Selasa, 21 Oktober 2008

DEMI....

Pening kepala, pening kepala apakah obatnya dinda sayang,
Minyak cap singa, minyak cap singa itula obatnya kanda....

Ha... itu adalah petikan lagu iklan yang sering diputarkan di dada television sekitar tahun 80an... iklan minyak cap singa.. tatkala ini , itulah lagu yang sesuai untuk diriku ini.. pening la nak buat assignment!! Otak ni cam jam la pulak walaupon aku dah bagi can kat dia rehat last weekend! Mengada2 la pulak!!... Mat Mejar ..sila drill otakku ini!!!

Oklah.. oleh kerana dia mogok, maka akan ku buat perkara yang tidak melibatkan penggunaannya yang banyak..iaitu mengupdate blog! muahahaha...padan muka dia merangkap muka aku sekali!!

Tajuk coretan pada kali ini adalah Demi...kerapkali perkataan ini dikaitan dengan pengorbanan seperti nyanyian Amy Search Demi cintaku padamu, kemana pon kau kan kubawa...atau lagu yang lebih glamour dan lebih patriotik seperti lagu Demi negara, yang tercinta ku curahkan bakti penuh setia...

Demi kasih sayang kami kepada anak2 kami yang tidak merungut kerana tiada dibelikan baju raya , tiada hadiah atau kek canggih di hari lahir .... maka kami telah membelikan sebuah dapur mainan kepada mereka. Walaupun bukan barang baru, semua anak2 dara kami begitu teruja dan gembira dengan hadiah yang diberikan...

Buku resepi pon ada...

Dapur mainan ni kami beli menerusi trade me. Walaupon barang second hand tetapi ianya nampak seperti baru...dapur Princess keluaran Disney lagik! Adat orang kaya memakai, dapur tersebut tak langsung nampak kesan dipakai..semua masih berfungsi dengan baik - dapur ini berbunyi api/cerek tatkala dipulas stove, oven yang berbunyi seperti oven betul dan berlampu, sinki yang berbunyi air dan buku resepi yang disertai suara princess membaca resepi!!

SIBUK MASAK LA KONON


Telefon pun dia bagi sekali

Bukan itu sahaja penjual juga menyertakan sekali peralatan dapur yang hampir lengkap (cerek, pan, sudip , pinggan mangkuk, mixer, periuk dll). Apalagi..usahkan anak2 , kami pon turut teruja memulas itu ini tatakala baru dapat... maka sekarang ni ada la aktiviti mereka di rumah... puas hati jugak membelinya.. bak kata iklan Mydin..memang berbaloii!! Semoga kerajinan ditunjukkan untuk masak olok2 akan membawa kepada minat untuk ke dapur apabila mereka besar kelak...Aminnn