Jumaat, 27 Februari 2009

Ini detiknya..Februari Muncul Kembali...

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari ku petik mawar merah
Ku tulis sebuah puisi.....

Haaa... ada sapa tau itu lagu?? Itu lagu abang rambot kembang yang punya...yer..kalo eden dah nyanyi tu maknanya ada la sejarah mengusik jiwa nihh...Jika semua yang mengiringi kami ke KLIA untuk berangkat ke sini pasti boleh agak2 la.. tarikh ni la kami jejak kaki di Wellington...(zierah sila bukak buku kecik dalam keta hang, sure ada tulis nyer..destinasi hang sehari sebelum hari ini pada tahun lepas).

Yezzaaa... dah setahun kami dok kat bumi kiwi nih...bila dinanti2 rasa lambat..tapi bila toleh ke belakang rasa cepat pulak! Itu lah masa namanya...ingat lagi aku..pada hari aku sampai tu la kelas modul pertama aku tamat! Haa...macam hari ni la..aku baru habis kelas nihh...punya la menggelabah biawak..iskkhh aku rasa bukan biawak jer, buaya, kerbau, panda semua ada masa tuhh... nak2 pulak ada satu subjek tu jenis kena submit assignment before masuk modul! Lecturer tu paling fussy lak tuh! haaa... bayangkanla camner la keadaan aku pada masa itu mengadap semua tu sorang2??? AArrrggghhhhhh tak sanggup nak kenang tau.... semua jenis terkucil mai... apa2 pon Alhamdullillahhh...sempat bertahan sampai ke saat ini.. adat la kan...aku ni spesis peneroka FELDA... ada tanah baru jer...muka ni la meneroka kan.. maklumlah ada ilmu kebal..wakakakaaa...

Hmm.. ada satu soklan 'cepu cemas' (bak kata Amer peserta Raja Lawak Musim 3) yg ramai suka tanya iaitu tentang pengusaan bahasa Inggeris aku. Soklan nya camnih "sekarang ni sure dah berabuk2 cakap BI kan?"... hehehee...yer...memang tak dinafikan BI aku memang ada kena dengan habuk...tapi bukannya berabuk2 tetapi BI aku sekarang ni umpama aku makan kueh abuk2 masa bercakap! Haa...cuba bayangkan camner keadaan org yang berlawan cakap ngan aku?? hehehe...sure terpejam2 matanya...antara faham dan tidak jer..hehee

Adoiii... senak2...payah jugak sebenarnya kalo dah tua2 nak cakap fasih macam ayaq... nak2 pulak kelas macam aku ni tak banyak peluang untuk berinteraksi. Abis2 kuat cakap ngan hasya jer kat umah.. alahaaiii.. bila nak pandei wehhh dah tak lama nak balik nih!! Apa2 pon harap2 ada la sedikit perubahan nanti kalau dapat peluang buat internship.... dah tak kesah la kat mana.. kalau NZQA buat derq jer kat aku takkan la aku ini yang mempunyai suara yang amat kecil ini nak paksa2 depa amik pulak!! So tawakal jer laa....

Oppsss dah lari tajuk la... untuk mengimbau kembali kenangan pada hari berangkat... saksikanlah beberapa butir gambaq sumbangan zierah (nanti la upload..penat)..ooo disertakan juga lagu abang rambut kembang juga ada.. terima kaseyyy!!

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Selasa, 24 Februari 2009

Tomorrow Never Dies..

Fuhhh... macam suspen dan cemas jer tajuk entry ni..yezzaa... tomorrow never dies. Maknanya esok tu akan ada la sampai bila2... tapi cerita entry ni bukan pasai esok masih ada ker , tiada esok bagimu ka ...ni nak habaq esok aku dah mula kelas dah..sampai la Jumaat nih. Maka adanya tiada la boleh ber'online' dengan semua rakan dan taulan begitu juga dengan saudara dan mara..

Adooiiiyaiii ingat ka bila dah masuk tahun 2009 ni rasa gemuruh tu dah tak dak..rupa2nya masih ada..bahkan tiap kali cakap pasai masuk kelas dan mula trimester jer, masih ada getar di dada... tatkala itu senario sudin dalam cerita seniman bujang lapok pun mula la menyerang diriku ini.... senakk2... sapa ada ayat untuk hilang gemuruh sila2 la huluq mai.. (errr..hana doa binatang liar tak leh guna kan??hehe..)

Tapi memang la itu lumrah manusia...kita akan takut pada benda yang kita tak tau..even bila mengenangkan hari pertama aku akan menjejakkan kaki semula ke MQA pon aku rasa gentar... gentar dengan ekspektasi semua orang terhadap aku dan juga gentar dengan rasa terasing yang mungkin akan dirasa kerana ramai staff2 baru MQA yg aku tak kenai lagi...and the list goes on sampai la last skali takut sourvenir tak cukup...hahahaa...

Apa2 pon semoga trimester ini akan mendatangkan lebih keyakinan dan ilmu kepada ku yang tak seberapa ni...doaku jua semoga aku tak menggelabah sangat dalam apa2 situasi..dan semoga segalanya berjalan dengan lancar ... Aminnn... Buat semua saudara dan sahabat jika tak keberatan tolongla aminkan sama doaku ini...dan sudi2 la jenguk2 kami di blog dan tinggalkan la sepatah dua di ruang berkaitan..tanda ingatan kepada kami dan buat tangkal utk kami terus berjuang sampai hujung tahun nanti.... semoga semangat dalam tarian haka ini menyalur ke dalam dada.. saksikan tarian haka yang menjadi kebangaaan orang NZ..



Khamis, 19 Februari 2009

Aina dah pandai cakap la wann...

Salam,

Saja jer nak upload clip tunjuk Aina bercakap..sebab dia ni kalo depan org susah sangat nak cakap! Lambat panas org tua2 kata..maka tiap kali berskype ngan wan n tok tak le dapat depa tgk aina cakap...hehehe..so Wan dan Tok tengok la Aina cakap ni...

Tapi ni sikit jer dia cakap..kalo hari2 lagi banyak. Nak2 pulak kalau gaduh dengan Dinie..very2 the pandai nak kasi org tu sakit hati...hehehe

Rabu, 18 Februari 2009

Bagai Berada di Malaya..

Malaya or Malaysia can be described as a shopping heaven... mana tak nya penuh sarat dengan shopping complek. Tak payah banyak la..Sungai Petani yang bukan ibu negeri tu pon dah cukup mengambarkan betapa mewahnya kita dengan shopping compleks..kami yang dah kena dok kat area KL + Wilayah lagi la...asal boring jer pi Alamanda, asal tension pi Armcorp Mall..haa tu tak kira asal gaji, asal sale, asal2 lain lagik...kekadang rasa macam asal usul kaum pompuan ni dari shopping complex lah kiranya...sebab banyak sangat asal yg bersangkutan dengan shopping complex wakakakaaa...

Adoiiiyaaiii apa la Puan Mask ni merepek..sebenarnya saya sekarang sedikit happy sebab baru selesai satu kerja dan yang menambah2 ke'happy'an adalah lawatan muhibah kami sekeluarga baru2 ini ke shopping complex kat Welly.... Hoooyeeeee rasa macam balik kampung jer rasa!!

Hampir setahun dok di sini...kami tak pernah tau sampai kat shopping complex ala2 Mid Valley n Alamanda tuh..dok lalu pi balik, pi balik pekana Welly tak jumpa pon!! so ingat memang tak dak dah... so itu la menambah satu lagi kerinduan kami terhadap Malaya...akan tetapi pada hujung minggu lepas...maka kami p la melawat Queensgate di Lower Hutt (jauh sikit dari pekan Welly)..ropa2 nya di celahan pekan yang sap2 sui tu...ada juga Shopping Complex!


Sebaik melangkah ke dalam, hasya dan dini terus kata ..macam kat Malaysia jer mama....dan perkataan tu berulang2 dilafazkan sampai la balik umah... yang kakak tu siap kata.."ehh mama, kakak rasa kita dah pernah mai sini la dengan Untie Zierah..sama la!" wakakakaaaa dia rasa macam kat Mid Valley la tuh..yang dini pulak dok kata macam Alamanda..apa2 pon semua tersenyum gembira lah kiranya..




Mama dia lagi la kan..rasa macam balik kampung la lagaknya..nak pulak ada sales pulak... shopping tak henggat la..pegang ini itu..yang kelakarnya Dini bila tengok aku dah pegang banyak baju dia pon tanya:
Dinie : "Mama ada banyak duit ker?"
Aku : "Naper?"
Dinie : "Mama amik banyak nanti dini takut mama tak der duit nak bayar"
Aku - senyum meleret sebab termalu plus tersedar dari lena..wakakaakaaa....

RAMBANG MATA LA TUHH...

Maka akhirnya beli sorang sepasang jer baju budak2 tapi banyak la kiranya anak 3 baju 3 seluar 3 la..plus satu baju extra utk kakak (saiz org lain elek laa).. maka itu lah saat menerujakan aku setelah laaaaaaaammmmmaaaaaaaaaa sungguh tak dah perasaan teruja bershopping macam pi sales dekat2 nak raya...kalau aku ni budak kanak2 mau rasanya aku melompat setinggi-tinggi dek kerana seronoknya tuhh..hehehee..best! hilang rasa rindu pada Malaya seketika..

LAMA TAK NAIK BENDA NI TAUU..


DAH LAPAQ SANGAT...
(makan fries dan ayaq jer kat McD. Dekat setahun tak jejak McD fries tanpa sos pon rasa nikmat dan budak2 rasa seronok amat!)

letih..tengok kat belakang tu 50% off tuhh..(camner aku tak nampak yg ni ari tu ha?? rugi2..)

Maka adanya, wahai kaum pompuan sekarang, kalau ada org nak tackle tanya asal mana?? Haaa...cakap jer Mid Valley ker Jaya Jusco Puchong atau Alamanda...hehehe..so esok2 dah kawen dia tak leh kata apa kalau nak pi Mid Valley sebab macam balik kg la jugak kan...heheheee...


Khamis, 12 Februari 2009

Antara Harapan dan Kenyataan

Break sat! Untuk makluman la ni aku dah mula buat kerja sekolah. Kerja sekolah pertama adalah membuat internship proposal. Tengah goreng la ni..tapi dah bosan. Tak dak idea plus sakit pinggang (iskhhh macam2 alasan la dia bagi kalo tak mau buat kerja sekolah tuh!!). Maka berehat sat la noo... Sebenarnya nak buat entry pasai anakanda keduaku - Nur Dinie. Cerita ni kalau nak ikut cerita basi la...tapi kena la jugak cerita utk kenangan...

Dinie ni besides menghadapi second child syndrom, dia juga seorang yang pemalu.. malunya tu susah la nak faham...tebal sungguh malunya kalah tapak kasut Hail Amer dan Uji Rashid masa zaman depa glamer dulu nun!! Maka sebagai ibu bapa walaupon tahu dia macam tu..tapi kami tetap lah menggantung harapan untuk dia berubah bila dia masuk kindy kat sini. Masa mula2 dia ditempatkan sesi petang. Hari pertama dia ke sekolah..alhamdullilahhh tak menangis..walaupun dia nampak agak janggal dan masam jer mukanya..tapi dia tak nangis (boleh kasi 5 bintang tang sini).. Akan tetapi..5 bintang itu terpaksa dirampas kembali kerana bila mana aktiviti menyanyi dijalankan...dia mula bertukar menjadi kayu! aisehh...tak mo langsung ikut org nyanyi atau menggerakkan badan! Keras jer... adoiii...geram pon ada..tapi yer la awal2 lagi kan....

So setelah sekian lama dia bersekolah, maka dia pon ditempatkan ke sesi pagi. Ini bermakna hari2 la dia kena pi sekolah (sesi petang 3 hari seminggu jer)...Waahhhh teruja jugak abah n mama dia...hari pertama hantar lagi dan kami pon skodeng la dia masa sesi nyanyi2 tu...emphhh...tak jauh beza..cuma ada la gerak tangan sikit dan muka tak la muncung..ok la tu ada perubahan walau sikit..dari hari ke sehari nampak la jugak dia menyanyi2 lagu kat umah dan ada la jugak dengaq dia cakap omputih kat umah ngan kakak..vavavaa..harapan kami mungkin akan jadik kenyataan gamaknya kata kami suami isteri.

Maka bila kami dikhabarkan oleh guru yang akan ada mini concert di sekolah dinie..kami pon macam teruja la jugak nak tengok dia macam mana...dah boleh menyanyi kah dia? Dah tak malu macam dulu ka? semua bermain2 dalam minda...tiba hari konsert...kami tiba awal coz takut tak dapat nampak lak dia nyanyi nanti (maklumla..main pakai bersila jer).

Akan tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya gerimis menjelang petang..huhhuuuhuuu... malas nak hurai banyak2 cuma satu jer aku nak cakap kalau disuruh org menamakan persembahan dinie pada hari itu...akan ku namakannya sebagai persembahann kaku, kayu. sepi dan pilu.... aduuuhaaaiii anak ku...bila la chek nak gerak yang oiiii!!!

MASAM MACAM GETAH CUKA..

Tengok tu.. orang lain lompat dah nak sampai ke bumbung..dia selamber jer tetap di tanah!!
AT LAST..BUKAK JUGAK MULUT!!
Nota: err...sebenarnya dia menguap masa nih!! wakakakaaaa.KANIKANI (DANCING) TIME!
Nota : Masa ni kawan dia yg comel dan camera friendly ni pegang tangan dia pusing2 so terpaksala dia gerak..huhhuuuhuu
ZAPPO THE MAGICIAN
Nota: best jugak mamat nih.. lawak sambil main silap mata (hushh bukan main mata laa)

Apa2 pon pagi masih terlalu muda untuk menelah gelap atau cerahnya hari.....go Dinie, go,go...mama dan abah sentiasa di sisi....


Isnin, 9 Februari 2009

Serba tak kena,,,Takut, Kalut dan Serabut Siri II

Salam mesra semua... sedar tak sedar bulan Februari telah menganjak ke pertengahan..maka bermula dari 25hb Feb nanti bermulalah sesi penggal baru. Argghhh..kalo dulu rasa bosan bercuti tapi bila sekolah dah nak bukak rasa takut, kalut dan serabut itu menyerang kembali... Serba tak kena la manusia nih!! walaupun pada dasarnya paper2 maut telah aku lalui pada tahun lepas, tapi cabaran pada tahun ini agak berbeza dari tahun lepas. Sekarang adalah masanya aku belajar kait mengait...kait teori2 dengan alam nyata...aku kena buat research dan juga internship (insyaAllah kalu ada org nak terima pompuan gomok ini memenuhi ruang pejabat mereka! wakakakaaa) serta ada dua lagi paper yg ada kelas.

Apa2 pon perasaan negatif yang timbul kekadang hilang bila terkenang ini adalah tahun terakhir kami di sini... InsyaAllah tahun ini menyaksikan pertemuan kembali kami dengan sanak saudara di Malaya...yeeehhhaaaaa!!! Sukanya cheq...kalo dulu tak sempat la nak buat kenduri official sebab pi macam ribut taufan..(sempat jamu org opis pulut kuning dlm 'tipuware' kecik jer) so insyaAllah kalo ada rezeki lebih (dan kalu berjaya la) nak buat la kecik2...ye la tuh!!! berangan!! rumah pon satu bijik perabot pon tak dak ada hati nak buat kenduri konon...wakakakaaaa....ok2 berenti la berangan... buat masa la ni kalo sedekah pisang kat masjid tu je la yang mampu..hehehe... so tak mo la janji lebey2..

Berbalik kepada teras penceritaan sebenar tadi semula..kejap nak baca balik (melayu mudah lupa sungguh!!) ooo kisah cuti dah habis.. haaa betoi2 cuti dah habis maka tinggal lah sesi percutian yang sedikit jer teruja coz sempat pi satu tempat jer ('sempat' tersebut bukan disebabkan tiada masa tetapi wang di poket yang tidak berke'sempat'an pada kebiasannya ia hanya ber'kesempit'an hendaknya hehehe...tapi bab makan no problem punyooo...). Sungguhpun begitu..banyak juga aktiviti dalaman rumah dan sesi pemakanan berjemaah yang dilakukan... maka berikut dipaparkan aktiviti sepanjang cuti....

JADIK 'MAMI' POTONG RAMBUT









Nota : Tak pernah gunting rambut lelaki seumur hidup ni...siap pakai mesin..lama la jugak dok gunting..last2 jadik macam rambut M.Nasir masa cerita selubung (yer ker?? sebenarnya kekadang sekali tengok macam Demi Moore dalam cerita Ghost pon ada!! wakakakaaa....tak pa ini orang aku yang punya..so tak dak menjadi isu...nyeh2)

PROJEK YANG MENYUMBANG KE ARAH PERKEMBANGAN BADAN...






SAMBAL UDANG PETAI
(saja le letak nak bagitau kat sini pon ada petai..tapi frozen la...but not bad!)
Nota :
Kejayaan
Cotton Cheese cake; tok guru nya Ueya. Walaupon cubaan pertama kek menjadi sedikit soft tetapi...wahhh rasanya boleh tahan enaknya (hehehe..perasan jgn marah yer tuan2 dan puan2 saya ni penggemar cheese cake..maka yg tak sedap pon dihadapnya..)

Kegagalan

Projek ikan pekasam yang akhirnya didapati tidak berapa menjadi disebabkan kekurangan garam yg akhirnya membawa kepada pereputan yang tidak mencapai tahap yang diingini ..apa2 pon thanks to cheni for the recipe...mungkin tak jadik sebab salah aku yang kedekut garam..atau mungkin jenis ikan yang tidak sesuai..semuanya masih menjadi misteri laut welly...iskhhh kena cuba lagi nih...

PROJEK PERIKANAN DI LAUT WELLY










Ikan di bawah ini wa yang dapat tau!! Tarakihi namanya...besaq


Nota: Hari2 ini la aktiviti En Jask kita time Puan Mask cuti.. En. Jask suka pancing ikan, Hari2 dia pancing ikan dengan kawan dia, tiap2 hari dia pancing kawan2 pi pancing ikan, kadang2 kawan dia pancing dia pegi pancing ikan!! Haaa...pening dak dengan ayat aku nih..kalo hangpa pening begitulah peningnya para isteri (sesetengahnya sahaja) terhadap hobi memancing yang menular di ketika summer....

AKTIVITI LEPAK LEPAS MAKAN BERJEMAAH DENGAN JIRAN2 TERDEKAT

SESI BER'SKYPE' DENGAN AYAHBONDA

Nota : Sejak abang ada skype ni ada la kesempatan nak tengok abah n mak secara live...haa..ini la gambar mat mejar dan teknologi..dah macam operator lak gayanya! hehehe...apa2 pon tq abang Jan for making this happen...miss u guys!!

Yezzzaaaa...begitula serba sedikit aktiviti semasa cuti summer...semuanya kearah keharmonian organisasi kekeluargaan...sebenarnya banyak juga aktiviti keharmornian perut dijalankan (aktiviti rumahmu rumahku jua) tetapi tak sempat nak snap2 gambar..sebab terlalu kerap..sampaikan diriku ini talah gumuks kembaliii!! (ooowhhhh tidakkkk!!). Sungguhpun begitu dalam cuti ini juga aku dah berkesempatan melawat dan menjalinkan sedikit hubungan dengan NZQA. Itu telah sedikit sebanyak melegakan aku sebab itu juga antara perkara yang amat perlu dilakukan sebelum pulang ke tanah air.

Tapi tu la kesian jugak kat anak2 bila petang abah pi mancing, mama layan internet maka anak2 main la sesama sendiri di dalam rumah....dengan mainan yang tak seberapa mereka perlu la kreatif untuk menjadikan hari2 mereka ceria..maka inilah hasilnya!!!


Nota : Idea asal yang buat gini adalah dari Nur Dinie....benda yang dililit dikepala tu mainan yang macam spring plastik yang boleh melompat dari tangan ke tangan..tapi since spring tu tak berfungsi seperti sepatutnya, agaknya depa fed-up maka dililit la dikepala...siap suruh kita amik gambaq tu wakakakaaa.. kesian depa..

Ahad, 1 Februari 2009

THE BIGGEST TEDDY BEAR IN TOWN!

Kabare semua.. harap2 semua sihat2 belaka. Kami baek2 aja.. hari ini tanggal 1 Febuari 2009 (wahh pantasnya masa!!) di bandar Welly ni diadakan Teddy Bear Picnic. - Acara anjuran kerajaan tempatan dengan tajaan dari pihak2 tertentu termasuk Tupperware (baru ku tahu kewujudannya di sini). Acara berkelah secara berjemaah ini bermula sekitar pukul 12.00 tgh - 4.00 petang.... acara ini dinamakan sedemikian rupa kerana pada ketika ini lah anak2 boleh membawa Teddy Bear masing2 kerana ada dianjurkan pertandingan Teddy Bear. Ada 3 kategori - The Smallest Teddy Bear, The Biggest dan The Most Teddies..

Kalau kengkawan ingat pada tahun lepas, pada awal2 kehadiran kami di sini (cerita dalam blog life in kiwiland yg telah kaput) kami ada beli Teddy Bear besar dari trade me yang amat besar kan?? Sebenarnya teddy bear tu dah macam hidup segan mati tak mau la..sebabnya tak dak sapa la nak main dgn dia..asik kena lanyak la dengan kami anak beranak baring2 atas perut dia...Dek kerana dia besar sangat maka rasa semak pulak la dengan kehadiran dia (sian dia tak der tempat duduk sesuai..letak kat kerusi tak muat..kalo katil single cam terlebih2 la pulak!). So kami suami isteri memang dah sepakat untuk menjualnya semula selepas Teddy Bear Picnic la...

MASA MULA2 BELI DULU..


Hmmmpphhh hari yang dinanti dah tiba..oleh kerana dia tu besar dan berat terpaksala pinjam stroller dari Bell untuk bawak Teddy Bear Giant tu....sebaik sahaja turun dari kereta semua mata tertumpu si Lizzy the Teddy (nama bear tu la yang baru direka malam sebelum bertanding..wakakakaa). Naik segan pon ada...ye la semua mat2 n minah2 salleh dok usha aku ni dok tolak menatang tak bernyawa dengan stroller tu (manakala anak2 berjalan terkedek2 membontoti ku). Lepas tu depa dok asik tegoq dan terkejut tengok kebesaran bear tu...(yg ni aku agak suka la sebab buat pertama kalinya aku tak jadik yg terbesar dalam family kami!!)

PENAT WOOO...
maunya tak penat dok tolak bapak beruang sama anak rimau!!
Hati berkobar2 nak masuk la sebab dengar khabar2 angin hadiah nya adalah tiket ke South Island...so setelah mendafttarkan diri dan si Lizzie diukur maka kami pon melepak la sementara menunggu waktu keputusan diumumkan...dalam 45 min lebih kurang maka result pon diumumkan.

Dengan kepanjangan 147 inci, maka sahlah diumumkan bahawa our teddy bear is the biggest in town!! Yeayyy!! Hasya pon pegi amik hadiah tapi malang tak sempat nak tangkap gambar coz masa tu abah dia pulak sibuk angkat Lizzy nak tunjuk org kat pentas tu....tapi kusangka panas hingga ke petang..tetapi hujan di tengah hari..hadiahnya bukan la seperti yg dikhabar2 kan...hadiah tiket tu untuk pertandingan mewarna dan mengarang rupanya...kami nyer hadiah hanya t-shirt dan satu teddy bear comel jer.. tapi cukup menggembirakan anak2..

KONSERT DARI KUMPULAN AISKRIM BATANG (setelah di translate)
Nota: Kami lepak masa nak tunggu result


Lepak2 sambil tengok konsert
Lepas tu kami pon pegi la ronda2 booth2 ala2 funfair kat situ...dan singgah ke gerai face painting...dek kerana kami pon sampai lewat (dalam kul 2.45 gitu) maka semua dah gerai dah nak tutup...so terus la balik... though tak dapat what we wanted but it's ok since anak2 kami happy : ) dan...yang penting lepas tu berbekalkan duit elaun yang baru dapat, kami pi makan kat kedai makan bernama Marakesh yang menyajikan makanan Morroco...itu part yg paling best buat mak dan abah nya..wakakakaka...

MY CUTIE PIES..
Aina pilih sendiri nak jadik tiger..siap mengaum lagik lepas tu dia...grrrrrrrr!!


Moral of the story : Rakan2 welly..kalo berminat, sila majukan hasrat anda untuk memiliki si Lizzie the Teddy nih...bidaan dibuka sekarang!!