kan?? tapi aku ada degilnya juga, setiap kali pembetulan itu juga aku tulis nama AMNAH bukan AMINAH seperti yang dia merahkan! Sama degil juga cikgu tu pun...dia betulkan jugak! kali keempat dia betulkan...aku pon mengalah walaupun aku tau aku betul tapi aku dah bosan nak tulis ayat yang sama..akhirnya aku tulis nama ibu saya AMINAH!! Nasib baik mak aku tak baca...kalau tak kecik hati pulak la dia..
Mak aku ni seorang yg penyabar dan paling best dia ni cukup sporting dan juga lawak! Ada ada aja cerita lawak yg dibawaknya..masa abah kerja askar dulu aktif dia berpesatuan..terror main badminton tuhh...menghambat bulu tangkis tak henggat dunia ..sampai la ni la..kerja hambat menghambat bulu tu diteruskan..tapi la ni bulu itik hidup la pulak...katanya abah beli itik berpuluh ekoq..bela..so kena la mak hambat itik supaya pulang reban..yang lawaknya tu , abg aku cerita, ada sekoq itik cacat..makan pon kena bersuap..mak aku la jugak jadik bibik itik tu..tak bagi makan kesian dia kata...adoihhhaii mak....
Hangpa semua sure heran..pasai apa dok tak dok aku cerita pasai Puan Amnah ni?? ye la ...bukan glamour pon dia ..bukan artis pon...sebenaqnya 6hb ari tu mak masuk spital...katanya kurang darah dan batu karang...sapa pon tak bagitau...tapi bila aku tanya mak dia dok kat sg petani umah sapa..dia macam tak keruan nak jawab, maka aku dah dapat agak dia pasti di spital... bila aku teka..then dia kata mana hang tau?? hehehee...got u!
Dia pesan supaya aku tak risau...hmmm aku tak la risau sangat sebenarnya sebab sebelum aku sampai sini pon dia selalu gak warded 2-3 hari tambah darah..lepas tu ok la dia.. tapi aku rasa tak berapa sedap sebab aku tak dapat jenguk dia di saat2 dia sakit dan lemah....dan dia pulak time aku sakit n lemah sentiasa ada disisi aku..tapi apa la daya aku ni nak balik kan?? sekadar telan ayaq lioq saja la...walau apa pon aku masih bergelak ketawa ketika bergayut dgn mak...sebab aku pon tak mahu mood sedih menguasai kami... nanti mak pulak akan susah hati nanti ..apa2 pon ini lah salah satu cabaran belajar di perantauan...walaupun nampak seronok sebab berpeluang melihat negara org tetapi kekuatan dalaman sentiasa perlu dipertahankan hatta jika ianya melibatkan perkara yang paling sensitif dalam hidup kita...
Akhir sekali harapan aku semoga mak cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...buat abah, pesan la kat mak tok sah kalut ligan itik...kalau tak larat jaga itik tu, juai la...nanti kami balik kita beli itik sembelih siap dah! nak itik apa habaq ja..kami pi beli nak itik angsa?itik nila? itik gembo2 semua boleh cari dah la nihh....okay?? Miss U..