Rabu, 24 September 2008

SUDAH MASUK!!

Kelmarin 23 Sept. 2008, sahabat dari opis bagitau yang muka kami masuk paper...tapi akbar tabloid je..K**mo. Ucapan salam aidilfitri.. sebenarnya kami dah tengok selepas subuh tadi di K**mo Online. Keterujaan menanti ucapan keluar di akbar itu mati tiba-tiba... Mana taknya wartawan yang mengendalikan ruang itu sebenarnya teleh menghubungi kami menyatakan bahawa kami diberi peluang untuk menceritakan pengalaman dalam 300 patah perkataan - pengalaman berpuasa dan menyambut Aidil Fitri di rantauan. Kami pon tanpa berlengah lagi terus mengarang... tapi tadi tatkala melihat hanya sedikit sahaja ucapan yang disiarkan, hati jadi sedikit tersentap... bila diamati lagi bait2 tulisannya semakin mengecewakan... dah la karangan tidak disiarkan ,ucapan selamat pon dipendekkan! Ucapan selamat kami kepada sahabat handai, dipotong terus!!! Uwaaaaa.............. kalau yer pon nak potong, patut2 laa... ini bukan sahaja akan menyentapkan hatiku..hati kawan2 pasti terguris sama...

UCAPAN KAMI YANG DISIARKAN PADA 23 SEPT. 2008
Kiriman sahabat & bakal jiran kami...(nama dirahsiakan bagi menjaga kebajikan..hehehe)

Maka, buat sahabat kami semua dimana anda berada, terutama di MQA BBT, kami mohon ribuan ampun dan maaf...apa nak buat , kita hanya merancang, hanya Allah menentukan...Kami tak pasti ucapan kami di akbar utama Utusan keluar paper atau tidak, jika dilihat paper tu dalam online, di bahagian salam perantauan di halaman 18, ada terpampang muka kami...harap2nya akan keluar ..sebab ucapan tersebut lebih sempurna berbanding akhbar tabloid tadi..

Apa2pun hasratku untuk ibu dan ayah melihat salam aidilfitriku menerusi akhbar telah tercapai (err..kak, dapat tak beli tunjuk kat mak n abah?). Kenapa aku kata tertangguh?? Sebab dulu...lepas Diploma , aku ada mendapat tawaran belajar di UK, tapi dek kerana ketika itu zaman ekonomi Malaya gawat, semua penaja membekukan apa bentuk bantuan kewangan maka aku hanya sambung belajar di UiTM beside the sea saja...iaitu UiTM Dungun..hehehe

Tiada ulasan: