dan hampir 5 jam kemudian.. yey! inilah lorong kampung bakar arang..
dan sampai rumah...
redup.. dan mandom sahaja cuaca..
namun kerinduan anak-anak pada bau selut dan kelibat shellfish tidak boleh ditahan..

tidak boleh main pasir, main kulit kerang pun oklah...

tidak boleh main pasir, main kulit kerang pun oklah...
HUJAN.. boleh dikatakan sepanjang kami di kampung langit sentiasa bocor.. sebab tu rayuan aina, dinie dan hasya untuk bermain pasir di pantai tidak di layan.. abah sendiri mencuri-curi saat cuaca elok untuk menembak horizon.. maklumlah tak dapat greenlight untuk mengejar anak-anak gelama dan putin damak ..
dicelah-celah kesuraman ada juga cahaya di kaki langit..
dan setelah hujan, manik-manik air bergayutan di pokok-pokok bunga Tok Am..
HARI RAYA
Mujur cuaca hari ini cantik.. selesai solat sunat aidil adha semua keluarga Mat Mejar berkumpul di rumah.. Aidiladha disambut penuh sederhana tanpa mengurangkan kemeriahan..
Hari ini aina menuntut janji "kalau cuaca elok kita ke pantai".. maka gembiralah mereka.. bermain playground, mengejar anak ketam, bermain pasir.. mula2 nak basah seluar sahaja, lepas tu habis baju pun basah..
Yeeehaaaa.. melompat lebih tinggi..
ramai pulak yang memancing... sabar saja lah.. lagi pun bukan ada ikan (pujuk hati..)
dan banyak bot berulang alik membawa penumpang dari pantai merdeka ke tanjung dawai..
Hari Raya kedua kami bergerak ke Jeniang.. hujan turun dengan galak.. Cari pekasam kat pekan senayan pun tak ada.. penjual ikan air tawar dan pekasam masih beraya..
ayam serama peninggalan Allahyarham Wan Din masih setia menunggu..
kucing gelandangan jadi tempat anak-anak melepaskan boring.. selain tablet dan lap top yang sentiasa switch on..
9.11.11 kami bertolak seawal pagi meninggalkan nenek tua di kampung yang ntah bila pula akan dijengah lagi..
9.11.11 kami bertolak seawal pagi meninggalkan nenek tua di kampung yang ntah bila pula akan dijengah lagi..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan