Inilah kali pertama kami sampai ke Janda Baik yang terletak hanya 70km daripada Bandar Baru Bangi.. Ramai orang tertanya-tanya dari mana datangnya nama Janda Baik ini.. ada yang membuat andaian di sini pada suatu ketika dahulu didiami oleh janda-janda yang baik-baik belaka.. dan macam-macam andaian suka-suka hati.. Nak tahu macam mana Janda Baik mendapat nama boleh lihat di sini.
Tema Color Block
Alam sekitar di Janda Baik boleh dikatakan masih suci tak ternoda dek pembangunan.. udara segar, persekitaran masih menghijau dan air sungainya yang sejuk mengalir jernih ..
Kelebihan lokasi chalet ini adalah berdekatan dengan sungai.. parking saja kereta dah berada di tebing sungai.. dan kawasan ini tidak crowded seperti Sungai Congkak atau Ulu Yam..
Air sungai yang jernih dengan dasarnya yang tidak terlalu dalam, berpasir dan berbatu menambah kesegaran
Pagi yang segar, dingin dan berkabus menjelmakan status tanah tingginya.. Faheem suka bila di bawa ronda-ronda sekitar
Tiga beradik tidak mensia-siakan peluang untuk berendam dalam sungai.. walaupun cetek, arusnya agak deras.. Aina beberapa kali cuba dihanyutkan arus.. harus berhati-hati dengan batu-batu yang licin.. terjatuh boleh mendatangkan kecederaan. Faheem cuma mencecahkan kaki ke air, kelihatan seperti berminat tetapi tidak mahu mengambil risiko memandangkan baru jer lepas baik dari demam..
Harga alam semula jadi memang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. TETAPI... harga chalet De River Resort ini agak mahal berbanding dengan binaan chalet yang ala kadar dan servis yang diberikan.. kami tidak rekomen untuk pembaca yang berminat menginap di sini.
Pada harga RM100, kami dapat 1 pondok berlantai simen dengan 1 katil super single, tiada tuala, tiada sabun/shampu, tiada cerek air panas, tiada serbuk kopi/teh/gula, tiada shower.. chalet paling tidak mesra pelanggan yang pernah kami inap.. Harga yang sepadan bagi chalet seperti itu adalah antara RM45 - RM55 sahaja. Alam semula jadi sudah tersedia cantik dikurniakan Allah tanpa pemilik perlu berbuat apa-apa. Pemilik sepatutnya memikirkan sedikit penambahbaikan untuk keselesaan pelanggan tanpa fokus kepada keuntungan semata, sebenarnya keselesaan pelanggan akan menjadi ibadat kepada mereka. pelanggan tidak akan merungut jika dapat apa yang mereka mahu, pemilik cuma perlu berbelanja sedikit saja lagi untuk membeli hati pelanggan.
Kesimpulannya Janda Baik memang terbaeeekk! sekiranya ingin berehat. Bagi pengunjung sekitar Lembah Kelang tak perlu bermalam di sana, cukup sekadar datang pagi dan pulang pada waktu petang, bawa khemah untuk berehat dan salin pakaian. Mungkin perlu bayar sewaan tapak dan bagi menggunakan kemudahan seperti tandas, tapi kos akan lebih rendah dan berbaloi.. ATAU cari penyedia chalet/ resort yang lebih kondusif di sekitar Janda Baik.. Janda Baik! Peace Yo!







Tiada ulasan:
Catat Ulasan