Memaparkan catatan dengan label Campus Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Campus Life. Papar semua catatan

Isnin, 1 Jun 2009

Akukah Malas Sangat!!

Dah lama tak mencoret dalam blog ini....my other half yg jadik pengganti...entah... sejak Ueya dan Sam balik pada 23 Mei baru2 ni, macam ada satu piece dari aku yang dia bawak balik...maka oleh itu sejak dua menjak ini otak aku tak sudah2 pk pasai balik Malaya...mungkin kerana baliknya dia ke Malaya menandakan masa aku di sini juga makin pendek...aku ada hanya kurang lebih dalam 6 bulan lagi di sini..tapi banyak lagi misi yang belum sempurna...

Lepas saja ueya berangkat, aku jadik seolah-olah menggelabah tak tentu arah... yang aku tahu aku kena belajar dengan lebih kuat dan fokus....tapi musim di Welly ini seolah2 menghalang niat suci murni aku... Aku ingin bertapa di perut perpustakaan dan menggeledah isi perut ilmu di sana...tapi... aku tak pasti apakah aku akan selesa belajar di dlam keadaan yang asing bagi aku (maklumlah selama ni aku belajar dari rumah...di temani jeritan halus anak2 yang kadang2 disusul pula oleh jeritan raksasa dari aku..hehe). Akhirnya aku end up dengan terperuk dalam bilik most of the time dengan buku..tapi penghujung sesi aku tak pasti apa hasil yg aku dapat....tak fokus! gelabah jer lebey..pegang ini tak kena pegang itu tak kena....owhhh...tenanglah jiwa... jika tidak aku pasti 'pengeraman' aku di bilik akan hanya dapat menghasilkan telur yang busuk a.k.a kemuruk (org kedah kata) dan bukan anak ayam yang boleh membesar dengan jayanya......



Khamis, 26 Mac 2009

Bagai tak cukup tanah...

arrgghhh... tak cukup tanah nak belari!! tak cukup masa nak memerah otak...macamana nak fikir kalau anak2 daraku asik menjerit2 nih?? owhhh tidakkk ..bila la nak habis nih??? time2 ni rasa macam hilang 10 kg berat badan..walaupun pada hakikatnya tidak sama sekali!!! wa sudah lembekkk maaaa.....

Khamis, 5 Mac 2009

Serabut sikit...makan banyak!

Hmmm.. tiada apa yang hendak dicoret cuma nak habaq yang aku la ni dah mula serabut2 sikit hehee...dan makan pon banyak2!! Adusss...tolonnn...bila nak dapat ilham nih?? kena betapa di Mount Victoria nampak gayanya nih!! Jom Ueya...kita betapa di sana ..tempat LOTR tu..mohhh...

Selasa, 24 Februari 2009

Tomorrow Never Dies..

Fuhhh... macam suspen dan cemas jer tajuk entry ni..yezzaa... tomorrow never dies. Maknanya esok tu akan ada la sampai bila2... tapi cerita entry ni bukan pasai esok masih ada ker , tiada esok bagimu ka ...ni nak habaq esok aku dah mula kelas dah..sampai la Jumaat nih. Maka adanya tiada la boleh ber'online' dengan semua rakan dan taulan begitu juga dengan saudara dan mara..

Adooiiiyaiii ingat ka bila dah masuk tahun 2009 ni rasa gemuruh tu dah tak dak..rupa2nya masih ada..bahkan tiap kali cakap pasai masuk kelas dan mula trimester jer, masih ada getar di dada... tatkala itu senario sudin dalam cerita seniman bujang lapok pun mula la menyerang diriku ini.... senakk2... sapa ada ayat untuk hilang gemuruh sila2 la huluq mai.. (errr..hana doa binatang liar tak leh guna kan??hehe..)

Tapi memang la itu lumrah manusia...kita akan takut pada benda yang kita tak tau..even bila mengenangkan hari pertama aku akan menjejakkan kaki semula ke MQA pon aku rasa gentar... gentar dengan ekspektasi semua orang terhadap aku dan juga gentar dengan rasa terasing yang mungkin akan dirasa kerana ramai staff2 baru MQA yg aku tak kenai lagi...and the list goes on sampai la last skali takut sourvenir tak cukup...hahahaa...

Apa2 pon semoga trimester ini akan mendatangkan lebih keyakinan dan ilmu kepada ku yang tak seberapa ni...doaku jua semoga aku tak menggelabah sangat dalam apa2 situasi..dan semoga segalanya berjalan dengan lancar ... Aminnn... Buat semua saudara dan sahabat jika tak keberatan tolongla aminkan sama doaku ini...dan sudi2 la jenguk2 kami di blog dan tinggalkan la sepatah dua di ruang berkaitan..tanda ingatan kepada kami dan buat tangkal utk kami terus berjuang sampai hujung tahun nanti.... semoga semangat dalam tarian haka ini menyalur ke dalam dada.. saksikan tarian haka yang menjadi kebangaaan orang NZ..



Rabu, 17 Disember 2008

Alhamdullilahh.. hiphip horeyyy!!

Ekhemmm....entry kali ini adalah ekspresi dari rasa kesyukuran dan kegembiraan aku terhadap keputusan trimester ku pada kali ini.. bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memurahkan rezeki dan menguatkan semangat ku pada trimester yang mencabar ini. Walaupun ianya trimester yang berat kerana aku terpaksa amik banyak mata pelajaran..tetapi syukur aku berjaya melaluinya dengan baik bahkan jauh lebih baik dari trimester lalu. (dari semua aspek bukan tertumpu pada keputusan akhir jer)

Hasrat untuk mendapatkan apple sebenar telah tercapai...berapa biji tu tak penting...kerana yang lebih penting adalah peningkatan pencapaianku melambangkan sejauh mana kesungguhan aku untuk menyahut cabaran hidup di bumi asing serta kesungguhan aku melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh MQA. Diharap ilmu yang aku dapat di sini dapat digunakan untuk kebaikan semua terutama kebaikan MQA...jika mereka sudi mendengar cadangan yang tak seberapa dari aku ni la...

Terima kasih tak terhingga jua diucapkan kepada En. Jask kita yang sentiasa menyokong dan membantu setiap masa tanpa pernah merungut..kepada keluarga yang sentiasa berdoa dan sahabat di Malaya yang sentiasa memberi semangat serta sahabat Wellingtonian yang menceriakan kehidupan di sini...chewaaahhh dah macam dapat trophi la pulak..sowiiii...

Happy Wednesday

Jumaat, 28 November 2008

Setiaku Di Sini...

Jam menghampiri pukul 2.30 pagi...aku masih setia di sini..di sisi komputer yang saban hari ku kilik. Hmmm...bila la nak habis assignment Policy and Institution Process nih??? Adoihhh... semalam dan hari2 sebelumnya penat membaca articles dan menentukan topik.. Tapi takpa..alhamdullillahh berkat usaha, laju la sikit geraknya hari ni..tapi...sasaran ku untuk menyelesaikan tugasan ini pada hari Khamis nampaknya tidak menjadi realiti...kerana di tika dan saat ini, aku masih belum dapat sempurnakan essay ini... mata dan kepala semakin berat kurasa... argghhh tidoq dulu arrr..esok dah nak kena bangun awal sebab sekarang ni waktu siang bermula seawai 5 pagi! hmmm.. 5 pagi tu dah macam pukul 7 lagaknya...subuh pulak masuk sekitar 4.08 pagi... hmm..nanti terlepas la pulak subuh..

Bila ditimbang2, biarlah aku melepaskan kerja 'duniawi' ini seketika kerana bimbang tuntutan Illahi pulak yang tergadai...Buat assignment yang tengah dibuat ni..selamat berpisah buat sementara waktu. Buat assignment terakhir trimester ini - insyaAllah...akan ku kerah tenaga ini untuk menyentuhmu selewat-lewatnya selepas subuh hari Sabtu...ok??

Buat saudara mara dan sahabat sekalian, maaf kerana entry kebelakangan ini tidak berapa ummphh... sebenarnya banyak cerita tertunggak aktiviti anak2 kami. Tapi tunggulah bila pencerita dah habih kerja hujung minggu depan ..maka akan ku taip bertalu2 ok?? Adiosss....wassalam.

Khamis, 20 November 2008

Yabedabeduuuu!! Alhamdullilahh..

Hari ni aku ceria kerana mendapat berita..heheh bukan result la..tapi lecturer tadi bagitau disebabkan dia tidak dapat menyemak assignment kedua kami, maka dia lanjutkan tarikh akhir penghantaran assignment ketiga dari Jumaat minggu depan kepada Khamis minggu pertama December...nyeh2..

TADAAAA... TENGOK LA CLASSMATE KIWI KAMI...MAJORI TI TUA2 LAA
Nota : Makcik yang pakai baju biru tu kan..ada anak tua dari aku tau! Yang lelaki tu hubby dia...hehee diaorg ni friendly..pernah la borak2 jugak..
Nota: Tengok la depa ni mai kelas pakai baju apa..minah baju kelabu tu pakai t-shirt bodo n track..rambut lak simpul ala2 nak mandi..haaa gitu la sempoinya depa ni..

Antara sebab munasabab utama ialah assignment ni macam lanjutan dari assignment kedua...so tak dapat feedback macam no point la kan...hahhaa..pokoknya aku bahagia..hehehe.. Lagi satu nak bagitau saya telah tamat dan lulus subjek maut tuh!! fuhhh...lega alhamdullilahhh

Nota : Ni la Mrs Kate yang tak sempat nak semak paper kami...haaa.. hambek ko suruh sangat kami buat assignment..skali kami kasikk..tak mampu nak semak! hehehe...apa2hal dia ni memang best..aku rasa macam kelas ni paling best skali. Subjek ni - Monitoring & Evaluation memang amat2 bertepatan dengan keperluan MQA. Besides ajar cara nak evaluate, cara nak pilih evaluator pon ada!! Haaa... tu yang den suko tuh! (err dia pon pakai cam track jer mai kelas..nyeh2)

So sempena banyak berita membahagiakan maka macam ceria la sikit semua org..dan masing2 posing2 lagikkk...hahaha..ntah apa2 student international ni...(termasuk aku skali! hahaha) maka tontonlah aksi2 kami yer...

GENG PENYERI HIDUPKU DI KELAS..


COURSEMATE KELAS KEMARIN
Nota : Couple sebelah aku tu husband n wife dari Malaya la (mizie n leya) Depa ni senior setahun dari aku..dah nak balik dah awal December. Depa ni la mula2 bawakkan aku mai kampus Victoria ni... huhuhu..sedih jugak dah tak der senior dah lepas ni...

MAMAT URUGUAY NI SIAP BAWAK KEK BIRTHDAY DIA
Nota : Wa tak berani makan la beb..ada unsur2 meragukan jer...


Isnin, 17 November 2008

Entah Berapa Kali Ku Cuba...

Ada dua sebab kenapa aku update blog - 1. aku ada masa lapang 2. aku tension!

N3 kali ini adalah disebabkan oleh sebab kedua.. aku tension!!! Hanya ada dua assignment yang perlu dilangsaikan...dan dua assignment itulah jarak antara aku dan cuti yang panjang dan 2 assignment itulah petanda akhirnya trimester yang mencabar ini.. tapi 2 assignment itu kurasakan payah untuk disempurnakan! Usah cakap pasai sempurnakan...mulakan pon payah!! Bagaikan menolak batu yang berat...tidak bergerak walau seincipon.. Bukan aku tidak mencuba!! Tidak terkira dengan jari jumlah percubaan yang dilakukan...semua tak mendatangkan hasil! Kosong...hampa..

The Pain

Bila difikir2 tugasan yang tinggal sebenarnya bukan dari subjek maut trimester ini..tapi entah...apa kena dengan aku ni..semakin kuat mencuba makin hebat tekanan ku rasakan. Ada dua faktor yang mungkin menyebakan perkara ini berlaku.. 1. tugasan itu mencabar 2. aku telah kehabisan tenaga untuk berlari...


Argghhh.. ternyata faktor kedua itu yang kurasakan paling menepati kondisiku pada ketika ini..aku rasa daya ketahananku telah sampai ke penghujung...sebelum sempat melangsaikan tuntutan tugasan.. Ya Allah please help me... I can't help myself anymore!

Paint My Dreams In blood

Khamis, 13 November 2008

Adoiiiyaiii....

Entah kenapa assignment yang ketiga ni amat liat sekali untuk disiapkan... sejak dari 1 November tak siap2..kejap tadi baru la siap.. Assignment dari pak cik Bill yang kusangkakan mudah.. rupanya agak rumit dan mencabar minda.. disebabkan aku amik option tak buat presentation (kebiasaan budak international tak mau option ni..heheh) maka kenala karang 4000 patah perkataan.. adoiiiyaii... ponek makcik ...

So sekarang ni tinggai lagi dua assignment sedang menanti... sempat ker nih? risau jugak sebab minggu depan dah masuk Modul 3. Ada kelas berderet dari Selasa sampai la Jumaat 8.30 - 6.00.. alamak..rasa cam nak muntah jer bila kenang kena kena duduk setempat selama itu... Apa2 pun semoga keletihan dan usahaku berbaloi la hendaknya... Aminnn...

Okla...eden nak masak dulu..tataa..ooo by the way nak buat pengumuman ..err tudung yang kupakai masa pegi farm tu adalah hadih pemberian sahabat ku si Nud...katanya dia n Hana yang pilih kaler tuh! hmmm... pandai sungguh memilihnya..memang telah lama kucari2 warna itu.. terima kasih banget deh...gue senang amat dengan pembelian dari lo..ehh.. kok cakap indon ni?? apa2 la yer..layann...

Sabtu, 1 November 2008

Sesi Soal Siasat

Haluuuu....I'm back!! hehehe...baru lepas selesai buat satu assignment lagi... kali ni assignment ini membawa cabaran berbeza. Subjek maut pada semester ni - Financial Mgt. Tugasan pada kali ini, kami dikehendaki menemuramah pegawai kewangan di salah sebuah pejabat kerajaan. Fuhhh!! Dek kerana ada sorang mamat Indon kat dalam kelas aku, maka kami telah berpadu tenaga untuk sesi temuduga. New Zealand Police HQ menjadi pilihan...haa.. punya la ganas.. kalau selalu polis amik keterangan org..ni kami lak kena amik keterangan polis. hehehe...

Maka pada Jumaat lepas, me and Dani pon pergi la kat pejabat nyer.. sempoi jer bangunan nyer tak dak balai2 dan pagar atau pengawal aihhh...ala2 macam pejabat KWSP HQ tu ha... kami jumpa National Finance Manager namanya Ian Georgeson. Seperti pelakon filem mat saleh, si Ian ni berbadan sasa dan berwajah kacak..huihhh lari dari topik den!!

MAMPUKAH KU TERBANG BERSAMA YANG LAIN?
Nota: Pemandangan di wharf di Te Papa

Tapi sayang mungkin sebab dianya berada di antara post tertinggi dalam mgt, penerangan tentang proses budget dalaman yang diberikan tidak detail...kabur2 maklumlah jarang sekali turun tanah kan...mana la nak tau jalan mana berlopak, jalan mana tidak....tapi nasib baik dapat cari student tahun lepas nyer assignment yang boleh dirujuk... tapi maklumatnya begitu limited sekali. Apa-apahal setelah cukup seminggu aku terpaksa juga habiskan...kalau tak assignment lain pulak yang sangkut... lagipon dah naik muak tengok lama2!

So aku ada lagi 3 assignments untuk diselesaikan... 3 assignments ini juga jarak antara aku dan trimester yang baru... selesai trimester ini maka bebanku akan bertambah ringan...mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar....Aminnnn

Jumaat, 17 Oktober 2008

SELESAI SUDAH.....

Hari ini - Jumaat 17 Oktober 2008 kelas untuk Modul 2 telah selesai.... alhamdullilahh... penat dan lembek rasanya.. Manakan tidak, 4 hari berturut2 kelasnya... dari pukul 8.30 pagi - 6.00 petang. Berenti untuk makan sahaja... kalau lain2 kelas tak pe ..ini subjek sama! Kiranyanya satu subjek satu hari la...huhuhu..

Tapi kali ni aku tak la penat dan pening macam dulu2 ..sebab aku sekarang lebih relax...hahahaha... kalau dulu aku kalut mengampoi baca dan hentuk2 kepala nak faham apa artikel yang belambak2 tu, sekarang aku ikut nasihat senior2 (especially international student).. kata depa tak payah baca semua.. amik yang basic knowledge jer.. dan yang berkaitan dengan assignment... hehehe... Dalam kelas pon aku tak la stress sangat nak fahamkan apa yg student2 kiwi tu bincangkan..sebab depa bincang sistem depa yang sah2 la begitu asing bagi kita... so kita just observe je la...apa yang sempat tangkap aku tangkap, yang tak dapat apa nak buat tak dak rezeki lah nampak gayanya...hehehe...

GROUP DISCUSSION
Nota : tengah bincang kriteria penilaian biskut coklat dalam subjek Monitoring & Evaluation

LT MACAM KITA JUGAK

Trimester ni pon aku rasa la kan ... social skill dah up sikit la dari last trimester... dah ramai kawan2 esp geng2 international la.. senang sikit bila dah kenai budak2 international ni.. disamping tak kedekut ilmu, senang nak bincang dengan depa, sebab depa pon dari developing country dan menghadapi masalah yang lebih kurang sama... dan satu lagi kita tak le segan nak berborak ngan depa, BI depa pon lebih kurang jer kita...hehehe

MAKAN TIME
Nota : Ada macam pantry untuk student.. selalu lepak sini budak international sebab bawak bekal.. minah saleh tu la org NZQA


Nota : dari kiri Diana (Indonesian), Sam (Cambodian) , Nak (Cambodian) dan Lani (Filipina)

So kesimpulannya pada trimester ini 'things are getting better' dari semua aspek... keputusan tugasan pon alhamdullilahhh dah semakin baik... kalau dulu aku tak dapat merasa Apple sebenar
hanya sebiji Apple yang ditolak2... Tapi untuk trimester ini keputusan tugasan pertama (untuk Modul 1 ari tu) aku dapat la lebih dari satu Apple sebenar... harap2 aku dapat maintain untuk tugasan2 akan datang.. so boleh la end up dengan kekeyangan.... tolong2 la doa yer...

Dititipkan juga gambar kawan2 baru di sini... ada yang muka macam sahabat aku di MQA (Dina) lagikk... hehehe

Dari kiri : Vien (Laos), Oscar (Uruguay), Nak (Cambodia), Mak cik Mask, Lani (Filipina), Sam (Cambodia) dan Karl (Filipina)
Duduk : Theresa (Samoa) - muka cam dina kan??
Belakang : Victoria (NZ)

Jumaat, 10 Oktober 2008

STUDY KU...KAWAN BARUKU...

Hmmmphh... esok lusa dah kelas. Tapi kali ni aku rasa muak untuk membaca...sekadar membelek dan mencuit-cuit mana yang ku rasakan patut. Niat untuk membuat tugasan sebelum kelas bermula pon tak tercapai.. tambahan pula dihinggap batuk, selsema dan sakit tekak ekoran dari 'aksi makan terlampau' sempena minggu raya ...haaa. rasalah bahananya seminggu nih...

Heran jugak aku...kali ini aku lebih relaks...buat derk jer dgn kelas yang akan datang nih.. bagus ker tak bagus tuh?? aku pon tak pasti..tapi jauh di sudut hati, risau tetap bertapa disisi.. Keputusan tugasan lalu dah dapat 2 lagi 2 masih berdebar2. Untuk yang dah dapat tu..alhamdullilahhh... lebih baik dari trimester lepas secara kasar... Tapi paper maut tu belum dapat lagi.. risau nih...di buatnya lecturer tu suruh buat semula... mahu meraung aku... jangan main2 last trimester ramai yang jadik begitu... fuhhh simpang malaikat 44!

Trimester ni , aku ada kawan baru..budak cambodia kursus Master in Public Policy. Nak namanya.. lelaki, muda dari aku banyak la... dia ni cam spesis ulat buku jer.. buat masa ni dia la kawan buat assignment aku... aku kan buat assignment kat umah..so kalau aku pening2 nak tafsir soklan ker apa ker.. aku YM la dia.. so cam sahabat alam maya la ni.. bincang2 pon pakai mode tu jer.. so ok la jugak. Tapi dia hanya amik 2 subjek yg sama ngan aku. Subject maut tu dia tak ambik sebab itu bukan core subject utk dia. Memang org semua tak hinggin nak ambik subject tu kalau tak wajib!!

Ya Allah.. permudahkan lah perjalanan ku untuk menempuh tahun yang mencabar ini... mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar minggu depan, walaupun aku hanya membaca dengan kadar amat minima... Aminnn..

Nota : takut beb.....risau pon ada...tapi jgn gentar Mask!!! kita buat dia bukan dia buat kita kan??