Baru tadi aku menyelusuri Face Book- satu lagi laman di website yang menjadi 'kegilaan' sekarang.. dari satu profile ke profile aku jengah..sampai ke satu profile kawan sekolah dan juga rakan Uitm, mata aku tertumpu pada satu albumnya bertajuk 'Xmas fever at the Malls' - memaparkan gambar2 sekitar ibu negara ketika perayaan penganut kristian itu berlangsung... memang tak dinafikan..begitu indah dan meriah nampaknya... seperti tahun2 sebelumnya. Bahkan ku rasa sejak aku mengenali dunia..suasana sebegitu memang telah wujud...bukan perayaan xmas sahaja bahkan semua perayaan disambut sedemikian rupa..bandar2 pasti dihias sarat dengan lampu2 gemerlapan disepanjang bandaraya terutamanya ibu negara kita. Itu tak masuk segala hiasan di gedung beli belah dan sebagainya...pokoknya tidak keterlaluan jika aku katakan Malaya meriah dengan perayaan dan majlis2 sambutan!
SEKITAR BANDAR SUNWAY


Tahun 2008 menyaksikan kami meninggalkan negara yang dicintai...berhijrah ke mari mencari ilmu..yang akan diajar oleh para akademik dari universiti victoria.. tapi..setelah hampir setahun berada di sini..aku sedar ilmu itu cukup luas..aku bukan sahaja belajar dari universiti..tetapi ilmu itu datang menerusi pemerhatian kami suami isteri terhadap cara kehidupan masyarakat disini, amalan tokoh2 politiknya dan juga amalan kerajaan di sini..satu ayat yang tepat untuk menggambarkan suasana di sini adalah -KESEDERHANAAN
Ya.. itu yang paling tepat.. mungkin ramai yang berpendapat xmas di sini mesti berkali2 ganda meriah dan 'happening' dari Malaya..maklumlahh duduk di negara omputih kan...ssementah majori dari penduduknya meraikan xmas..mesti la paling2 tidak pokok xmas dan hiasan tu mesti la se'gah' dan secantik di Mid Valley atau Suria KLCC kan...
PANDANGAN BIASA DI MEGAMALL MALAYSIA

Tapi anggapan tu sebenarnya amat2 meleset sama sekali... perayaan xmas di sini sebenarnya amat2 sederhana... kemeriahan itu lebih kepada sambutan dengan keluarga dan dengan orang2 tersayang... tiada lampu2 menghias bandar Wellington..bahkan jika dibandingkan kawasan Petaling Jaya itu dengan satu bandar Wellington ni pon...PJ akan menang 10 kali ganda dek kemeriahan lampu dan hiasan2 nya...menyelusuri bandar Welly...tak ternampak oleh mata ini apa jenis hiasan xmas pon yang dibuat oleh kerajaan NZ...bukan sekadar tiada lampu, kain rentang pon tak nampak.. cuma yang ada hiasan2 biasa yang dibuat oleh tokey2 kedai untuk menarik pelanggan...
Bila difikir2 balik dan dicantum2 dengan ilmu yang tak seberapa yang aku peroleh dari perbincangan di kelas2 (org kiwi la bincang aku n rakan international lain tukang dengar la..hehehe) dan pembacaaan tentang sistem pemerintahan - maka tau la serba sedikit bagaimana kerajaan NZ akan dipersoalkan dengan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan serta betapa komitednya mereka terhadap perkara yang menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar (macam power saving dll). Perkara itu semua telah membawa aku kepada satu kesimpulan : di sini mereka memilih jalan sederhana kerana ke'meriah'an itu tidak perlu dimanifestasikan dengan kehebatan hiasan kepelbagaian lampu2 di jalan kerana akhirnya ia hanya membawa kepada perkara negatif (pada pendapat aku la) iaitu - bil elektrik yang melambung tinggi serta lain2 bil hiasan yang tak kunjung surutnya dan semua itu adalah duit kita semua...begitu lah jua keadaannya bila sampai tahun baru..tiada langsung apa2 acara anjuran kerajaan, lintas langsung dari dataran welly ker, letupan bunga api ker...tak dak apa2 sambutan la kiranya...kalau ada pon hanya bunyi jeritan2 kecil dari rumah2 tanda mereka sedang berparty...
Kesederhanaan ini nampaknya telah menjadi amalan di sini..dari anjuran konsert tahunan sekolah sehingga lah majlis2 yang dihadiri pembesar2 negara bahkan suasana pilihan raya baru ini pon tiada perang poster seperti Malaya...semuanya ala kadar sahaja.. pokok tiada unsur2 'grand'! Apa yang dititik beratkan di sini adalah 'outcome' atau hasil dari aktiviti yang dijalankan.
Contohnya baru ini sekolah kakak menganjurkan konsert tahunan yang bertemakan 'bird'.- tujuannya untuk memeberi kesedaran kepada pelajar tentang spesis burung . Aku dan suami pon tak melepas peluang pergi.. mungkin selalu dimomokkan dgn unsur grand..maka konsert yang sedemikianlah yang kami nanti2..tetapi tiba di sana, kami dapati konsert tu cukup sederhana...hanya diadakan di hall sekolah yang diatur kerusi biasa..dan tak cukup pula tu..maka sapa datang awal duduk la ..sapa yang lambat, berdiri la tepi2 atau duduk di lantai..tiada pentas, tiada hiasan, tiada ajk sambutan, bahkan kanak2 yang masuk konsert tu pon pakai baju hari2 depa pakai jer..tetapi semua guru2 , pelajar2 dan ibu bapa nampak enjoy dengan aktiviti tersebut... apa yang lebih mengagumkan aku dan suami adalah outcomes yang dinyatakan pada pamplet tu benar2 tercapai.. Hasya bukan sahaja tahu apa jenis burung yang ada di New Zealand..bahkan dia juga tahu serba sedikit tentang sifat burung2 tersebut!! Hebat bukan??
SEKITAR BIRD CONCERT
Nota : gambar 3 - kelihatan ibu bapa yang sedang bertenggek2 menyaksikan persembahan anak mereka...berselerak saja..
Nota : gambar 3 - kelihatan ibu bapa yang sedang bertenggek2 menyaksikan persembahan anak mereka...berselerak saja..
KONSERT TAHUNAN DI MALAYSIA..NI BARU TADIKA
Nota: credits to Kay
Tempat duduk yang selesa untuk Ibubapa..

Entry ini bukanla nak mengaggungkan NZ dan memperlekehkan Malaya...tetapi kita sepatutnya berbalik kepada seruan agama kita...hidup serba sederhana...itu yang terbaik..bila dah terbiasa hidup sebegitu maka kita tidak la perlu terkejar2 ke sini ke sana untuk men'grand'kan semua majlis...cuba anda fikir betapa kita obses akan unsur ini?? sampai kita terlupa objektif sebenar majlis itu diadakan...fikir-fikirkan lah...Nota: credits to Kay
Tempat duduk yang selesa untuk Ibubapa..
