Rabu, 3 November 2010

EAGLE RANCH RESORT

Sudah lama anak-anak minta nak naik kuda terutama 'Aina.. dia belum pernah naik kuda sebelum ni sebab masih kecil.. Hasya dan Dinie saja yang selalu berpeluang naik kuda.. Untuk memenuhi impian dan harapan anak-anak kami memilih Eagle Ranch Resort untuk bercuti selama 2 hari 2 malam.. pada hari raya ke 5 yang lepas..
Chalet tempat kami menginap dinamakan Bandwagon.. chalet ini 2 tingkat, kami memilih tingkat atas kerana ada loteng.. anak2 semua tidur di loteng..

Kereta boleh park dekat dengan penginapan..

Dalam Pakej Penginapan yang kami pilih terdapat beberapa aktiviti disertakan iaitu horse riding, archery, canoeing dan satu voucher untuk pilih mana2 aktiviti yang disukai.. Banyak aktiviti2 boleh dibuat di sini seperti paintball, go-kart, obstacle dll. Kami hanya buat aktiviti yang ditawarkan sahaja..

Oleh sebab berada di cowboy town, 3 angels pun pakai topi koboi..
Aktiviti yang dinanti-nantikan.. menunggang kuda..

Aina yang paling teruja sekali.. kalau tak bagi naik mau meraung kat situ.. hehehe
kuda pun teruja jugak.. tak sabar nak kena tunggang..


Hari ni kuda putih dulu yaa.. Esok naik kuda lain plak..
Aiye.. Aiye..
Next day... awai2 dah standby.. tak dak benda lain nak naik kuda je la si Aina ni..

Dapat voucher sarapan untuk 2 orang.. tapi dapat juga voucher utk makan kat cafe RM20.. Tambahan 1 orang breakfast RM10.. So gunakan voucher RM20 dapat lagi 2 orang makan.. bagitau diorang aina tak makan banyak manapun.. so at last jadi voucher sarapan utk satu family (tapi sebenarnya aina makan banyak juga.. hahaha)
  


Bergambar sekitar Eagle Ranch..

Aktiviti memanah..

Hai geng.. Hari ni you all akan menunggang I pulak.. eeeheeeeheeekkkkk.. prrrrrr..
Tepe..


Kampung House
Aktiviti kayak save utk hari terakhir.. tapi hujan laa pulak..

Menikmati air kelapa tepi jalan..





dan berpetang di Pantai Port Dickson..