Memaparkan catatan dengan label Dari Malaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dari Malaya. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2009

Puan Amnah ..

Amnah....begitula uniknya nama mak....masih ingat masa aku sekolah rendah..aku asik kena buat pembetulan jer bila tulis - nama ibu saya Amnah... apa la cikgu tu, mentang2 la spelling n dictation aku selalu corot, dia ingat aku eja salah nama mak aku... dekat 5 kali aku kena buat pembetulan..dia asik suruh letak AMINAH instead od AMNAH!! aku pelik tapi aku tak ler mengadap cikgu tu bagitau keadaan sebenar, ye la budak tak berapa pandai...takkan la cikgu nak percaya kan?? tapi aku ada degilnya juga, setiap kali pembetulan itu juga aku tulis nama AMNAH bukan AMINAH seperti yang dia merahkan! Sama degil juga cikgu tu pun...dia betulkan jugak! kali keempat dia betulkan...aku pon mengalah walaupun aku tau aku betul tapi aku dah bosan nak tulis ayat yang sama..akhirnya aku tulis nama ibu saya AMINAH!! Nasib baik mak aku tak baca...kalau tak kecik hati pulak la dia..

Mak aku ni seorang yg penyabar dan paling best dia ni cukup sporting dan juga lawak! Ada ada aja cerita lawak yg dibawaknya..masa abah kerja askar dulu aktif dia berpesatuan..terror main badminton tuhh...menghambat bulu tangkis tak henggat dunia ..sampai la ni la..kerja hambat menghambat bulu tu diteruskan..tapi la ni bulu itik hidup la pulak...katanya abah beli itik berpuluh ekoq..bela..so kena la mak hambat itik supaya pulang reban..yang lawaknya tu , abg aku cerita, ada sekoq itik cacat..makan pon kena bersuap..mak aku la jugak jadik bibik itik tu..tak bagi makan kesian dia kata...adoihhhaii mak....

Hangpa semua sure heran..pasai apa dok tak dok aku cerita pasai Puan Amnah ni?? ye la ...bukan glamour pon dia ..bukan artis pon...sebenaqnya 6hb ari tu mak masuk spital...katanya kurang darah dan batu karang...sapa pon tak bagitau...tapi bila aku tanya mak dia dok kat sg petani umah sapa..dia macam tak keruan nak jawab, maka aku dah dapat agak dia pasti di spital... bila aku teka..then dia kata mana hang tau?? hehehee...got u!

Dia pesan supaya aku tak risau...hmmm aku tak la risau sangat sebenarnya sebab sebelum aku sampai sini pon dia selalu gak warded 2-3 hari tambah darah..lepas tu ok la dia.. tapi aku rasa tak berapa sedap sebab aku tak dapat jenguk dia di saat2 dia sakit dan lemah....dan dia pulak time aku sakit n lemah sentiasa ada disisi aku..tapi apa la daya aku ni nak balik kan?? sekadar telan ayaq lioq saja la...walau apa pon aku masih bergelak ketawa ketika bergayut dgn mak...sebab aku pon tak mahu mood sedih menguasai kami... nanti mak pulak akan susah hati nanti ..apa2 pon ini lah salah satu cabaran belajar di perantauan...walaupun nampak seronok sebab berpeluang melihat negara org tetapi kekuatan dalaman sentiasa perlu dipertahankan hatta jika ianya melibatkan perkara yang paling sensitif dalam hidup kita...

Akhir sekali harapan aku semoga mak cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...buat abah, pesan la kat mak tok sah kalut ligan itik...kalau tak larat jaga itik tu, juai la...nanti kami balik kita beli itik sembelih siap dah! nak itik apa habaq ja..kami pi beli nak itik angsa?itik nila? itik gembo2 semua boleh cari dah la nihh....okay?? Miss U..

gambaq mak di hospital (amik dari blog abang)

Isnin, 27 Oktober 2008

Jauh Tapi Dekat..

Fuhh.. setelah hampir seminggu kelebek assignment pertama, maka lewat malam Jumaat ehh bukan pagi Sabtu lepas (b4 subuh) selesai la assignment pertamaku untuk Modul kedua ni. Subject Monitoring & Evaluation. Agak mencabar kerana aku terpaksa mengkaji project yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sekitar penghujung tahun 1990. Apa yang sukar adalah untuk menterjemahkan maklumat yang ada kepada konsep pengurusan berteraskan hasil atau nama manjanya MFO (Managing for Outcomes). Ye la Malaysia masih lagi mengimplementasikan konsep pengurusan berteraskan output (output-based) maka terms yang digunakan agak mengelirukan...pening la sikit nak fit kan... anyway itu masalah diriku sendiri...aku pikirla sendiri kan....para pembaca sekalian abaikan perenggan ni... hehehe

Maka adanya bagi meringgankan kembali mindaku, aku telah melancarkan movie marathon pada Sabtu dan Ahad..hahaha apa yang menarik, movie ni bukan movie biasa...movie cerita Melayu tuh!! heheh..ehhh menarik apa movie melayu di bumi kiwi... mana aku dapat?? Hah!! ni la nak cerita.. atas kebaikan dan kemurnian hati rakan2 makan di MQA, mereka telah menitipkan barang2 kepada kami disini...

Fuhh... macam2 ada! DVD cerita Melayu dan Indon, Kerepek Ubi Pedas, Ubi Masin, Ubi Purple pon ada! tak cukup dengan tu Kerepek Pisang, Kerepek Tempe dan Biskut pon dikirimkan juga. Lepas tu barang kecantikan dan bahan2 ilmiah MQA pon tak ketinggalan. Akhir sekali dan paling hebat adalah berlian! Tapi tak leh jual la berlian tu sebab diletakkan ditepi tudung berwarna coklat ...hehehe.

Punya la seronok dapat parcel...sementelah assignment pon abis kan.. maka apa lagi sambil menonton filem sambil makan kepek dan pakai tudung plus krim kecantikan...amacam?? terror tak?? 4 in 1 haha..sib baik tak dak mata extra kalau tak...pasti akan baca bahan2 dari MQA sekali gus...heheh

ANTARA GAMBAR2 YANG SEMPAT DIAMBIL...
(Make-up Artis tak sempat touch-up)
Nota : Berdasarkan nota yang disertakan oleh MAF, kotak ni split dua (antara penutup dan badan kotak) tu yang kena re-pack balik..nampak tak tape berselirat bahagian atas tu..
Nota :Filem2 dan biskut yang telah me'lega'kan tekanan yang dihadapi

So untuk Nud, Dina, Hana, Zierah, Rosmaliza, Nenny dan sahabat2 lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam titipan kali ini (err.. nama disusun secara rawak tidak membawa sebarang maksud..hehe), jutaan terima kasih diucapkan. Walaupun kita jauh beribu batu tetapi sebenarnya kita amat dekat dihati... Thanks once again...Toche and arigato gazaimasu...

Jumaat, 10 Oktober 2008

TITIPAN DARI MALAYA

Konichiwa Malaysia San!! Watashiwa Mask desu...heheh.. salam semua. N3 pada kali ni sebenarnya amat2la tertangguh... walau bagaimanapun memandangkan kita masih dalam mood raya especially di Malaya la kan.. so layan jer la cerita ni yer..

Bak kata orang tua-tua, kalau kita ingatkan seseorang sangat2 insyallah dia akan ingat kita juga... maka begitulah terjadi kepada kami sekeluarga. Ingatan tak bertebing pada sanak saudara dikampung dan sahabat handai di Malaya, tidak bertepuk sebelah tangan (chewaahh cam orang bercinta la pulak!!!)

Sebagai tanda ingatan, kakak ku nan satu itu telah menitipkan baju raya untuk satu keluarga walaupun berkali2 aku maklumkan kami tak akan menyambut dgn baju raya baru..cukup sekadar yang ada.. tapi knowing kak za, a very determine person.. maka dibelikan juga dan diposkan dengan jayanya kepada kami. Dua minggu sebelum raya, parcel tu sampai...sungguh teruja anak2 daraku melihat baju raya (mama n abah pon sama!! keh3) Mana taknya semuanya terbaik dari ladang ni!!! Cantik dan siap tudung berlian2 lagik...Bayangkan berapala rm yang dia habiskan untuk kami...Thank you kak!! Luv u!!

BERGAYA DENGAN BAJU BARU

Nota: posing lepas orang balik..photographed by hasya

SERKUP KEPALA 'AINA PUN DIKIRIM..
Nota: Mulut Aina biru makan lolipop dalam goodies bag

HASYA & DINIE DI RUMAH SAHABAT DI HATAITAI


Mak n abah pulak kirimkan benda2 makan dan yang penting sekali kicap mudim 11 botol dan.. kopi dari kampung..kopi cap raga!! (ehemm... ni kalau pemilik jenama ni come across blog ni..sudi2lah bagi apa yang patut noo..). Keropok ikan bilis dari Tanjung Dawai pon ada dan dah dipack secara kormersial!! Bravoo persatuan nelayan dan mantan pengerusinya yang telah menggerakkan projek tersebut (Mat Mejar la sapa lagi keh3). Bukan itu saja, banyak lagi la barang2 lain - lampin pakai buang, ikan bilis, udang geragau dan lain2..sampai dua kotak la jugak diposnya. Terima kasih abah dan makkk... tapi agak kecewa la sebab ikan talang masam sangkut tak lepas Biosecurity test. Dek kerana tu, kotak yang mengandungi makanan tu sampai lewat seminggu dari yang pertama. Sesampainya kotak tu, tengok2 dah kena operate..penuh sticker biosecurity dan disertai dengan sekeping surat memaklumkan tentang ikan talang tersebut. Katanya penahana dilakukan pada "the unknown species of fish and getting rotten". Kalau nak suruh hantar balik kepada pengirim, bayar NZD81... arrghhh.... tak pa la..biarla dia uruskan. Kalau bayar tak berbaloi la pulak kan..

ACARA WAJIB - POSING DULU..

ACARA KESUKAAN - KOYAK MENGOYAK


KOTAK MAKANAN YANG DI DIGELEDAH DAN REPACK

TU DIA... KOPI DAN KICAP MUDIM KESAYANGAN SEMUA..

PROMOSI KOPI CAP RAGA

Dinie : Kopi ini baik untuk mereka yang tiada gigi!! heheh3

Satu lagi titipan dari Malaya yang menerujakan kami adalah kad hari raya dari Nadia..best sungguhh perasaan dapat kad raya tuh... mana taknya dah lama rasanya tak dapat kad raya nih.. maklumlah budaya tu dah makin pupus kan... Kad kiriman tu pulak bukan kad biasa..ada muzik lagik nihhh!! Lagu selamat hari raya dendangan Allahyarharmah Saloma... tergedik2 la anak2 daraku bila dengar kad tu berbunyi... dua hari jugak la dok main.. tu pon aku amik simpan..takut bateri habis.. hahahaa... Kami husband n wife ni pulak dok tersenyum2...sebab kad musik ini macam mengimbau kenangan lalu la pulak... ye la kami berdua kan fanatik ngan kad2 nih... saling berhantaq kad tak kira raya apa pon...yang specialnya masing2 berlumba2 buat kad !! Hasilnya ada la dekat 2 kotak kad ciptaan masing2...itu tak masuk surat tau...bila kawen ni kami simpan lagi...ada di malaya la...hahaha..sesekali tu kami bukak sesama...dok kelebek hasil kerja masing2... kelakar2 but it was so fun..alamak terbabas dari tajuk la pulak.. anyway terima kasih banyak2 nud...luv ya!!

KAD HARI RAYA TAHUN INI...

Terima kasih juga kepada mereka yang menitipkan ucapan yang tak putus2 dari Malaya, samada melalui fizikal atau alam maya dan tak kurang juga sms....sesungguhnya titipan kalian amat bermakna tatkala berada di bumi asing...