"Selamat hari raya mama degan abah sori sebab tak bagi tau nak beli fiskis untuk kucing sebab kalau kucing lapa beli la fiskis la abah pelis pelis"
Surat dari Aina ni memang lucu sebab tak tak terfikir pun dia nak tulis surat macam ni.. dah lama dah dia dok 'kecek' suruh beli friskies dengan kacang... friskies untuk kucing kat belakang rumah dan kacang untuk tupai2 yang selalu merayap2 mencari makanan di sekitar rumah..
Kalau nak dibanding dengan kakak2 dia Aina memang paling cepat boleh membaca dan boleh menulis.. mungkin sebab selalu kena 'peleceh' dengan kakak dia menyebabkan dia berinisiatif untuk belajar.. kadang2 nak tengok tv pun tak senang kalau time dia rajin belajar membaca dulu.. Sekarang dah boleh main lawan mengeja dengan kakak dia..
Sekarang ni asyik dengan aktiviti mewarna plak.. baru balik tadika pun nak mewarna lagi padahal dah jenuh mewarna kat tadika.. Menang pertandingan mewarna masa hari keluarga BBT dulu menjadikan dia lebih bersemangat untuk mewarna..
Dan.... dia juga paling suka buat sepah... pensel, warna, kertas, mainan... selalu bersepah atas lantai.. hobi dia tengok benda sepah.. yang ni paling tak tahan..
Tapi dia memang cool kalau nak berbanding dengan dinie.. jarang meragam atau boleh kata tak pernah meragam.. sentiasa good mood.. kalau tinggal berdua dengan dia pun dia akan buat hal dia sendiri.. Sekarang Aina 5 tahun ada lagi setahun tadika.. tak tau la dia boring ke tak.. tapi dah tak sabar nak pergi sekolah kakak.. kadang2 pergi tadika pun nak pakai kasut sekolah jugak..

1 ulasan:
bestnya mas...cerdik betul lah aina kan...seronok lah baca surat dia..kak ita paham gak yg dia tulis tu...dan sayang kat binatang lak tu...alhamdulilah pandai bawa diri...
Catat Ulasan