Sampai sana agak rasa rugi kerana rupa-rupanya kereta sedang menanti di Terminal 2, sebab dalam syarat sewaan kena pick up di Terminal 1.. lain kali ringan2 kan mulut untuk call dulu yer.. terima kasih.
Inilah kereta Proton Persona 1.6 auto sepanjang 5 hari kami di Sabah.. keadaan baik dan masih baru. Harga termasuk Collision Damage Waive USD217.00 (RM690.00)
OK laa.. muat dan selesa juga untuk 1 family..
Misi seterusnya mencari Seapark Condotel yang telah dibooking melalui booking.com.
Bangunan Seapark Condotel.. Terletak di kawasan yang tenang di Tanjung Aru, tapi maintenance tidak diberi perhatian
Bilik quadraple disewa dengan kadar RM160 semalam, gambar ini di ambil dari booking.com, jangan terpedaya kerana keadaan sebenar adalah jauh lebih uzur dari dalam gambar.. suis yang pecah, pintu tandas yang rosak dan aircond tidak kuat.. keluasan sesuai untuk kami sekeluarga.. nasib baik stay satu malam sahaja di sini..
Makan dimana?
Perut lapar kami terjah saja mana-mana kedai makan yang nampak OK.. dalam ronda-ronda cari kedai makan kami berjumpa dengan restoran Kak Nong di Bangunan Harbour City.. Wow! Boleh tahan sedap atau kami sangat lapar..
kami suka!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan