Memaparkan catatan dengan label Jelajah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jelajah. Papar semua catatan

Selasa, 3 November 2009

Kedatangan Yang Dinanti II - Sneak Preview

Salam semua,

Sekarang ni kami telah selamat sampai di Welly. Kak Rose dan Abah masing2 komen yang sejuk di Welly lain macam "Sejuk terketaq2" depa kata...hahhaa... Welcome to the Windy Welly!! Just came back from South Island. Tak berapa rajin nak berblog lagi..letih pon ada lagi ..... tapi utk merawat rindu semua pada abah dan kak rose yg telah di'kidnap' oleh kami...so here are some pics of them 4U2c..

@ Christchurch

@ Ko Tane Maori Village

@ Lake Tekapo
@ Queenstown
mama rose merenung lake wakatipu @ queenstown

Gondola @ Queentown - worth it!
Mat Mejar merenung bandar Queenstown dari lokasi Gondola

Riding 'Luge' @ Queenstown

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kedatangan yang dinanti..

Salam semua,

Alhamdullilahhh Abah dan kawan opisku Mama Rose telah sampai pada 27hb lepas. Kami jumpa di Christchurch.... di kesempatan ini kami sekeluarga nak ucap jutaan terima kasih buat kak za dan abg jan yang telah membantu abah sampai berlepasnya abah dari lapangan terbang penang. Tak lupa kepada sanak saudara yang khabarnya ramai menghantar abah di airport. Terima kasih tak terhingga juga pada Zierah yang terpaksa amik cuti utk uruskan abah dari langkah pertamanya di KL sampai langkah pertamanya ke dalam perut kapal teerbang ke auckland. Taku lupa kepada Ahau-dee yang telah membantu cari org yg sudi bekalkan nasi di lapangan terbang di Auckland. Maklum la mama rose n abah transit selama hampir 6 jam di Auckland...kalau tak dak org hulur makan..kesian jugak tuu...

Hari yang sama juga kami sekeluarga berangkat ke Chirstchurch - flight kul 12.3 tgh. Kelam kabut aku..mana tak nya hari tu jugak kena hantaq assignment...pergghhhh..nak masak lagi nak kemas baju lagi...masa tu rasa nak nangis pon ada... tidoq lewat giler..bangun pagi2 pon masih ngadap kerja sekolah...2.30 jam lagi nak berangkat baru aku siap keja sekolah..kelam kabut bersilat di dapoq ( sini kalau nak jalan mana2 kena bawak bekai loorr)

Akhirnya bila jumpa abah..rasa macam mimpi...abah nampak sedikit pucat masa tu..letih katanya.. mungkin tak tidoq sepanjang malam. Mama rose ceria seperti biasa... masa peluk depa duaorg rasa macam mimpi... bawak balik mereka di hote, makanl dan rehat jer malam tu... sian depa penat..

Sekarang ni kami di Queenstown..baru balik dari Lake Tekapo yang indah.. tak leh nak taip banyak2 pasai aku pon letih..tapi bahagia..sebab bunyi keyboard yg kuketuk ini di sulami dgn bunyi dengkuran Mat Mejar yang telah hampir 2 tahun aku tak dengaq!!! hehhee...buat sementara ni lom lagi leh boh gambaq.....nanti la nooo...adioss...


Sabtu, 10 Oktober 2009

Hilangkan Boring di Westside Studios..

Cuaca di bumi Kiwi agak kelam kabut.. sepatutnya sekarang sudah pertengahan spring, tapi apa yang berlaku, cuaca berpatah balik ke winter.. Salji lebat turun di sekitar gunung Ruapehu dan South Island.. malah lebih lebat dari winter yang baru berlalu.. Di Wellington angin bertiup begitu kencang sekali.. Demam dan batuk kembali menyerang.. Cuti sekolah tak dapat nak bawa budak main2 kat luar..

8/10/09 - Bosan berkurung dalam rumah kami dan keluarga Bro Ali & Bell buat keputusan untuk melawat Westside Studios yang terletak di Shelly Bay, Miramar. Studio ni baru saja dibuka kepada orang ramai pada 5/10/09. Bangunan ini adalah sebahagian daripada kem askar lama..
Bayaran masuk $14 untuk dewasa, $7 untuk kanak-kanak dan $35 untuk pas keluarga.. kanak2 bawah 5 tahun percuma.. Masa mula2 nak masuk Aina asyik merengek sebab takut pada suasana suram dan seram dengan cahaya yang samar2 serta penuh dengan figura..


Prop dan figura pahlawan terracotta dan lain2 yang berkaitan dengan kerajaan silam negara China ...

Bila dah lama kat situ dan macam2 lagi benda yang menarik dilihat, Aina pun dah tak takut lagi.. suka pulak dia, dah sedar bahawa dia ada kat tempat 'seronok-seronok'.. macam-macam adaa...

Cowboy Town