Jumaat, 28 November 2008

Setiaku Di Sini...

Jam menghampiri pukul 2.30 pagi...aku masih setia di sini..di sisi komputer yang saban hari ku kilik. Hmmm...bila la nak habis assignment Policy and Institution Process nih??? Adoihhh... semalam dan hari2 sebelumnya penat membaca articles dan menentukan topik.. Tapi takpa..alhamdullillahh berkat usaha, laju la sikit geraknya hari ni..tapi...sasaran ku untuk menyelesaikan tugasan ini pada hari Khamis nampaknya tidak menjadi realiti...kerana di tika dan saat ini, aku masih belum dapat sempurnakan essay ini... mata dan kepala semakin berat kurasa... argghhh tidoq dulu arrr..esok dah nak kena bangun awal sebab sekarang ni waktu siang bermula seawai 5 pagi! hmmm.. 5 pagi tu dah macam pukul 7 lagaknya...subuh pulak masuk sekitar 4.08 pagi... hmm..nanti terlepas la pulak subuh..

Bila ditimbang2, biarlah aku melepaskan kerja 'duniawi' ini seketika kerana bimbang tuntutan Illahi pulak yang tergadai...Buat assignment yang tengah dibuat ni..selamat berpisah buat sementara waktu. Buat assignment terakhir trimester ini - insyaAllah...akan ku kerah tenaga ini untuk menyentuhmu selewat-lewatnya selepas subuh hari Sabtu...ok??

Buat saudara mara dan sahabat sekalian, maaf kerana entry kebelakangan ini tidak berapa ummphh... sebenarnya banyak cerita tertunggak aktiviti anak2 kami. Tapi tunggulah bila pencerita dah habih kerja hujung minggu depan ..maka akan ku taip bertalu2 ok?? Adiosss....wassalam.