Jumaat, 5 Ogos 2011

Selamat Datang Ramadhan..



RAMADHAN DATANG LAGI.. Kalau menjengah blog seorang rakan begitulah tajuknya.. tapi kalau tengok tarikh entry.. hampes.. Ramadhan tahun 2009.. Khas utk Bell ; Bila nak update blog..

Blog KIA KAHA pula asyik dengan Eagle Ranch Resort punya entry.. itu percutian selepas raya tahun lepas.. dah nak masuk raya sekali lagi eloklah kami lari segera dari tarikh tersebut.. sebelum dicop sebagai blog usang..

Banyak peristiwa nak diblogkan sebenarnya.. tapi kekalutan penghuni blog ini menyebabkan aktiviti meng'update' blog terbantut.. rasa macam baru sahaja buat last entry rupa2nya dah bersawang..

Pantai Merdeka menjelang Ramadhan

1 RAMADHAN 1432H kami sambut di kampung.. Bersahur di Jeniang, berbuka di Pantai Merdeka.. lepas sahur hari kedua balik ke Bangi.. bersama bekalan2 yang tak tertolak buah kuini, nenas, tembikai, cempedak dan macam2 lagi.. sehingga kereta berbau 'tropika'..

Anak2 puasa Alhamdulillah.. Hasya tiada masalah.. walaupun kadang2 merungut dahaga tapi nampak dia biasa sahaja.. dah 8 tahun takkan lembek lagi.. Dah besar, baju mama dia masa form 2 pun dia dah padan..

Dinie first day nampak terkelepet sikit.. buka puasa tak berapa makan banyak tapi sahur hari kedua di kampung laju betul, mungkin sebab dia rasa letih hari pertama maka dia makan banyak2 supaya hari kedua lebih bertenaga.. apatah lagi sahur masak lemak ketam kegemaran.. Sekarang dah OK..

Aina masa sahur first day bawa dia ke dapur, tapi dia lari tidur balik.. Sahur dia masa sarapan.. lepas tu banyak la strategi dia nak minum.. sebab nak makan ubat la dan macam2 alasan lagi.. Time berbuka dia turut kelam kabut sebab dia memang puasa tak makan.. OK la tu untuk budak 5 tahun.. pengertian puasa pun tak faham elok lagi..