Rabu, 24 Disember 2008

Gift Part I...

Assalamualaikum...lama jugak menyepi entah apa2 dibuatnya pon tak tau..dari sehari ke sehari dok menggelak sign-in blog konon nak menghindari masa dari 'mesin laghra nih.. tapi sebenarnya sama jugak...dia tak masuk sini dia cilok tang lain.. iskh2 pokoknya memang tak leh lari la dari mesin nih..tapi pokoknya tak berapa ada mood nak berblog nih...so cerita kali ni ringkas dan padat lah kiranya.

Kisah kali ini adalah gift atau pemberian....bebebaru ni kami dikurniakan dengan pemberian yang tidak diduga. Hajat untuk membeli ikan untuk dibuat lauk utk diberi kepada sahabat ypada hari dia pindah umah rupanya telah membawa kami kepada rezeki yang tidak diduga. Sebaik masuk ke kedai ikan yang baru dibuka kira2 sebulan yang lalu, kami disapa oleh seorang lelaki berbangsa cina dengan ucapan 'apa khabar'...lantas perbualan pun bermula.. rupanya dia pon dari Malaya katanya tapi dah berhijrah kemari 20thn yang lalu. Maka katanya bahasa dia sudah teruk..maka kami pon cakap macam rojak la..tapi banyaknya cakap BI sebab kalau tak maunya makan sehari dia nak pikir2 dan jawab..hehehe..tetiba entah apa aura muka kami ni tetiba dia tanya.."you tau ka masak sambal? I miss la you org punya masak..chinese tak sedap arr" hehehe.. kami pon mengaku la boleh la masak since sambal tumis tu antara masakan semua org pon tau buat kan...so dia pon kata dia nak makan sambal sotong.."nanti wa ada sotong wa telefon you ..you kasi masak."

Apa lagi!! dengan mata yang bersinar2 ala sinchan tatkala melihat action car'man' (betui ke aku eja ni hana sanot?) dan bagaikan doremon melihat dorayaki, maka kami mengangguk tanda setuju.. manakan tidak, sotong memang amat2 susah didapati di sini ..kalau ada pon yg frozen. Rasa dia tu sama dengan tayar beskal cuma taruk kuah jer. Sementelah lagi kami suami isteri memang peminat sambal tumis sotong. Sejak mai sini tak pernah kami makan sotong fresh..so selain dari rindu keluarga dan sahabat, sotong ini juga masuk dalam list insan2 yang kurindui la kiranya...muahaha..

Tapi setelah seminggu menanti.. mata yang tadi bersinar kembali layu..cess mamat ni hilang ker no telefon sebab ari tu tengok dia pakai tulis kat kertas pembungkus ikan dan dicarik masuk poket..aiseh.. kami sudah gelisah maka pada suatu pagi yang bening aku sudah atur strategi..hehe aku buat nasik lemak sambal udang dan kebetulan daun pisang ada lagi maka aku pon buat la dua bungkus untuk diberi kepada sang tokey. Strategi nya disamping nak tanya dia kot2 hilang no telefon, maka pemberian nasi lemak itu juga sebagai bukti bahawa aku ni boleh la buat sambal tumis kan !! muahahaha... sanggup nihh..

Tukang bagi nasik suamiku la .. time dia bagi tu mamat tu banyak la pulak customer so dia pon tak leh nak borak banyak just angguk dan ucap terima kasih dia kata sotong tak dak lagi.. tak berapa lama kemudian kami dapat la panggilan telefon dari dia.. dia kata "lu datang angkat itu sotong sudah ada" ..dengan pantas en. jask pon berdesup ke kedai dia (tapi lepas setengah jam la..sebab tak mau la nampak rakus sangat! hahah)

Mak aiiii besar sungguh sotong dia.. tak pernah aku tengok dijuai kat pasar putrajya tu besaq ni.. hehehe.. tapi dari segi kesegaran tu..tak le sesegar sotong malaya.. tapi boleh la... dari tak dak langung kan.. banyak ekoq juga dia kasi. Penuh belanga la jugak masak... dia takut kami kasi kat dia sikit kot.. heheh...kami dah janji 50-50 hahahha.. maka tengahari tu kami makan nasik berlaukan sambal tumis sotong la.. malam tu pulak aku masak nasik lemak (brapa kali nasik lemak daa..) dan membawa ke sarapan esok..hahahah puaih hati den makan! Sempat la jugak berkongsi kenikmatan sotong ni dengan jiran terdekat. Kengkawan lain insyallah bila2 kalau ada rezeki murah lagi noo...buat masa ni saya leh kongsi gambar jer dulu harap maaf bukan nak bagi terlioq..tapi sekadar nak bagi menitik setitik dua ayaq lioq hangpa!! mauahhaaha..saksikan lahh.... (errr.. ringkas dan padat ker nih?? aku rasa dah sendat dan mendat adalah entry nih..sowii...)

INI ADALAH SOTONG PEMBERIAN YANG PALING BESAR
(kalu potong bulat2 rasanya leh buat gelang anak2 dara ku..hehhe)
PENUH SINKI
(punya la lama siang sotong sampai tangan pon naik kembang..kehkehkeh -alasan)
PENUH BELANGA..
Nota: Gambar penuh mulut dan penuh perut tak dapat disiarkan kerana pada ketika itu tangan pun turut merasa penuh sebab masing2 rasa cam tak cukup tangan nak masukkan sotong dalam mulut..punya la rakus..nyeh2

p/s : untuk rakan2 wellingtonian mesti geram2 nak tau kedai mana nih.. muahahaha untuk makluman tokey kedai kami pi kedai di bandar **tuuuut***..di kedai bernama **tuuut** (aiseh kena sensored dari tuan moderator la.. so kalau nak tau kena risik di telinga kami sendiri ler..jangan lupa bawak ayam golek skali dan duit sekepiang -suku dari sekupang yerr..hahahah)