Isnin, 19 Januari 2009

Short and Sweet...

Aku tahu semua rakan MQA sedang sibuk..."maklumlah awal tahun" bak kata Nud bila aku bertanya tentang rakan2 lain.. hmmm, setahu aku majoriti unit di MQA tu tidak pernah kenal awal, tengah dan akhirnya tahun...semua masa sibuk!! Terkenang tahun2 lalu berada di situ..bagai tiada masa untuk mengurus diri sendiri...pagi datang awal..balik selepas Maghrib dan menghampiri Isya'...kalau ada yang berpandangan bahawa kakitangan kerajaan banyak masa lapang....so fikir2 la balik dengan statement tu... rasanya itu lebih kepada sikap individu dan mungkin budaya kerja sesebuah organisasi...

Oleh kerana aku tahu betapa terbebannya kengkawan di sana..maka aku tak mau la buat entry yang berat2 dan ilmiah bagai....just light n easy..so entry kali ini adalah mengenai percutian kami yang pendek tetapi berkualiti..

Isnin baru2 ni adalah Wellington Day..oleh kerana ianya jatuh pada hari Isnin maka para hubby (yang bekerja) pon bercuti la panjang sikit... aku ni yang telah lama bertapa di rumah pon bersetuju bila ada cadangan untuk ke Castle Point di Wilayah Wairarapa.. Castle Point ni famous dengan rumah apinya.. dan pemandangan pantai yang menarik..

Oleh itu pada pagi Sabtu lepas, rombongan ber-4 kereta pon bertolak menuju lokasi. Sebelum sampai ke Castle Point kami sempat menyinggah di Stonehenge di Carteton (tempat kami tengok bunga Daffodil dulu) dan Paua World. Stonehenge ni tempat puak Maori mecongak bulan bintang mengikut kepercayaan depa la.. Paua ni pula bagi mereka yang belum tahu adalahs sejenis siput yang cengkerangnya dibuat perhiasan. Katanya paua ni hanya terdapat di sini..maka adanya jika datang ke mari wajiblah memiliki barang2 yang diperbuat dari paua...

STONEHENGE


PAUA WORLD
Setelah menjengah ke dua tempat ini, kami pon meneruskan perjalanan ke arah bandar Masterton. Jika dilihat di peta NZ kami menuju ke sebelah timur north island. Sejam dari bandar Masterton itulah lokasi percutian pada kali ini. Castle Point amat terkenal dengan rumah apinya. Rumah api yang dikelilingi panorama yang mengasyikkan dan cuaca yang nyaman sudah tentu menjadi antara destinasi percutian popular. Mujur kami sempat juga booking 'bunk house' yang boleh memuatkan 29 orang dewasa.. Sungguhpun katil yang disediakan semua katil bujang tetapi rumah tersebut amat selesa sekali. Alatan elektrik serba 2 la kiranya - peti ais 2, freezer 2, stoove 2 dll...ruang tamu nya sungguh besar begitu juga dapurnya..boleh berlari2 la anak2 kami..

MAK CIK KANTIN MENGGORENG BIHUN TANPA MANDI

Sesampainya di sana para jejaka apa lagi memancing la..memang destinasi ni amat2 sesuai untuk kaki2 pancing.... kami yang perempuan2 ni lepak dan meikmati pemandangan sekitar rumah (dari rumah nampak laut dan rumah api). Tatkala senja kami sempat menikmati panorama indah sunset..subhanallahhh... cantik sungguh pemandangannya...tetapi sayang tiada gambar dapat menzahirkan kecantikan tersebut.




Pada malamnya acara BBQ pon dijalankan. Selain daging2 yang telah diperap, hasil tangkapan para hubby yang menghampiri 30 ekor pon turut dijadikan habuan pada malam itu.. semua telah disediakan, peralatan BBQ dan meja2 untuk bersantai di luar pon ada..cumanya kita perlu samak la..mujur ada ahli rombongan bawa sabun samak ..senang la kerja kami..

SULTEN MIZAN (adik beradik BEN TEN)


SANG JORAN UTAMA
Selesai makan, kami lepak lagi.. kali ni sambil melihat keindahan malam pula. Kebetulan malam itu bulan sungguh terang dan mennyinari pantai..ahhhh.. indah dan nyaman sekali.... aku dan bell borak sampai jam menunjukan pukul 4 pagi..

Keesokan harinya aktiviti di pantai pula.. selepas sarapan, kami bergerak ke pantai...siap bawak keta di persisiran pantai yang berpasir2 tu lagi..teman anak2 main pantai dan buat sand castle la kononnya.. tapi disebabkan hujuan rintik2 dan angin agak kuat..anak2 semua masuk ke dalam kereta. Akhirnya yang tinggal aku ngan bell jer dok pulun buat sand castle..kehkehekeh..bila cuaca dah ok..kami pon nak pegi join para suami la nak tengok hasil tangkapan...dengan anak2 penuh keta (6 org budak2 kecik - bell 3 , aku 3), Bell pon bawa la keta aku nak kuar dari kawasan pantai tu..tup2 tayar keta tu terbenam dalam pasir!! adusss....menggelabah sungguhh...dah la lelaki sorang pon tak dak! Melihat akan kegelabahan kami maka dua jejaka mat salleh telah menghampiri kami..muahahaha... tersengeh2 la aku dan bell malu2 badak ...adoihhh usaha 2 org tak jalan nampaknya...akhirnya 2 org anak muda mat salleh pulak datang membantu menolak. Nasib baik la En. Jask kita nampak dari kejauhan keta tu jadik cam tu.. dia pon lari mendapatkan kami... so akhirnya dgn ditolak 4 mat salleh 'hensem' ekhemmm dan di pandu oleh suamiku yang juga hensem (baru seimbang ayat ni..) maka kereta ku berjaya digerakkan..wakakakaa... pengalaman betoi.. sayang tak der kamera.. kalo tak sure dah tangkap gambar ngan mamat2 tuh... ehhh..bukan gatal la... KENANGAN...nyeh2



ME & BELL


Petang tu pulak, kami menaiki tangga ke Light House..fuhh pemandangan dari sini lagi cantikkk...cuma nye berangin giler..so tudung jadik kemek2 la...baju jadik terbang2 hehehe.. so cakap banyak tak mo.. saksikanlahh...



GAYA KUNG FU PANDA
Dalam perjalanan pulang kami singgah di bandar Masterton (satu jam dari Castle Point). Bandar yang terkenal dengan pengetaman biri ini mempunyai banyak museum yang boleh dilawati. Oleh kerana masa agak terhad maka kami memilih untuk melawat museum industri bulu biri2. Dengan bayaran sebanayak NZD10 untuk satu family, kami dapat mengetahui serba sedikit tentang sejarah industri ini di NZ. Replika2 biri2 pula menjadi lokasi kami untuk bergambar...


HATI2 AINA..TERCUCUK NANTI TERUS JADIK SLEEPING BEAUTY LAKS!!

SEMPAT BERGAMBAR DI POKOK 'GEBU' DI TEPI JALAN

SALAH SATU PEMANDANGAN YANG MENGAGUMKAN..
Nota: Jika dibesarkan click di gambar ini anda akan dapat melihat objek putih2 di padang ini. Ia adalah kambing biri2 yang sedang menikmati air dari kolam (yang berwarna hijau dan merah )

Kesimpulannya, percutian pada kali ini walaupun hanya beberapa hari cuma tetapi kepuasan dan ketenangan yang diperolehi sangat memuaskan...bak kata omputih short n sweet, less is more..ehh betul ker aku nih?? apa2 pun buat semua sanak saudara dan sahabat di Malaya..seindah mana pun di sini hati kami tetap di Malaya...