13 September 2009 (23 Ramadhan) Komuniti Malaysia di Wellington buat julung2 kalinya menganjurkan Majlis Iftar buat warga muslim Wellington bertempat di Masjid Kilbirnie, Wellington.. Komuniti Malaysia sama-sama bergotong-royong menyediakan menu nasi putih, kari kambing Rogen Josh, ayam goreng, jelatah, agar-agar, samosa dan popiah. Sekitar 700 orang warga muslim pelbagai bangsa hadir berbuka puasa di masjid pada hari tersebut, jumlah kehadiran tertinggi kalau di lihat setakat ini. Mungkin ramai tertunggu2 bila giliran Malaysia yang terkenal di mata negara Islam untuk menganjurkan majlis seperti ini.
Selepas Asar, semua juadah dah siap sedia untuk majlis iftar.. Semasa iftar berjalan agak kelam kabut kerana ramainya orang yang hadir... dan disebabkan kekalutan itu tiada siapa yang sempat merakamkan apa2 peristiwa semasa majlis iftar berlangsung.. Makanan yang pada mulanya dijangka berlebihan rupa2nya agak mencemaskan kerana dikhuatiri tidak cukup... tetapi dengan keberkatan bulan Ramadhan semua makanan cukup2 untuk semua orang.. petugas2 yang pada mulanya seperti tak berpeluang nak makan pun dapat makan.. ngam2, cukup2.. itulah rezeki Alah untuk semua orang yng berpuasa.. Alhamdulillah..
-jask-
-jask-