2 Dis 2011: Mama outstation ke Gold Coast Morib Resort. Yey! Kami boleh ikut. Lepas solat Jumaat abah bawa kami ke ofis. Selepas waktu kerja kami ke Alamanda beli stok makanan dan juga baju mandi baru Aina. Abah singgah solat Maghrib di Presint 8. Abah kata nak ikut jalan kampung. Ikut Dengkil. Jalan agak gelap, lepas tu abah buat bunyi muzik seram. Kami rasa takut, jadi semuanya tidur, tinggal abah bawa kereta sorang-sorang. Sedar-sedar saja dah sampai kat Hotel. Kat hotel ni ada Water Theme Park.
Bila bangun pagi nampak jelas theme park kat bawah. Semakin tak sabar rasanya nak mandi, tapi kena tunggu abah dulu, abah pergi ambil gambar sunrise.Rasa tak sabar nak mandi dan main slide. Aina dah siap test baju mandi barunya. Masa yang dinanti telah tiba! Jom main air!
Aktiviti abah adalah merakam wajah alam.. gambar? Hmm.. nanti lah.. ada tapi cari tak jumpak foldernya.. thehehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan