Jumaat, 30 Oktober 2009

Kedatangan yang dinanti..

Salam semua,

Alhamdullilahhh Abah dan kawan opisku Mama Rose telah sampai pada 27hb lepas. Kami jumpa di Christchurch.... di kesempatan ini kami sekeluarga nak ucap jutaan terima kasih buat kak za dan abg jan yang telah membantu abah sampai berlepasnya abah dari lapangan terbang penang. Tak lupa kepada sanak saudara yang khabarnya ramai menghantar abah di airport. Terima kasih tak terhingga juga pada Zierah yang terpaksa amik cuti utk uruskan abah dari langkah pertamanya di KL sampai langkah pertamanya ke dalam perut kapal teerbang ke auckland. Taku lupa kepada Ahau-dee yang telah membantu cari org yg sudi bekalkan nasi di lapangan terbang di Auckland. Maklum la mama rose n abah transit selama hampir 6 jam di Auckland...kalau tak dak org hulur makan..kesian jugak tuu...

Hari yang sama juga kami sekeluarga berangkat ke Chirstchurch - flight kul 12.3 tgh. Kelam kabut aku..mana tak nya hari tu jugak kena hantaq assignment...pergghhhh..nak masak lagi nak kemas baju lagi...masa tu rasa nak nangis pon ada... tidoq lewat giler..bangun pagi2 pon masih ngadap kerja sekolah...2.30 jam lagi nak berangkat baru aku siap keja sekolah..kelam kabut bersilat di dapoq ( sini kalau nak jalan mana2 kena bawak bekai loorr)

Akhirnya bila jumpa abah..rasa macam mimpi...abah nampak sedikit pucat masa tu..letih katanya.. mungkin tak tidoq sepanjang malam. Mama rose ceria seperti biasa... masa peluk depa duaorg rasa macam mimpi... bawak balik mereka di hote, makanl dan rehat jer malam tu... sian depa penat..

Sekarang ni kami di Queenstown..baru balik dari Lake Tekapo yang indah.. tak leh nak taip banyak2 pasai aku pon letih..tapi bahagia..sebab bunyi keyboard yg kuketuk ini di sulami dgn bunyi dengkuran Mat Mejar yang telah hampir 2 tahun aku tak dengaq!!! hehhee...buat sementara ni lom lagi leh boh gambaq.....nanti la nooo...adioss...