Rabu, 3 November 2010

EAGLE RANCH RESORT

Sudah lama anak-anak minta nak naik kuda terutama 'Aina.. dia belum pernah naik kuda sebelum ni sebab masih kecil.. Hasya dan Dinie saja yang selalu berpeluang naik kuda.. Untuk memenuhi impian dan harapan anak-anak kami memilih Eagle Ranch Resort untuk bercuti selama 2 hari 2 malam.. pada hari raya ke 5 yang lepas..
Chalet tempat kami menginap dinamakan Bandwagon.. chalet ini 2 tingkat, kami memilih tingkat atas kerana ada loteng.. anak2 semua tidur di loteng..

Kereta boleh park dekat dengan penginapan..

Dalam Pakej Penginapan yang kami pilih terdapat beberapa aktiviti disertakan iaitu horse riding, archery, canoeing dan satu voucher untuk pilih mana2 aktiviti yang disukai.. Banyak aktiviti2 boleh dibuat di sini seperti paintball, go-kart, obstacle dll. Kami hanya buat aktiviti yang ditawarkan sahaja..

Oleh sebab berada di cowboy town, 3 angels pun pakai topi koboi..
Aktiviti yang dinanti-nantikan.. menunggang kuda..

Aina yang paling teruja sekali.. kalau tak bagi naik mau meraung kat situ.. hehehe
kuda pun teruja jugak.. tak sabar nak kena tunggang..


Hari ni kuda putih dulu yaa.. Esok naik kuda lain plak..
Aiye.. Aiye..
Next day... awai2 dah standby.. tak dak benda lain nak naik kuda je la si Aina ni..

Dapat voucher sarapan untuk 2 orang.. tapi dapat juga voucher utk makan kat cafe RM20.. Tambahan 1 orang breakfast RM10.. So gunakan voucher RM20 dapat lagi 2 orang makan.. bagitau diorang aina tak makan banyak manapun.. so at last jadi voucher sarapan utk satu family (tapi sebenarnya aina makan banyak juga.. hahaha)
  


Bergambar sekitar Eagle Ranch..

Aktiviti memanah..

Hai geng.. Hari ni you all akan menunggang I pulak.. eeeheeeeheeekkkkk.. prrrrrr..
Tepe..


Kampung House
Aktiviti kayak save utk hari terakhir.. tapi hujan laa pulak..

Menikmati air kelapa tepi jalan..





dan berpetang di Pantai Port Dickson..

Jumaat, 1 Oktober 2010

Hari Raya 2..3..4..5..

RAYA 2
Hari Raya Pertama macam tak meriah... tapi kami rasa meriah sangat... meriah sesama sendiri... sesama keluarga dan sanak saudara... Pagi Raya 2 Ngah Jan sekeluarga bertolak untuk beraya di Tunjang.. kami pula stand by untuk bertolak ke Jeniang.. siapkan dahulu apa-apa yang patut  untuk persediaan kalau-kalau ada tetamu yang berkunjung, sebab mak pun tak berapa sihat..

Menjelang tengah hari kami sampai di Jeniang .. Yang masih tinggal adalah keluarga Pak Tam, Pak Ngah dan juga Mak Long.. Pak Cik & Mak Cik sekeluarga dan lain2 pagi2 dah bertolak untuk bertebaran beraya di kampung lagi satu.. Setibanya di rumah tok, Hasya, Dinie & Aina segera mendapatkan Teh (kucing) dan seekor lagi yang mereka beri nama Comeli..









 
Teh dan Comeli...
Hmm.. Kenapa cerita pasal kucing di hari raya ya? Mungkin sebab dah hari raya kedua.. keluarga pun tak semua ada.. Kelibat yang sudah pasti terasa kehilangan adalah kelibat ayahanda..

On the way balik ke Jeniang singgah di Gurun, ambik batu nesan yang ditempah.. Petang tu ke kubur dengan keluarga Pak Tam Ca & Mak Tam Da untuk letak batu nesan.. tak boleh main pacak gitu jer.. ada cara rupanya..

 

Ayah.. tahun ini kami berhari raya tanpamu di sisi, ada kerinduan di hati ini.. semoga ayah tenang bersemadi.. doa untuk mu tak pernah kami lupai.. kerana rotan mu yang mengejar kami malas mengaji, hari ini kami balasi..

Ingat tak pisang 'belalai' ini dalam entry ramadhan dulu? Kini telah tumbang kerana batangnya tak dapat nak menanggung berat..
... dan jadilah ia pisang goreng comel untuk dimakan di petang raya..

Menjelang malam hanya kami yang tinggal.. selain Pak Ngah Men yang memang tinggal di situ.. Malam tiba2 jadi  meriah dengan acara bermain bunga api.. ramai yang berkumpul di luar untuk melihat kanak2 (dan juga kanak2 tua) bermain bunga api..  memandangkan kawasan perumahan ini memang didiami oleh majoriti 'orang tua', maka kawasan kecil ini menjadi sesak dengan kereta2 dan anak cucu masing-masing..

Bunga Api 138 dilancarkan..


Percikan bunga api di udara..
RAYA 3
Lepaks je lah kar rumah.. suasana raya pun dah tak berapa ada.. ada jugak 2,3 orang rakan Jask yang datang.. Petang misi ke rumah terbuka Pak Su E (adik mak  Mask) di Taman Ria Jaya.. ramai lah sedara mara sebelah mak yang datang.. ambil kesempatan untuk bergambar keluarga.. Kak Za sekeluarga pun baru sampai dari Johor..
 Keluarga Mat Mejar (Anak2, Menantu2 dan cucu2)

 Keluarga Mat Mejar (Anak2)


 Keluarga Jask & Mask


Pak Menakan..

Sesi beraya berlarutan hingga pukul 12 malam.. kami balik tidur di Jeniang..

RAYA 4

Pagi kami bertolak dari Jeniang.. singgah di Taman Ria..  Mask bertemu rakan sekolah..



Lepas tu singgah di rumah Pak Tam Khodir (adik mak jugak..) di Bandar Puteri Jaya... ada kenduri daaa.. lewat petang kami bertolak ke Pantai Merdeka..

On the way ke Pantai Merdeka singgah rumah sahabat lama Jask (Yusri) dah doploh tahun tak jumpak walaupun tahu dia dok di Tikam Batu..

Kembali berkumpul  keluarga Mat Mejar.. Hasya Dinie n Aina gembira dapat jumpa sepupu mereka (anak2 mak long) yang tak dapat berjumpa raya pertama.. bermulalah kembali sesi main bunga api.. hehehe.. dan ntah apa2 lagi sesi.. maklumlah bila  partner of crime dah berjumpa..   tapi keluarga ngah Jan & Nita bertolak ke bandar Perda malam tu jugak.. sebab besok depa kerja..
Belated Birthday untuk Mask..




 sesi yang paling digemari kanak2..

RAYA 5
Pagi2 Mak Long Za dah siap sebab ada kerja.. tapi Pak Long dan anak2 still ada kat Pantai.. Untuk tidak menghampakan kanak2 pagi tu bawak depa main dan relaks2 kat pantai..
  misi pertama adalah cari nasi lemak..hummm.. lama tak jamah nasik lemak daun pisang cam nii.. yum! yum!



 dan seterusnya melayan anak2 bermain pasir dan mandi di pantai..



 maknya relak2 baca majalah (maaf tiada dalam gambar) manakala bapa tumpang toi untuk memancing..

 pasir sampai ke kepala..

 acara menanam abang haziq dalam pasir..




 


Cantik jugak pantai di Pantai Merdeka nii...


Menjelang tengah hari keluarga mak long dan pak long pulang ke Taman Budiman.. tinggallah keluarga kami.. pada asalnya kami juga akan bertolak ke Bangi tengah hari atau petang hari ini.. tapi Wan Mat pujuk supaya bertolak saja pagi2 besok.. oleh kerana badan pun memang rasa malas, maka kami terima saja cadangan tersebut.. tapi malam tu barang2 dah ready masuk kereta sebab nak keluar sebelum subuh besok..