Jumaat, 28 Jun 2013

Percutian Keluarga 2013 - Negeri Di Bawah Bayu

Tiket penerbangan dengan Air Asia telah ditempah sejak Disember 2012 lagi.. Kira projek percutian mesti jadi lah ni, kalau tak, burn macam projek percutian Tasik Kenyir (tempah rumah rehat kerajaan tapi tak dapat pergi saat akhir)..

Kos penerbangan tambang murah Air Asia pergi balik:

5 guest             : RM530
Aiport Tax        : RM 60
Fuel Surcharge : RM200
Infant fee          : RM100

Total                : RM890

Tapi cam biasa la, kalau nak apa2 xtra kemudahan kena bayar tambahan:

5 X Insure Return           : RM 90
5 X Pick A Seat             : RM 60 (kalau pergi family penting pick a seat supaya boleh duduk dekat2)
5 X processing fee          : RM 80 (semua dia nak caj la kan..)
Check in baggage           : RM 75 (pergi 15 kg, balik 20kg - kalau tak kena betul2 confirm 7kg hand  luggage jer setiap orang)
5 X Makan pergi balik    : RM 78 (saja kot2 budak2 teringin makan atas flight - tapi kat atas flight pun boleh beli cuma harga up sikit.. time balik agak membazir sebab budak2 dah kenyang balun kat airport.. next time tak perlu booking makanan)

So total kos penerbangan pergi balik adalah RM1262.00 (RM210.33 seorang)

Day 1 - Departure

Flight pukul 10.20am.. Dalam pukul 7.00am kami keluar dari Bandar Baru Bangi menuju ke LCCT.. Parking kereta di Zon D (RM16 sehari)..

Cuaca di luar agak berjerubu
 Menunggu perlepasan

Faheem tak sabar untuk pengalaman pertama naik flight

tak sabar.. tak sabar.. dah lama tak naik kapal terbang..

Penerbangan yang dijadualkan pada 10.20am lewat 20 minit dari yang dijadualkan kerana kesesakan lalulintas udara.. (kata kapten kapal terbang).. 

Sepanjang penerbangan Faheem tido.. lega kalau tak susah jugak nak handle sebab dia bukan nak duduk diam.. mama ada senjata sakti untuk tidurkan Faheem.. 3 Angels tak sabar nak makan atas kapal terbang.. nasib baik order sarapan (frankster, pancake & pizza) walau pun dah sarapan sebelum tu kat Marrybrown..

bersambung.....


Tiada ulasan: