Khamis, 24 Disember 2009

Fishing@Pantai Merdeka

Semasa pulang ke Pantai Merdeka tempohari sempat juga menduga muara bersama dengan big bro Jan dan anak menakan.. guna umpan popular iaitu pumpun.. Di sini tiada wharf yang panjang, dan air pula baru bunga pasang.. so kami terpaksa meranduk air supaya dapat sedikit ke tengah.. dapat laa anak2 ketang dan putin damak.. ok la tu buat permulaan.. nanti balik kena cuba lagi.. cari lokasi yang agak dalam airnya.. mungkin kena naik bot? atau lepak di sangkar ikan?

jeti Kg Bakar Arang, Pantai Merdeka

Lokman dan Irfan begitu obses tentang fishing




Cuma agak leceh nak bubuh umpan dan lepaskan ikan dari mata kail kalau berdiri dalam air macam ni.. kebarangkalian untuk ikan terlepas agak tinggi..


jask - looking for fishing rod




ex-wellingtonion

Dua minggu lepas kami sempat mengunjungi jiran kami semasa di Kilbirnie iaitu Sam dan Ueya.. Rumah mereka di Bandar Tun Hussein Onn.. Cah juga ada di sana.. makan-makan, borak2 sambil bernostalgia cerita2 di Welly..


tuan rumah : Sam & Ueya

Cah : sekarang bertugas di Proton dekat Glenmarie

Hasya, Dinie dan Aina : pergi mana2 pun sama, mesti nak cari Astro Ceria..