Isnin, 1 Jun 2009

Akukah Malas Sangat!!

Dah lama tak mencoret dalam blog ini....my other half yg jadik pengganti...entah... sejak Ueya dan Sam balik pada 23 Mei baru2 ni, macam ada satu piece dari aku yang dia bawak balik...maka oleh itu sejak dua menjak ini otak aku tak sudah2 pk pasai balik Malaya...mungkin kerana baliknya dia ke Malaya menandakan masa aku di sini juga makin pendek...aku ada hanya kurang lebih dalam 6 bulan lagi di sini..tapi banyak lagi misi yang belum sempurna...

Lepas saja ueya berangkat, aku jadik seolah-olah menggelabah tak tentu arah... yang aku tahu aku kena belajar dengan lebih kuat dan fokus....tapi musim di Welly ini seolah2 menghalang niat suci murni aku... Aku ingin bertapa di perut perpustakaan dan menggeledah isi perut ilmu di sana...tapi... aku tak pasti apakah aku akan selesa belajar di dlam keadaan yang asing bagi aku (maklumlah selama ni aku belajar dari rumah...di temani jeritan halus anak2 yang kadang2 disusul pula oleh jeritan raksasa dari aku..hehe). Akhirnya aku end up dengan terperuk dalam bilik most of the time dengan buku..tapi penghujung sesi aku tak pasti apa hasil yg aku dapat....tak fokus! gelabah jer lebey..pegang ini tak kena pegang itu tak kena....owhhh...tenanglah jiwa... jika tidak aku pasti 'pengeraman' aku di bilik akan hanya dapat menghasilkan telur yang busuk a.k.a kemuruk (org kedah kata) dan bukan anak ayam yang boleh membesar dengan jayanya......



Siri 5 : Perjalanan ke Wanaka

Perjalanan ke Wanaka mengambil masa lebih kurang 2 jam. Macam biasa, panorama sepanjang perjalanan tetap cantik dan menarik selagi langit cerah tanpa hujan..

Lake Pukaki

Tak tau nak ulas macam mana Lake Pukaki ni, tapi sangat cantik dan memukau..

Lake ??

Ntah apa nama tasik ni tapi kecil saja, tak dak nama dalam peta tapi berdekatan dengan satu pekan kecil bernama Twizel. Cuaca yang baik menjadikan tasik ini tenang dan cantik dengan refleksi bukit bukau serta pokok2 musim luruh.


Bagai dikata, kalau nak merakam yang cantik memang segalanya kelihatan cantik.. maklumlah bumi orang. Akhirnya kami buat keputusan, kita nikmati sajalah dengan mata kita..



Setelah 2 jam kami tiba di lokasi yang dituju iaitu Puzzling World di Wanaka.

Puzzling World, Wanaka





Puzzling World antara tarikan pelancongan di Wanaka, NZ. Dibina pada tahun 1973 oleh Stuart Landsborough. Singgah kat sini supaya anak2 enjoy sikit.. depa bukannya tau sangat nak tengok panaurama.. tapi bila sampai tempat yang boleh main, berlari-lari depa suka laa.. tapi biasa laa, asal nak masuk saja mesti kena bayar dulu..

Leaning and Tumbling Towers
- Menara ni dibina condong 53 darjah..

Roman Style Toilets
-Toilet moden ada kat sebelah, don't worry

Hologram Hall
- imej 3D muncul, Aina mula menangis kat sini..


Ames Room
-macam mana imej di kanan menjadi besar dan imej di kiri menjadi kecil apabila memasuki bilik ini? Sila kunjungi Puzzling World untuk dapatkan jawapan..

Tilted House
- rumah ni di bina senget.. tak bleh duduk lama rasa pening..

refleks dari siling

Puzzle Centre & Cafe


Hall of Following Faces
-wajah2 kat sini sebenarnya diukir ke dalam tapi kita nampak timbul ke luar dan mata mereka (tokoh2 terkenal dunia) seakan2 mengekori kita.

Ada satu tempat yang kami tak masuk iaitu The Great Maze (Labyrinth) sebab kalau masuk sini makan masa lama untuk cari jalan keluar.. Lagipun dah lama kami habiskan masa di sini.. Untuk ke Queenstown ada lagi sejam perjalanan.. tak bleh tunggu lagi, kena gerak cepat..

-jask-